SK Sri Lanang - Sekolah Model Transformasi TS25

SK Sri Lanang - Sekolah Model Transformasi TS25 https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sksrilanang Guru besar pertamanya ialah En. S.R. Balasingam. Sekolah ini kemudiannya bertukar kepada nama SRK English 2.

SEJARAH SEKOLAH

Apabila Jasin English School yang asal dipecahkan kepada dua pentadbiran pada tahun 1971, maka wujudlah Jasin Primary English School 2. Dalam tahun 1976 nama sekolah ini bertukar lagi kepada SRK Paya Batu dan masih menggunakan bangunan SRK Air Baruk yang lama. Sesi persekolahan pada masa itu ialah 6 bulan sesi pagi dan 6 bulan sesi petang, bergilir-gilir dengan SRK Air Baruk. Oleh

kerana bangunan yang lama terpaksa berkongsi bangunan dan murid-murid kedua-dua buah sekolah semakin meningkat dan dengan desakan ibu bapa maka sebuah sekolah baru telah dibina di kawasan Kampung Kelubi dengan keluasan kawasan sekolah 2.5 hektar dan siap pada tahun 1979. Bangunan baru ini telah beroperasi pada 1 Ogos 1979. Bangunan baru ini telah diberi nama SRK Sri Lanang dan Guru Besar nya masih lagi dibawah seliaan En. Pada ketika itu, jumlah murid adalah seramai 533 orang dimana tenaga pengajarnya adalah seramai 16 orang. Sekolah ini memiliki 2 orang kakitangan pejabat dan 3 orang pekerja am. Oleh kerana kedudukan sekolah ini jauh dari pusat bandar, masalah yang dihadapi di sekolah ini ialah tiada pengangkutan untuk menghantar murid ke sekolah dan tiada pembangunan setempat yang menyebabkan kemerosotan jumlah murid di sekolah ini. Pada masa sekarang enrolmen sekolah ialah 296 orang murid, 33 orang tenaga pengajar, 3 orang kakitangan sokongan, 2 orang pembantu pengurusan murid Pra Sekolah, 5 orang pekerja swasta serta 4 orang pegawal keselamatan. Terdapat 12 aliran bilik darjah dan 2 buah bilik pra sekolah yang menempatkan 42 orang murid.

16/05/2026

โ€œBest moments yang penuh debaran, semangat juang dan kerja berpasukan! ๐Ÿ๐Ÿ”ฅ
Setiap mata diperjuangkan, setiap peluh menjadi bukti kesungguhan.
Alhamdulillah, segala usaha akhirnya membuahkan hasil apabila Pasukan Bola Tampar SK Sri Lanang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN MSSN MELAKA 2026! ๐Ÿ†โœจ

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan penyokong yang sentiasa memberi semangat hingga ke mata akhir.
SK Sri Lanang, terus unggul di puncak kejayaan!โ€ ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

โ€œSelamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan, kesabaran dan kasih sa...
16/05/2026

โ€œSelamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.
Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu.
Jasa kalian mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.
Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris negara.โ€ ๐ŸŒน๐Ÿ“š

15/05/2026

๐Ÿ† SKSL MELAKAR SEJARAH JUARA MSSN MELAKA BOLA TAMPAR 2026 ๐Ÿ๐Ÿ”ฅAlhamdulillahโ€ฆBermula dengan langkah kecil, diiringi doa, us...
15/05/2026

๐Ÿ† SKSL MELAKAR SEJARAH JUARA MSSN MELAKA BOLA TAMPAR 2026 ๐Ÿ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillahโ€ฆ
Bermula dengan langkah kecil, diiringi doa, usaha dan semangat juang yang tidak pernah padam, akhirnya daripada 82 pasukan bertanding, pasukan bola tampar SK Sri Lanang berjaya menamatkan kejohanan sebagai JOHAN Bola Tampar MSSN Melaka 2026! ๐Ÿ’ช

Setiap mata diperoleh dengan keringat.
Setiap kemenangan hadir dengan pengorbanan.
Dan setiap pemain bermain dengan hati demi nama sekolah โค๏ธ

Daripada peringkat kumpulan sehingga ke pentas akhir, para pemain SKSL membuktikan bahawa semangat, disiplin dan kerjasama mampu membawa kejayaan ๐Ÿ†

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang pasukan ini.

