PASTI Nurul Hasanah-Serting Tengah

PASTI Nurul Hasanah-Serting Tengah PASTI Nurul Hasanah - Serting Tengah, Negeri Sembilan

10/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸

10 Mei 2026
Jabatan PASTI Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang buat seluruh insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus demi membesarkan serta mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. ❀️

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

β€œSyurga itu di bawah telapak kaki ibu.” ✨



[LENSA NURUL HASANAH]Salam Syawal 1447H.Syafakillah buat adik Auni Shahmina yang pada 3 Syawal telah terlibat dalam kema...
28/03/2026

[LENSA NURUL HASANAH]

Salam Syawal 1447H.

Syafakillah buat adik Auni Shahmina yang pada 3 Syawal telah terlibat dalam kemalangan kereta di Batu Kikir.

Adik Auni mengalami kecederaan patah kaki kanan dan telah dimasukkan besi untuk proses pemulihan.

Lawatan oleh Guru Kanan PNH, Cikgu Rohayati telah diadakan pada 8 Syawal bagi meninjau keadaan adik Auni.
SamaΒ² kita doakan agar kesihatan adik Auni kembali baik dan boleh samaΒ² belajar dengan anakΒ² PNH yang lain.

PASTI Negeri Sembilan - Rasmi
PASTI Kawasan Jempol

06/03/2026

π™Žπ™–π™‘π™–π™’ 𝙉π™ͺ𝙯π™ͺ𝙑 π˜Όπ™‘-π™Œπ™ͺ𝙧𝙖𝙣 1447𝙃/2026π™ˆ

Mari hayati 17 Ramadan dengan meningkatkan bacaan, kefahaman, dan pengamalan al-Quran sebagai petunjuk hidup, serta menjadikannya sumber inspirasi dan cahaya yang menerangi hati. Semoga kita istiqamah menjadikan al-Quran sebagai pedoman.

Bersempena dengan peringatan ini, semoga seluruh warga PASTI khususnya di Negeri Sembilan terus beriltizam memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan anak-anak. Mudah-mudahan usaha mendidik generasi cilik agar mengenal, membaca dan mencintai Al-Quran akan melahirkan generasi yang berilmu, dan berakhlak mulia.

𝙄𝙠𝙝𝙑𝙖𝙨 π™™π™–π™§π™žπ™₯𝙖𝙙𝙖,
π™‹π˜Όπ™Žπ™π™„ 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 π™Žπ™€π™ˆπ˜½π™„π™‡π˜Όπ™‰.

02/03/2026
22/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dimaklumkan bahawa sempena kedatangan Bulan Ramadan 1447H / 2026M, pihak PASTI Negeri Sembilan telah menetapkan perubahan waktu persekolahan bagi Sesi Pagi sempena bulan Ramadhan seperti berikut:

πŸ”ΉHari Isnin – Khamis
πŸ•› Waktu balik: 12.00 tengah hari

πŸ”ΉHari Jumaat
πŸ•¦ Waktu balik: 11.30 pagi

Perubahan ini adalah bagi memberi ruang dan keselesaan kepada murid-murid serta warga PASTI sepanjang menjalani ibadah puasa.

Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga diminta untuk mengambil anak-anak mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


18/02/2026

Ramadan hadir sebagai anugerah Ilahi, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan tarbiah hati untuk menyucikan jiwa, memperbaharui niat serta mendekatkan diri kepada Allah ο·».

Berbekalkan semangat "π‘°π’π’π’‚π’Žπ’‚π’ π’‚β€˜π’Žπ’‚π’π’– π’ƒπ’Šπ’π’π’Šπ’šπ’‚π’•"(sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat).

𝑷𝑨𝑺𝑻𝑰 π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘Ίπ’†π’Žπ’ƒπ’Šπ’π’‚π’ berkongsi sebuah poster ringkas sebagai panduan ibadah, yang merangkumi:

πŸŒ™ Lafaz niat puasa sebulan
πŸŒ™ Lafaz niat puasa harian

Jom kita sebarkan manfaat ini kepada keluarga dan sahabat.
Semoga setiap perkongsian menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya, diberkati Allah dan diterima sebagai ibadah. 🀲

Terima kasih Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang atas kesudian menerima kunjungan kami 🀩 Insha Allah, tahun depan...
12/02/2026

Terima kasih Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang atas kesudian menerima kunjungan kami 🀩

Insha Allah, tahun depan kami datang lagi 😍πŸ”₯

12/02/2026

[LENSA NURUL HASANAH]

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang

Simulasi yang dijalankan oleh anakΒ² PNH pada sesi lawatan ke BBPSP.

Steady anak² uncle. Lepas ni semua dapat tauliah Bomba Cilik. 🀭✌🏻


[LENSA NURUL HASANAH]Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang.11 Februari 2026Terima kasih yang tak terhing...
12/02/2026

[LENSA NURUL HASANAH]

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang.
11 Februari 2026

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan buat Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang atas kesudian menerima kunjungan anakΒ² PASTI Nurul Hasanah pada lawatan yang berlangsung semalam (11/2/2026).

Lawatan ini bagi memberi pendedahan awal kepada anakΒ² PNH berkenaan faktorΒ² dan langkahΒ² keselamatan yang perlu diambil semasa di premis dan juga di tempat awam.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah, demonstrasi dan juga pameran.

Disini anakΒ² didedahkan dengan pelbagai perkara antaranya dari sudut peralatanΒ² yang digunakan anggota bomba, cara menyelamatkan diri sekira berlakunya kebakaran dan sebagainya.

Lawatan ini merupakan antara aktiviti wajib yang dimasukkan pihak pengurusan dalam takwim PNH pada setiap tahun.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

P/s: uncle pun bertahun hidup tak pernah naik trak bomba lagi ni. πŸ˜†
Terima kasih buat ibu ayah yang menyumbang makanan serta minuman untuk anakΒ². Bomba Cilik uncle balik rumah keletihan terus tido lama. πŸ˜†

Counting Days 😍Anak-anak Pasti Nurul Hasanah dah tak sabar ke nak menaiki jentera bomba dan mandi beramai-ramai di Balai...
07/02/2026

Counting Days 😍
Anak-anak Pasti Nurul Hasanah dah tak sabar ke nak menaiki jentera bomba dan mandi beramai-ramai di Balai Bomba 😬
Alhamdulillah. Tahun ini, sekali lagi PNH berkoloborasi dengan BBSP untuk program lawatan sambil belajar.
Sama-sama kita nantikan outcome nya nanti 😍
Aunty Min pun dh tak sabar ni πŸ‘©πŸ»β€πŸš’πŸ”₯

Address

Taman Desa Permai, Serting Tengah
Jempol
72200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Nurul Hasanah-Serting Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category