13/07/2026
Nama Program : Program UPKK BOOSTER.
Tarikh : 11 & 12 Julai 2026.
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang.
Penceramah Jemputan : Ustaz Hazimi (MRY Consultancy & Services)
Tempat : Dewan Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 8.
Alhamdulillah selesai sebuah lagi program.
Program kali ini melibatkan semua tahun 5 SAR Felda Palong 8 yang merupakan calon yang akan menduduki UPKK pada tahun ini.
10 buah sekolah telah dijemput bersama dalam program ini.
Sepanjang program, banyak teknik - teknik menjawab soalan UPKK telah dikongsikan oleh speaker. Selain itu, speaker juga berkongsi cara mudah untuk para calon hafal dan faham berkenaan semua subjek UPKK.
Doakan pada tahun ini lebih ramai lagi calon berjaya mencapai 9A dan lebih ramai lagi yang s**a untuk belajar tentang agama Islam.
InshaAllah.
Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas program. Semoga menjadi amal jariah buat para guru.