Sk Dato' Penghulu Luak Jempol

Sk Dato' Penghulu Luak Jempol Sekolah Beradat
Sekolah Berbudi Tinggi
Semarak Jawi

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran SK Dato'  Penghulu Luak Jempol.Jom menyelusuri peristiwa yang pe...
10/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran SK Dato' Penghulu Luak Jempol.

Jom menyelusuri peristiwa yang pernah berlaku di Negara kita dalam Segmen Hari ini dalam sejarah...

Tahukah anda? ๐Ÿ’ก

08/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 SK DATO' PENGHULU LUAK JEMPOL

yang akan berlangsung bermula dari 17/8/2026 hingga 15/9/2026

Mari sama-sama kita jayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

๐Ÿ† Hadiah menarik menanti para pemenang!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒธ TERIMA KASIH, MOMMY HAPPY! ๐ŸŒธSetinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Mommy Happy atas kerjasama yang telah...
06/08/2026

๐ŸŒธ TERIMA KASIH, MOMMY HAPPY! ๐ŸŒธ

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Mommy Happy atas kerjasama yang telah terjalin dalam menjayakan Program Jalinan PSS D'PLUJES Bersama Mommy Happy pada 5 & 6 Ogos 2026.

Ribuan terima kasih juga kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP serta semua warga SK Dato' Penghulu Luak Jempol yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Semoga program ini dapat menyemai budaya membaca, meningkatkan minat terhadap buku serta memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada semua murid.
Bersama kita membudayakan amalan membaca, membina generasi berilmu, beriman dan beramal. ๐Ÿ“šโœจ

Terima kasih atas sokongan semua. โค๏ธ


Tahniah! Tahniah! Tahniah!MBW INTERNATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 202631/7-2/8 2026Jumaat-AhadSTADIUM ARENA N9AFI ZUHDI...
02/08/2026

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

MBW INTERNATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026

31/7-2/8 2026
Jumaat-Ahad
STADIUM ARENA N9

AFI ZUHDI ZAINI
9-12 male
#

AUFA ZUYYIN ZAINI
12-14 female
#


๐ŸŒŸMinggu Panitia Pendidikan IslamTarikh : 20-24 Julai 2026Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu panitia:1. Per...
02/08/2026

๐ŸŒŸMinggu Panitia Pendidikan Islam

Tarikh : 20-24 Julai 2026

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu panitia:
1. Pertandingan Mewarna ( Pra Sekolah, PPKI, Tahun 1 & 2)
2. Pertandingan Buku Skrap ( Tahun 3 & 4)
3. Pertandingan Tulisan Khat ( Tahun 5 & 6)
4. Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran (Terbuka Tahap 1 & Terbuka Tahap 2)
5. Pertandingan Azan ( Terbuka- Tahun1-6)

Alhamdulillah, penyertaan yang sangat menggalakkan dari semua murid..

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang, yang tidak berjaya jangan putus asa..


๐Ÿ† KARNIVAL FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH JEMPOL DAN JELEBU 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Fu...
01/08/2026

๐Ÿ† KARNIVAL FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH JEMPOL DAN JELEBU 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Futsal Dan Bola Jaring Prasekolah atas komitmen dan semangat juang yang dipamerkan dalam Karnival Futsal Dan Bola Jaring Daerah Jempol Jelebu 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Semai Bakti Felda Pasoh 2 pada 15 Julai hingga 16 Julai 2026.

๐Ÿ… Pencapaian :

๐Ÿ Pasukan Futsal โ€“ Suku akhir
๐Ÿ Pasukan Bola Jaring โ€“ 12 pasukan terbaik
๐ŸŒ Peringkat Negeri: seorang wakil pemain Futsal Dan 3 org wakil pemain Bola Jaring

Warga Sekolah SK DATO' PENGHULU LUAK JEMPOL berbangga dengan kesungguhan, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Penyertaan ini menjadi platform terbaik untuk mengasah kemahiran teknikal, membina keyakinan diri serta memupuk semangat kerja berpasukan.