๐Ÿ“Œ Peringkat Kumpulan
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š SK Alai 14
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š SK Teluk Mas 14
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š SK Sempang 12

๐Ÿ“Œ Pusingan Kedua
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š SK Menggong 16
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š SK Bukit Baru 18

๐Ÿ“Œ Suku Akhir
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š Seri Bemban 19

๐Ÿ“Œ Separuh Akhir
โœ… SKSL 31 ๐Ÿ†š Ayer Paโ€™abas 29

๐Ÿ“Œ AKHIR ๐Ÿ†
๐Ÿฅ‡ SKSL 31 ๐Ÿ†š Nyalas 29

โœจ โ€œBukan sekadar menang perlawanan, tetapi juga pengalaman dan kenangan.โ€




Alhamdulillah, syukur atas setiap kejayaan yang diraih. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒŸ๐ŸฅณSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat sem...
12/05/2026

Alhamdulillah, syukur atas setiap kejayaan yang diraih. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒŸ๐Ÿฅณ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru, staf, murid, PIBK serta seluruh warga SK Sri Lanang atas komitmen, pengorbanan dan semangat kerja berpasukan yang tidak pernah luntur. ๐Ÿค๐Ÿ“š

Kejayaan ini bukan milik individu, tetapi hasil usaha bersama seluruh keluarga besar SKSL dalam memastikan kecemerlangan terus dilakar dari semasa ke semasa. ๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿ† Anugerah Pencapaian PBD Terbaik Sains (SK) 2025
๐Ÿ† Anugerah Peningkatan Prestasi Pemulihan Penguasaan Matematik Terbaik
๐Ÿ† Anugerah Pencapaian 100% Murid Tahun 6 Literasi & Takmil Al-Quran melebihi 50%
๐Ÿ† Anugerah Audit Kewangan Cemerlang Sekolah Tahun 2024

โ€œBersama Kita Hebat, Bersatu Kita Kuat, Kecemerlangan Kita Matlamat.โ€

SKSL : Beat The Challenge ๐Ÿ”ฅ
Melangkah bersama, mencipta kecemerlangan.


EMPAYAR LANANG DOMINATORS TERUS TEGUH! ๐Ÿ†Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali... tapi EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT...
11/05/2026

EMPAYAR LANANG DOMINATORS TERUS TEGUH! ๐Ÿ†

Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali... tapi EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT! ๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡

Tahniah diucapkan kepada pasukan Sofbol Lanang Dominators SK Sri Lanang kerana sekali lagi membuktikan taring mereka sebagai JOHAN MSSN Negeri Melaka 2026 yang berlangsung pada 5-6 Mei lalu.

Konsistensi, disiplin, dan semangat juang yang tinggi menjadi kunci kejayaan "Four-Peat" ini. Gelaran 'Dominator' bukan sekadar nama, tapi satu fakta!

Terima kasih kepada barisan jurulatih, para pemain, pihak sekolah, dan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan ini. Legasi diteruskan, tradisi dikekalkan!

๐Ÿ“Œ Mesyuarat PIBG SK Sri Lanang Kali Ke-52Alhamdulillah, Mesyuarat PIBG SK Sri Lanang telah berlangsung dengan lancar has...
09/05/2026

๐Ÿ“Œ Mesyuarat PIBG SK Sri Lanang Kali Ke-52

Alhamdulillah, Mesyuarat PIBG SK Sri Lanang telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak. Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa komited dalam memastikan kecemerlangan dan kebajikan murid-murid SK Sri Lanang terus terpelihara. ๐Ÿคโœจ

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dibincangkan dapat membawa SK Sri Lanang ke arah yang lebih gemilang. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›




Tahniah dan syabas kepada Unit Kokurikulum SK Sri Lanang berjaya melaksanakan perkhemahan unit beruniform peringkat keba...
27/04/2026

Tahniah dan syabas kepada Unit Kokurikulum SK Sri Lanang berjaya melaksanakan perkhemahan unit beruniform peringkat kebangsaan 2026.

16 buah sekolah dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor menyertai perkhemahan ini.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran perkhemahan ini.

Semoga anak-anak mendapat impak yang positif dalam penyertaan perkhemahan kali ini.

08/02/2026

โ€œSatu Watikah, Seribu Amanahโ€

Bersedialah menyaksikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Sri Lanang Sesi 2026โ€”melahirkan barisan peneraju berwibawa dan berwawasan.โ€

โ€œDari murid biasa, lahir pemimpin luar biasa. Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Sri Lanang Sesi 2026, detik bersejarah yang dinanti.โ€

08/02/2026

โœจ Detik bersejarah bakal tercipta!
SK Sri Lanang bakal menyaksikan lahirnya barisan Pemimpin Muda Sesi 2026 yang akan menggalas amanah, memacu perubahan, dan mencorak masa depan sekolah tercinta. Nantikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Sri Lanang 2026 โ€” saat kepimpinan bertukar tangan, dan legasi diteruskan! ๐Ÿ”ฅ

Address

Jalan Kelubi
Jasin
77000

Telephone

+6065291459

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sri Lanang - Sekolah Model Transformasi TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share