SK Tengkek -The Official-

SK Tengkek -The Official- PAGE FACEBOOK RASMI SK TENGKEK...
Kita Bersaing

Saingan tamat awal bagi mereka gara-gara terkandas diawal kejohanan. Mengundang gulana bagi anak-anak ini dan guru-guru ...
23/04/2026

Saingan tamat awal bagi mereka gara-gara terkandas diawal kejohanan. Mengundang gulana bagi anak-anak ini dan guru-guru yang melatih. Itu biasa, itu proses dan itu asam garam pergi bertanding.
Tidak tamat di situ sahaja, tanpa mereka sedari anak-anak ini telah menyumbang markah bagi Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (pajsk) sekolah sebagai salah satu indikator prestasi sekolah dalam penglibatan sukan. Sumbangan mereka tetap dihargai, pengalaman dan ilmu dalam pertandingan tetap berguna bagi mereka, tidak juga mematahkan semangat guru-guru untuk terus membimbing dan melatih kerana inilah yang dinamakan pendidikan.

Lawan tetap lawan..
12/04/2026

Lawan tetap lawan..

29/03/2026
Biar gambar berbicara
17/03/2026

Biar gambar berbicara

Sempena Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini demi pembangunan anak-anak didik SK Tengkek maka sudikanlah kiranya.
06/03/2026

Sempena Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini demi pembangunan anak-anak didik SK Tengkek maka sudikanlah kiranya.

Jom tolong sekolah😁

PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2027SK TENGKEKDimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Prasekolah SK TENGKEK bagi sesi ak...
03/03/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2027
SK TENGKEK

Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Prasekolah SK TENGKEK bagi sesi akademik 2027 kini dibuka secara dalam talian melalui laman sesawang:

🌐 https://eprasekolah.moe.gov.my⁠�

📍*Permohonan adalah secara DALAM TALIAN sahaja*

🗓 Tarikh permohonan:
2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026

Syarat permohonan:

Kelayakan umur kanak-kanak (Warganegara Malaysia):

👧 Umur 6 tahun (5+) – Lahir 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022

👦 Umur 5 tahun (4+) – Lahir 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023

👶 Umur 4 tahun (3+) – Lahir 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023

Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang layak adalah dipelawa untuk membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak sekolah. Terima kasih.

13 Februari 2026 kita meraikan hari terakhir Cikgu Anwar bin Hassan di SK Tengkek kerana beliau telah berada diambang pe...
20/02/2026

13 Februari 2026 kita meraikan hari terakhir Cikgu Anwar bin Hassan di SK Tengkek kerana beliau telah berada diambang persaraan iaitu pada 20hb Februari 2026 yang jatuh pada waktu cuti sekolah.
Sesungguhnya SK Tengkek amat merasai kelompongan yang ditinggalkan oleh Cikgu Anwar. Bukan sahaja guru malah berperanan sebagai uztaz dalam mendidik anak-anak disudut kerohanian. Semoga segala jasa dan pengorbanan Cikgu Anwar abadi dalam lipatan sejarah SK Tengkek.
Sesungguhnya Cikgu Anwar seorang guru yang sangat komited pada tugasnya. Semoga Cikgu Anwar akan terus sihat dan sejahtera memulakan fasa yang baharu dalam kehidupan.

19/02/2026

Salam Ramadhan

12 Feb 2026.Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSN Negeri Sembilan 2026 bertempat di Perkampungan Budaya Terachi.T...
16/02/2026

12 Feb 2026.
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSN Negeri Sembilan 2026 bertempat di Perkampungan Budaya Terachi.

Tahniah kepada kepada adik Marsha yang telah memperoleh tempat ke 8 terbaik bagi kejohanan merentas desa peringkat negeri pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat.

10hb Februari 2026, usai Mesyuarat Agung PIBG SK Tengkek ke 55. Lambang keampuhan kesatuan antara ibubapa dan sekolah. P...
11/02/2026

10hb Februari 2026, usai Mesyuarat Agung PIBG SK Tengkek ke 55. Lambang keampuhan kesatuan antara ibubapa dan sekolah. Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Ahmad Shahir bin Mohd Shah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan. Warga SK Tengkek berbesar hati atas kehadiran beliau yang diharap dapat membawa suara warga SK Tengkek kepada kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.
Tidak lupa penghargaan buat Tuan Haji Kamanizam bin Tindek Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, juga hadir bersama pegawai-pegawai perhubungan sekolah Polis Diraja Malaysia.
Tahniah buat AJK yang baru dilantik, buat AJK lama jasa mu dikenang. Semoga PIBG SK Tengkek akan terus utuh bersama guru-guru bagi memacu kemenjadian anak-anak didik SK Tengkek. Bersama-sama kita dalam usaha kita memanusiakan manusia. Tahniah semua.

03 Feb 2026.Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Pilah 2026 bertempat di SK Tunku Munawir.Murid terlibat:1. Yusuf2. Aqeef3...
04/02/2026

03 Feb 2026.
Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Pilah 2026 bertempat di SK Tunku Munawir.

Murid terlibat:
1. Yusuf
2. Aqeef
3. Raziq
4. Luthfi
5. Iqwan
6. Syahrul
7. Luna
8. Syafiah
9. Amyra
10. Zulfa
11. Azminda
12. Elyana

Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai kejohanan merentas desa pada tahun ini. Walaupun tidak mendapat tempat tetapi semua murid berjaya menghabiskan larian sejauh 4.5km. Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat.

29/01/2026

Address

Kampung Tengkek, Batu Kikir
Jempol
72200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6064981879

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tengkek -The Official- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category