Setiap pengalaman yang diperoleh di gelanggang merupakan satu langkah penting ke arah melahirkan murid prasekolah yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran pada kejohanan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

๐ŸŽฏ Selari dengan Teras Pendidikan RPM 2026โ€“2035
Teras 5: Melahirkan Murid Holistik, Sejahtera dan Berdaya Saing

Penyertaan dalam kejohanan ini menyokong aspirasi Reformasi Pendidikan Malaysia (RPM) 2026โ€“2035 dengan memperkasa pembangunan murid secara menyeluruh melalui penglibatan aktif dalam kokurikulum, pembentukan sahsiah, semangat kesukanan, kepimpinan serta amalan gaya hidup sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan Futsal Dan Bola Jaring sepanjang kejohanan berlangsung.

TAHNIAH DAN SYABAS!


Hari ini, barulah kami mempunyai kekuatan untuk berkongsi kenangan indah bersama dua insan hebat yang telah menamatkan p...
01/08/2026

Hari ini, barulah kami mempunyai kekuatan untuk berkongsi kenangan indah bersama dua insan hebat yang telah menamatkan perkhidmatan mereka sebagai pendidik dan kakitangan perkhidmatan awam.

Sesungguhnya, pemergian mereka meninggalkan ruang yang sukar diisi. Setiap sudut sekolah masih menyimpan seribu satu kenangan, gelak tawa, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai.

๐ŸŒน Cikgu Ayat
๐ŸŒน Pn. Rohana

Terima kasih atas segala bakti, dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang berada di D'Plujes. Kalian bukan sekadar guru, bukan sekadar kerani, malah insan yang telah membentuk generasi demi generasi dengan penuh keikhlasan.

Sehingga hari ini, kami masih belum benar-benar "move on". Setiap kali nama disebut, setiap kali kenangan disingkap, pasti hadir rasa rindu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Persaraan bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih bermakna. Semoga Cikgu Ayat dan Pn. Rohana sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta rahmat dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

โœจ Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan bersama kekal terpahat di hati warga D'Plujes.

https://vt.tiktok.com/ZS4rgeMUR/





๐Ÿฅ‰PASUKAN BOLA SEPAK JEMPOL RAIH TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSNS B12 2026Syukur alhamdulillah, tahniah dan...
31/07/2026

๐Ÿฅ‰PASUKAN BOLA SEPAK JEMPOL RAIH TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSNS B12 2026

Syukur alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak Jempol bawah 12 tahun atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Bola Sepak MSSNS B12 2026 yang berlangsung pada ketetapan berikut :

๐Ÿ“… Tarikh : 29 โ€“ 30 Julai 2026
๐Ÿ“Œ Tempat : SK Taman Dusun Nyior
๐Ÿ† Pencapaian : ๐Ÿฅ‰ Tempat ke 3

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ ๐Ÿ‘ฆ Guru & murid D'Plujes yang terlibat :

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Cikgu Mohd Muzhafar bin Hamdan
๐Ÿ‘ฆ Riezariel Adeeb Zhafran bin Rosli

Kejayaan merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh Warga D'Plujes khususnya serta membuktikan kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

TAHNIAH & SYABAS!


Tahniah๐ŸŒŸTahniah๐ŸŒŸTahniah๐ŸŒŸ21&22 Julai 2026 Kejohanan Bola Jaring  Sekolah Rendah MSSNS Tahun 2026Norzara Elyna bt Mohammad...
30/07/2026

Tahniah๐ŸŒŸ
Tahniah๐ŸŒŸ
Tahniah๐ŸŒŸ

21&22 Julai 2026 Kejohanan Bola Jaring Sekolah Rendah MSSNS Tahun 2026

Norzara Elyna bt Mohammad Allif Shah telah mewakili sekolah bagi Daerah Jempol ke Kejohanan Bola Jaring Sekolah Rendah MSSNS 2026

Pasukan U12 Daerah Jempol telah mendapat Tempat Ketiga. Elyna telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.



Address

Jalan Masjid
Jempol
72120

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sk Dato' Penghulu Luak Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category