19/12/2025
SKBL Free Market Kembali Lagi!
PIBG SK Batu Lanchang dengan sukacitanya menjemput semua untuk menyertai acara tahunan kami, di mana barangan keperluan sekolah akan diagihkan secara percuma bagi membantu anak-anak membuat persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.
Mengapa perlu berbelanja lebih sedangkan barangan sekolah boleh diperoleh secara percuma? Penggunaan semula barangan yang masih elok bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah membantu mengurangkan pembaziran serta menyokong persekitaran yang lebih hijau dan lestari. Ambil apa yang perlu, kongsi dengan orang lain, dan bersama-sama kita memberi impak positif kepada komuniti.
Ingin menyumbang?
Kami mengalu-alukan sumbangan barangan baharu atau terpakai yang masih dalam keadaan baik, seperti:
• Kasut sekolah dan stokin hitam
• Beg sekolah
• Alat tulis
• Bekas makanan, botol air & beg makanan
• Buku aktiviti (sekurang-kurangnya 80% belum digunakan)
• Buku cerita
Penghantaran sumbangan boleh dibuat mulai 3 Januari 2026, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Cendikia, SK Batu Lanchang.
Mohon pastikan semua sumbangan bersih dan dalam keadaan baik.
Kedai buku SK Batu Lanchang turut dibuka bermula 8 pagi sehingga 12 tengah hari untuk ibu bapa membeli buku-buku sekolah bagi tahun 2026. Sambil menyelam, minum air!
Ayuh kita berganding bahu untuk berkongsi rezeki dan menjadikan sesi persekolahan ini lebih bermakna untuk anak-anak kita. Jumpa di sana!