Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan

  • Home
  • Malaysia
  • Jempol
  • Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan

Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan, School, Jempol.

Pusat pengajian ini dibangunkan semula dengan kerjasama Pertubuhan Surau Pondok Majidiah dengan Pusat Pengajian AL-Quran & Tahfiz Al-Ulum Sepang bermula tahun 2020.

11/03/2022

CIRI2 YG PERLU ADA UNTUK MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA.

Tips dari AF Ustaz Latif, Mudir Tahfiz, Madrasah Al Quran Kubang Bujuk, semasa majlis muzakarah anjuran PINTA.

Al Fadhil Ustaz Latif adalah antara orang lama dalam bidang tahfiz. Sudah 38 tahun mengajar di Madrasah Al Quran Kubang Bujuk Terengganu. Di antara intipati muzakarah yg berlangsung di Madinah Al Quran Mengkuang T**i, Pulau Pinang semalam adalah seperti berikut.

Secara amnya ada 4 ciri2 penting yg perlu pada seseorang pelajar untuk berjaya, baik dalam bidang agama mahupun apa jua bidang yg diceburi.

1) MINAT YG MENDALAM

Pengajian tahfiz dan aalim memerlukan masa dan pengorbanan yg besar. Seandainya para pelajar tidak mempunyai motivasi diri yg tinggi, menggapai kejayaan agak sukar. Jadi ibubapa dan para asatizah perlu menanamkan semangat dan motivasi yg tinggi dalam jiwa para pelajar.

Antara cara yg berkesan ialah memperbanyakkan muzakarah fadhilat menjadi hafiz dan aalim. Bacaan hadith2 ini akan membakar semangat para pelajar.

Disamping itu, sessi2 motivasi / targhib perlu di diadakan secara berkala. Seandainya berkesempatan, mintalah para ulama' memberi nasihat kepada para pelajar.

2) USAHA YANG BERSUNGGUH SUNGGUH

Ini adalah lumrah alam. Para pelajar perlu belajar dengan sepenuh hati dan focus pada pelajaran. Jadual yg telah ditetapkan oleh pihak madrasah adalah cukup untuk tujuan ini. Jadi, para ibu bapa harus memastikan para pelajar mematuhinya dan tak perlulah minta cuti2 tambahan.

3) KEUPAYAAN

Saya selalu mengingatkan para pelajar di madrasah saya bahawa menjadi seorang DOKTOR adalah jauh lebih mudah daripada menjadi seorang PENJAGA AL QURAN. Ketajaman fikiran, kebolehan menghafal dan mengingati Al Quran bukanlah perkara yg ada pada semua orang. Adab2 juga perlu diterapkan pada para pelajar.

Ramai yang tidak mampu untuk melakukan hafazan keseluruhan Al Quran. Daripada pengalaman saya di Madrasah Tahfiz Kg Sempeneh, hampir 1/3 pelajar lelaki akan berhenti sebelum dapat menyempurnakan hafazan 30 juz mereka. Bagi pelajar perempuan p**a, mungkin hanya 1/10 sahaja yg berbuat demikian.

Tak hairanlah ada institusi tahfiz yg hanya mengambil pelajar yang boleh menghafal dgn cemerlang sahaja semasa sessi interview.

4) PILIHAN ALLAH

Menurut AF Ustaz Latif, inilah faktor terpenting dalam kejayaan seseorang. Ada pelajar yg mempunyai ketiga-tiga ciri2 diatas namun tidak dipilih Allah.

Untuk dipilih Allah, Ustaz Latif menyarankan 3 golongan ini perlu berbuat sesuatu

a) Ibubapa

- rezeki yg digunakan oleh anak adalah halal.
-redha dan sentiasa maafkan kesalahan anak
-doakan anak

b) Para asatizah di madrasah

-sayang pada para pelajar
-seandainya perlu di hukum, jangan menghukum semasa marah MALAH HUKUM SEMASA KASIH PADA PELAJAR
-sentiasa ceria dihadapan pelajar
-ikhlas dan bersungguh 2 mendidik

c) Para Pelajar

-menjaga adab
-cukup rehat dan cukup makan
-makan makanan yg berkualiti
-tidak terlalu dimewahkan dan tidak terlalu mujahadah dalam segala hal.

Diharap perkongsian drp Ustaz Latif ini memberi manafaat kepada kita semua

Maaf seandainya ada apa2 kekhilafan drp apa yg Ustaz Latif muzakarahkan.

Insya AllahTahfiz Al Majidiah akan mula terima pelajar
09/03/2022

Insya Allah
Tahfiz Al Majidiah akan mula terima pelajar



Bang Azwan datang ziarah
05/03/2022

Bang Azwan datang ziarah

Address

Jempol
72200

Telephone

+60105392654

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Al-Quran & Tahfiz Al-Majidiah Batu Kikir Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category