Balai Cerap Ulul Albab

  • Home
  • Balai Cerap Ulul Albab

Balai Cerap Ulul Albab Community Observatory. Balai cerap komuniti mengalu-alukan pelajar sekolah, kolej, IPT dan peminat astronomi serta masyarakat setempat datang.

AllahuAkbar... planet musytari dan zuhrah berdekatan antara keduanya, jelas selepas maghrib selama beberapa hari di lang...
03/06/2026

AllahuAkbar... planet musytari dan zuhrah berdekatan antara keduanya, jelas selepas maghrib selama beberapa hari di langit barat. Ini adalah sebahagian dari tanda Keesaan, kekuasaan dan Kebesaran Allah Pencipta sekelian alam.
سبحان الله
والله اعلم

AllahuAkbar..Galaksi Sombrero ( dikenali sebagai Messier 104 atau M104) merupakan  galaksi yang  menarik. Terletak sekit...
30/05/2026

AllahuAkbar..Galaksi Sombrero ( dikenali sebagai Messier 104 atau M104) merupakan galaksi yang menarik. Terletak sekitar 28-30 juta tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Virgo, Diameternya 50,000 tahun cahaya. Galaksi ini mendapat namanya kerana bentuknya menyerupai topi tradisional Mexico—Sombrero.
سبحان الله
والله اعلم

AllahuAkbar.. sebelum fajar hamba sempat merakam objek M16 yang di kenali Nebula Helang. M16 terletak dalam buruj Serpen...
28/05/2026

AllahuAkbar.. sebelum fajar hamba sempat merakam objek M16 yang di kenali Nebula Helang. M16 terletak dalam buruj Serpens (Ular) pada jarak kira-kira 5,700 hingga 7,000 tahun cahaya dari Bumi.
Ia merupakan kombinasi dua objek astronomi:
Nebula Pelepasan (Emission Nebula): Awan gas hidrogen yang bercahaya (kawasan berwarna kemerahan) disebabkan oleh radiasi ultraungu daripada bintang-bintang muda.
Gugusan Bintang Terbuka (Open Star Cluster): Dikenali sebagai NGC 6611, iaitu sekumpulan bintang muda yang sangat panas dan terang yang baru terbentuk di dalam nebula tersebut.
Ia merupakan Mazhar (tempat kenyataan) bagi keagungan, keindahan, dan sifat-sifat Allah SWT.
سبحان الله.
،والله اعلم

AllahuAkbar... Matahari pukul 6 petang 24/5/2026.
24/05/2026

AllahuAkbar... Matahari pukul 6 petang 24/5/2026.

21/05/2026
AllahuAkbar.. fasa 5 Zulhijah 1447.. fasanya mula bertambah, malam ini 30%.
21/05/2026

AllahuAkbar.. fasa 5 Zulhijah 1447.. fasanya mula bertambah, malam ini 30%.

AllahuAkbar... 19/5/2026 Alhamdulillah langit di Mersing cerah dan tidak berwan hamba sempat merakam galaksi Bima Sakti ...
19/05/2026

AllahuAkbar... 19/5/2026 Alhamdulillah langit di Mersing cerah dan tidak berwan hamba sempat merakam galaksi Bima Sakti yang baru terbit di langit timur. Galaksi ini dianggarkan mengandungi 200-400 billion bintang.
Inilah keluasan ciptaan Allah: ratusan bilion bintang dalam satu galaksi,
sedangkan Bima Sakti sendiri hanyalah satu daripada berbilion galaksi di alam semesta.
سبحان الله.
والله اعلم

AllahuAkbar... hamba di Mersing cuaca baik ketika maghrib, fasa 3 hari bulan Zulhijah nampak terang dan berdekatan denga...
19/05/2026

AllahuAkbar... hamba di Mersing cuaca baik ketika maghrib, fasa 3 hari bulan Zulhijah nampak terang dan berdekatan dengan planet zuhZuhrah. Jelas kelihatan sinar bumi pada bahagian gelap bulan. Saiz fasa bulan malam ini 11%.

Waktu maghrib bagi Negeri Melaka pada 17/5/2026: 19:16Manakala waktu terbenam matahari di Balai Cerap Al-Khawarizmi: 19:...
18/05/2026

Waktu maghrib bagi Negeri Melaka pada 17/5/2026: 19:16
Manakala waktu terbenam matahari di Balai Cerap Al-Khawarizmi: 19:15
Perbezaan 1 minit, waktu maghrib dalam jadual lewat 1 minit dari waktu terbenam matahari sebenar.
Perbezaan ini disebabkan waktu solat dalam jadual yang diterbitkan mengikut zon waktu solat ( berdasarkan titik rujukan paling barat dalam zon berkenaan).
والله اعلم

Hilal Zulhijah telah kelihatan di beberapa lokasi cerapan termasuk di Balai Cerap Al-Khawarizmi. Doa melihat hilal: اللّ...
18/05/2026

Hilal Zulhijah telah kelihatan di beberapa lokasi cerapan termasuk di Balai Cerap Al-Khawarizmi. Doa melihat hilal: اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ
Allah Maha Besar. Ya Allah, munculkanlah hilal ini kepada kami dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, serta taufik untuk melakukan apa yang Engkau cintai dan redai. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai hilal) ialah Allah.”

Dengan demikian hari ini Isnin adalah 1 Zulhijah.

Address

JA 5997 Jalan KJ 3/4

77000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Cerap Ulul Albab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Balai Cerap Ulul Albab:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share