Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra

Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra

Share

Taska Al-Quran Solehland Empire.
1 Tahun - 3 Tahun

Photos from Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra's post 21/11/2023

𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْت يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدْنِي مِنْ النَّارِ، قَالَ: “لَقَدْ سَأَلْت عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أَدُلُّك عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ تَلَا: ” تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ ” حَتَّى بَلَغَ “يَعْمَلُونَ”، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِرَأْسِ الْأَمْرِ وَعَمُودِهِ وَذُرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذُرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِمَلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ فقُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: كُفَّ عَلَيْك هَذَا. قُلْت: يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْك أُمُّك وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ عَلَى وُجُوهِهِمْ -أَوْ قَالَ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ- إلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟

Daripada Mu’az ibn Jabal R.A. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur’an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu’az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda – dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka. (HR Tirmizi No: 2619). Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1. Amal soleh yang dituntut untuk menjadi penyebab seseorang hamba masuk syurga selain rahmat Allah SWT (yang menjadi penyebab utama masuk syurga) ialah menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

2. Antara pintu kebajikan yang boleh menjadi penyebab ke syurga adalah:

a. Ibadah puasa yang menjadi perisai dari api neraka

b. Sedekah yang boleh memadamkan dosa, seumpama air memadamkan api

c. Sembahyang sunat di tengah malam (tahajjud) yang mampu mendekatkan diri kepada Allah dan menegah daripada dosa.

3. Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.

4. Anak kunci kepada semua ibadah adalah menjaga lidah. Antara anggota paling banyak terdedah melakukan maksiat ialah lidah. Seseorang yang dapat menjaga lidahnya daripada perbuatan jahat dan maksiat, Rasulullah SAW memberi jaminan kepadanya syurga.

🌱Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah S.W.T. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat dosa-dosa lidahnya.

📌 Info lanjut :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/daftarscc2024
www.wasap.my/60143360163/daftarscc2024









Photos from Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra's post 20/11/2023

𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐔𝐑𝐔𝐒

Apa yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus? Macam mana nak tahu jalan tu lurus? Kita akan rasa tenang, rasa mudah.
Cuba buka surah Az-zumar ayat 22

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Bila Allah tanya أَفَمَنْ Allah nak tanya apa? Adakah sama man siapa yang شَرَحَ Allah lapangkan صَدْرَهُ untuk Islam maka orang ni عَلَىٰ نُورٍ dia berada atas cahaya dan cahaya p**a daripada siapa? مِنْ رَبِّهِ ۚ daripada Tuhannya.

Allah nak tanya adakah sama Allah lapangkan hatinya untuk Islam dan dia berada diatas cahaya dengan orang yang dia sempitkan hatinya? Jawapannya, tak sama. Jadi apa maksud Allah lapangkan hatinya untuk Islam? Satu dadanya lapang untuk apa? Apa maksud untuk Islam? Apa sahaja perintah Allah dia terima dengan lapang je, seronok je, takada bebenan langsung.

Lepas solat fardhu senang je nak solat sunat. Lepas solat subuh senang je nak zikir. Lepas tu senang je nak baca Quran dan nak tadabbur. Dan lepas tu rasa lapang je nak hafaz ayat baru.

Ada orang nak tutup aurat kena tunggu pencen dulu. Ada orang kadang-kadang tu nak pergi masjid rasa sempit je rasa berat je maknanya belum dilapangkan.

Antara tanda-anda orang tu berada pada siratulmustaqim apa dia? Dia rasa lapang untuk Islam. Macam mna p**a orang yang tak dilapangkan hatinya? Apa akibatnya. Allah kata fawailun, celakalah, bagi siapa? Lilqosiati bagi yang keras, keras apa? Keras hatinya. Allah tak kata keras fizikal tapi Allah kata keras hati.

Kadang-kadang kita tengok pergerakan dia keras tapi hati dia lembut. Kadang-kadang kita teggok pergerakan dia lembut je tapi hati dia keras. Apa maksud hati keras? Keras daripada apa? An zikrillah. Susah je nak baca Quran. Bila baca Quran tak nangis-nangis. Tapi bila tengok cerita nustan 3 minit je dah nangis. Itu hati keras.
Baca Quran tak rasa takut, tak rasa seram. Tiba-tiba tengok hantu kak limah seram je. Hati apa tu. Keras. Hati keras bukan kecil. Alllah kata apa? Wailun. Apa makna wailun? Celaka.

Allah kata. wailun (celaka) kepada siapa ni? Bukan untuk orang miskin, tapi untuk orang yang hatinya keras. Kadang-kadang sebulan tak baca Quran tak rasa apa. Selalu solat lambat. Itulah orang yang dholalinmubin. Sesat yang nyata.

🌱Semoga kita semua berada dalam jalan yang lurus dan benar.

