13/04/2026
✨Rumah Terbuka PASTI BSP 2026 ✨
Hari : Sabtu
Tarikh : 11 April 2026
Tempat : Dewan Komuniti Rumah Pangsa Impian (RPI), Bandar Saujana Putra
Alhamdulillah telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya nan indah pada hari Sabtu yang lalu 🌷 Terima kasih atas kehadiran anak-anak PASTI dan ibubapa yang telah menceriakan majlis tersebut. Jutaan terima kasih juga pada ibubapa yang telah memberi makanan secara potluck. Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki buat semua 🤲🏻
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diberikan kepada muallimah dan pihak pengurusan PASTI atas makanan yang sedap belaka, pemberian duit raya dan tenaga yang diberikan dalam menjayakan majlis serba indah ini 💐 semoga Allah menerima segala usaha baik kita. Barakallahu Fiikum.