Sekolah Agama Bukit Keledang

Sekolah Agama Bukit Keledang JALAN UTAMA, KAMPUNG BUKIT KELEDANG, 85200 JEMENTAH, SEGAMAT, JOHOR.

01/12/2025
🔸JUMAAT🔹12 SEPTEMBER 2025 | 19 RABI'UL AWAL 1447HSAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-68 & MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH ...
12/09/2025

🔸JUMAAT
🔹12 SEPTEMBER 2025 | 19 RABI'UL AWAL 1447H

SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-68 & MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH NAJIHAH

Alhamdulillah, telah berlangsung 2 program dengan kerjasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bukit Keledang. Semoga semangat merdeka ini dapat diteruskan hingga generasi seterusnya.

Semoga maju jaya diucapkan kepada Ustazah Najihah bagi meneruskan kerjaya sebagai seorang guru yang cemerlang. Segala bakti & jasa ustazah, pihak Sekolah Agama Bukit Keledang kenang sampai bila-bila.

'Berilmu, Beriman, Beramal'




🔸RABU🔹10 SEPTEMBER 2025 | 17 RABIUL'AWAL 1447HPERTANDINGAN KEMERDEKAAN KE-68 PERINGKAT SEKOLAH Sekolah Agama Bukit Keled...
11/09/2025

🔸RABU
🔹10 SEPTEMBER 2025 | 17 RABIUL'AWAL 1447H

PERTANDINGAN KEMERDEKAAN KE-68 PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Agama Bukit Keledang telah mengadakan pertandingan sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke-68 dengan tema 'MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI'.
Tahap 1 : Pertandingan Kolaj berkumpulan
Tahap 2 : Pertandingan Rekacipta Merdeka

Semoga program ini dapat menanam dalam jiwa murid-murid arti kemerdekaan & terus mempertahankan keamanan yang telah dicapai seumur hidup mereka.

'Beriman, Berilmu, Beramal'




🔸 KHAMIS🔹04.09.2025 | 11 RABI'UL AWAL 1447HBACAAN YASIN KHAS GEMPA BUMI DAERAH SEGAMAT Alhamdulillah, telah berlangsung ...
08/09/2025

🔸 KHAMIS
🔹04.09.2025 | 11 RABI'UL AWAL 1447H

BACAAN YASIN KHAS GEMPA BUMI DAERAH SEGAMAT

Alhamdulillah, telah berlangsung program bacaan Yasin peringkat Sekolah Agama Bukit Keledang. Tujuannya untuk memohon kepada Allah Taala agar daerah Segamat, Johor dilindungi dan dijauhi daripada segala musihah & bencana; khasnya bencana gempa bumi yang kini melanda daerah Segamat ini. Semoga amalan ini diterima Allah Taala.

' Berilmu, Beriman, Beramal'




Assalamualaikum,Kami warga Sekolah Agama Bukit Keledang menolak sekeras-kerasnya amalan buli. Katakan TIDAK kepada BULI....
23/08/2025

Assalamualaikum,

Kami warga Sekolah Agama Bukit Keledang menolak sekeras-kerasnya amalan buli. Katakan TIDAK kepada BULI.



📽 Throwback 📽🔸27 Jun 2025 | 1 Muharram 1447🔹JumaatProgram Praktikal Haji & Umrah Alhamdulillah, program ini berjalan den...
19/08/2025

📽 Throwback 📽

🔸27 Jun 2025 | 1 Muharram 1447
🔹Jumaat

Program Praktikal Haji & Umrah

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan jayanya. Semoga program ini dapat menambah ilmu kepada murid-murid cara melaksanakan rukun Islam ke-5 dengan sempurna.

Labbaika Allah, humma labbaik.

" Berilmu, Beriman, Beramal"

📽 Throwback 📽🔸Jumaat🔹25 Julai 2025 | 29 Muharram 1447H🔸Dewan Utama Sekolah Agama Bukit KeledangMesyuarat Agung Badan Keb...
18/08/2025

📽 Throwback 📽

🔸Jumaat
🔹25 Julai 2025 | 29 Muharram 1447H
🔸Dewan Utama Sekolah Agama Bukit Keledang

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Bukit Keledang ke-20 & Majlis Kecemerlangan Pelajar 2024

Alhamdulillah, majlis dapat dijalankan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada perasmi, ibubapa, murid tahun 6 2024, guru-guru & semua muid dalam memeriahkan majlis ini.

Moga menjadi pemangkin semangat bagi semua murid untuk terus cemerlang dalam akademik & sahsiah diri.

'Berilmu, beriman, beramal'

🔸JUMAAT🔹15 OGOS 2025 | 21 SAFAR 1447HPROGRAM PEMASANGAN BENDERA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KALI KE - 68Alhamdulliah, prog...
15/08/2025

🔸JUMAAT
🔹15 OGOS 2025 | 21 SAFAR 1447H

PROGRAM PEMASANGAN BENDERA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KALI KE - 68

Alhamdulliah, program ini berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat menanam rasa kecintaan terhadap negara kita & merasai pengorbanan para pejuang dalam memerdekaan negara kita Malaysia tercinta.

Malaysia! Malaysia! Malaysia!

" Berilmu, beriman, beramal "

15/08/2025

🎉✨ Bilik Guru Level Up! ✨🎉

Alhamdulillah 🤲💖
Terima kasih yang tak terhingga kepada YAB Menteri Besar Johor & YB Exco Agama Negeri Johor atas sumbangan RM5,000 🏫💼 untuk menaiktaraf Bilik Guru Sekolah Agama Bukit Keledang!

Sekarang, guru-guru kami bukan saja bersemangat mengajar 📚 tapi juga bertenaga bila rehat di “port” baru yang lebih selesa 😍☕

Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan & ganjaran buat YAB & YB atas keprihatinan ini 💐🙏

💬 “Guru bahagia, ilmu pun bercahaya!” ✨

Address

Kampung Bukit Keledang
Jementah
85200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Bukit Keledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category