📌 Info lanjut :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/daftarscc2024
www.wasap.my/60143360163/daftarscc2024









Photos from Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra's post 17/11/2023

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw pada hari Jumaat ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah di Madinah, lelaki itu berkata: “Hujan tidak turun, mohonlah kepada Tuhanmu agar hujan diturunkan”.

Rasulullah saw melihat ke langit, kami mendapati tidak ada awan. Lalu Baginda memohon agar hujan diturunkan. Maka, awan pun berkumpul, kemudian hujan pun turun hingga parit Kota Madinah mengalir air.

Hujan turun sehinggalah hari Jumaat berikutnya masih tidak berhenti. Lelaki itu atau orang lain berdiri, ketika itu Rasulullah saw sedang berkhutbah.

Orang itu berkata: “Kami telah tenggelam, mohonlah kepada Tuhanmu agar menahan hujan itu daripada kami”.

Maka Rasulullah saw tersenyum dan berdoa: “Ya Allah, (turunkan hujan) di sekitar kami, jangan di atas kami,” dua kali atau tiga kali (Nabi ulang).

Kemudian awan mula bergerak dari Kota Madinah ke kanan dan ke kiri. Hujan turun di sekitar kami, tidak turun di Kota Madinah walaupun sedikit.

Allah swt menunjukkan kemuliaan Rasulullah dan doanya yang mustajab" (HR al-Bukhari dan Muslim)

🌱Contohilah Nabi saw dalam menunaikan permintaan atau hajat seseorang dan sentiasalah melakukan kebaikan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw kepada kita semua.

📌 Info lanjut :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/daftarscc2024
www.wasap.my/60143360163/daftarscc2024









Photos from Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra's post 16/11/2023

𝐀𝐃𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐒𝐀𝐅𝐈𝐑 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓?

Terdapat dua pendapat dalam isu ini.

Pendapat pertama:
Menurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi'e, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, maka gugur ke atasnya untuk melakukan solat Jumaat. Namun, sekiranya dia bermusafir dan permusafirannya itu melebihi 4 hari tidak termasuk hari masuk dan keluar ke tempat tersebut, maka dia perlu menunaikan Solat Jumaat kerana dia sudah berniat sebagai bermukim.

Justeru, jikalau permusafirannya kurang dari 4 hari tidak termasuk hari masuk dan keluar dari tempat tersebut maka gugur ke atasnya untuk melakukan solat Jumaat.
Inilah pendapat jadid (baru) Imam al-Syafie, pendapat azhar menurut ahli Iraq, dan jumhur ulama. Rujuk al-Mu’tamad (1/496).

Pendapat kedua:
Di sana terdapat juga pendapat lain di dalam mazhab Syafie seperti mana yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab Raudhah al-Talibin (2/38). Mereka berpendapat gugur kewajipan solat Jumaat jika bertolak musafir selepas fajar dan sebelum tergelincir matahari. Inilah pendapat qadim (lama) Imam al-Syafie, Syeikh Harmalah, dan dinukilkan juga oleh al-Syirasi di dalam al-Muhazzab dengan qias harusnya menjual harta zakat sebelum sampai haulnya. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/498-499).

Situasi sekarang lebih cenderung kepada pendapat kedua kerana banyak perjalanan bergantung kepada jadual bas, kereta api dan kapal terbang yang berlepas selepas fajar. Jika kenderaan bertolak pada jam 11.00 pagi contohnya, adalah menyukarkan bagi seseorang untuk keluar daripada kampungnya sebelum fajar dan perlu menunggu lama. Namun, hendaklah musafir itu atas tujuan yang mubah/harus, bukan makruh ataupun haram.

📌 Info lanjut :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/daftarscc2024
www.wasap.my/60143360163/daftarscc2024









Photos from Solehland Childcare Centre Bandar Saujana Putra's post 15/11/2023

SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Bersuci itu separuh daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di dunia dan azab akhirat) dan ada p**a yang mencelakakan dirinya (dengan melakukan maksiat). (HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya separuh daripada lman. Menjaga kebersihan adalah amat dituntut.

2. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah. Malah kesucian hati dan ketulusan niat juga menentukan kelurusan amalan setiap individu Muslim. Justeru setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.

3. Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan ketakwaan di sisi Allah.

4. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya. Antaranya;

a. Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan.

b. Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

c. Solat adalah cahaya.

d. Sedekah adalah saksi (seruan untuk berinfaq pada jalan kebaikan dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan bukti benarnya keimanan).

e. Sabar adalah sinaran (bersabar ketika mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar yang dilakukan).

f. Al-Quran adalah hujah bagi mukmin (Membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabbur (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).

5. Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan p**a ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

6. Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.

📌 Info lanjut :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/daftarscc2024
www.wasap.my/60143360163/daftarscc2024









Want your school to be the top-listed School/college in Jenjarom?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 19-1, Jalan SP5/4, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00