Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat

Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat Pusat Pengajian Tahfiz AlQuran untuk remaja wanita.

Ibadah Korban 2026 bersama Madrasah Darul Yamani dan Lilbanat Dar Ummahat Al-Mu’mininJika berminat sila whatsappUst Syar...
20/04/2026

Ibadah Korban 2026 bersama Madrasah Darul Yamani dan Lilbanat Dar Ummahat Al-Mu’minin

Jika berminat sila whatsapp
Ust Syarifuddin 017-3386318.

✨ PELUANG INFAQ, PAHALA JARIYAH ✨Alhamdulillah, pembinaan Rumah Guru & Dewan Pengajian di Dar Ummhat Al-Mu’minin sedang ...
06/04/2026

✨ PELUANG INFAQ, PAHALA JARIYAH ✨

Alhamdulillah, pembinaan Rumah Guru & Dewan Pengajian di Dar Ummhat Al-Mu’minin sedang berjalan dan kini memasuki Fasa 2.

Masih banyak keperluan yang perlu disempurnakan seperti:
🏠 Pembinaan rumah guru
🪟 Pemasangan siling & tingkap
📚 Persiapan dewan pengajian

💰 Dana diperlukan: RM150,000

Inilah peluang untuk kita semua menyumbang dan meraih pahala jariyah yang berterusan.
Setiap ringgit yang disumbangkan insyaAllah menjadi saham akhirat kita 🤲

Sabda Nabi ﷺ:
“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan.”

📌 Salurkan sumbangan anda ke:
Maybank: 5541 1051 8838
(DAR UMMAHAT AL-MU’MININ)

📲 Atau scan QR code yang disediakan

📞 Sebarang pertanyaan:
010-2409975 (Ustazah Adlina)
016-2204854 (Ustaz Faiz)



🤍 “Sedikit dari kita, besar di sisi Allah”
Jom sama-sama bantu jayakan pembinaan ini.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan ter...
03/04/2026

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan.

Sumbangan tuan/puan amat besar maknanya dalam membantu empat orang pelajar kami yang telah berlepas semalam bagi menyambung pengajian mereka di Dar Az-Zahra, Tarim, Hadramaut, Yaman. Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kepada perjalanan menuntut ilmu mereka dipermudahkan serta diberkati oleh Allah SWT.

Kami mendoakan agar segala bentuk kebaikan dan pengorbanan yang disumbangkan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan keberkatan dalam rezeki dan kehidupan.

Semoga usaha ini menjadi saham akhirat yang berterusan dan menjadi asbab lahirnya generasi ulama yang memberi manfaat kepada ummah.

جزاكم الله خيرًا كثيرًا
بارك الله فيكم

Kami membuka Peluang Tajaan Pengajian ke Dar Az-Zahra Tarim bagi pelajar-pelajar kami yang telah tamat pengajian Tahfiz ...
04/02/2026

Kami membuka Peluang Tajaan Pengajian ke Dar Az-Zahra Tarim bagi pelajar-pelajar kami yang telah tamat pengajian Tahfiz di sini.
Segala bentuk sumbangan, infaq, dan zakat di alu2kan.
Semoga Allah swt membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat kelak
Sebarang pertanyaan boleh berhubung pd nombor tertera.

Sila ltk reference `Tajaan Yaman’ dan whatsapp resit ke nombor tertera.

TAJAAN PENGAJIAN KE YAMANAlhamdulillah seorang pelajar Dar Ummahat Al-Mu’minin akan menyambung pengajian ke Dar Az-Zahra...
23/03/2025

TAJAAN PENGAJIAN KE YAMAN

Alhamdulillah seorang pelajar Dar Ummahat Al-Mu’minin akan menyambung pengajian ke Dar Az-Zahra Tarim Hadramout.

Beliau telah khatam hafazan Al-Quran 30 juz bersama Syahadah di Madrasah LilBanat Dar Ummahat Al-Mu’minin.
Kemudian pengajian selama 2 tahun di Madrasah Anwar Al Batul dan sekarang akan menyambung pengajian ke Dar Az Zahra Tarim di bawah bimbingan Habib Mahdi Abu Bakar Al Hamid.
Beliau juga adalah adik kpd Al Marhum TG Ustaz Redzuan Raffi Al Yamani

Semoga dengan sumbangan dari tuan puan dapat memudahkan urusan beliau dan keluarga.
Semoga semua yang menyumbang mendapat saham membantu penuntut ilmu agama dan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧. 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 & 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧Pada 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 yang mulia ini, kami menggunakan kesempatan ini untuk membuka ...
15/08/2024

𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠 𝗪𝗕𝗧. 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 & 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

Pada 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 yang mulia ini, kami menggunakan kesempatan ini untuk membuka peluang bagi yang ingin menginfaq 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 & 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗨𝗥 .

𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗛 sangat dialu-alukan terutama untuk bahan asas seperti 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦, 𝗚𝗨𝗟𝗔 & 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞. Boleh dihantar terus ke madrasah atau kami ambil dirumah asalkan didalam kawasan Jasin sahaja.

Segala bentuk infaq, zakat & sumbangan boleh dimasukkan ke akaun:
𝐌𝐀𝐘𝐁𝐀𝐍𝐊🟨
𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗪𝗔𝗟 𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗥 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗔𝗟-𝗠𝗨'𝗠𝗜𝗡𝗜𝗡
5541 1051 8838

Sebarang pertanyaan atau penyata boleh terus menghubungi:
𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗙𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗜:
+6017 338 6318

Kami berharap semoga sedikit usaha kita dalam membantu 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 ini menjadikan kita dikalangan orang-orang yang dikasihi & diampunkan oleh 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗪𝗧.

*KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN*Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik *SAIDATUL NAJIHA BIN...
07/03/2024

*KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik *SAIDATUL NAJIHA BINTI SALLEH* kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini 7 MAC 2024.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan tidak lupa juga kepada Ustazah Nur Adlina di atas kejayaan ini. Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Najiha dan terus Istiqamah dengan Al Quran.

Semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan kita semua dengan Nur Al-Quran. Aamiin..

📌 _Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat_

*KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN*Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik *NUR SYAFIQAH BT. AD...
27/11/2023

*KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik *NUR SYAFIQAH BT. ADIB* kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini *27 NOV 2023*.

TAHNIAH diucapkan kepada *KEDUA IBUBAPA, KELUARGA* dan tidak lupa juga kepada *USTAZAH NUR ADLINA* di atas kejayaan ini. Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Syafiqah dan terus Istiqamah dengan Al Quran.

Semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan kita semua dengan Nur Al-Quran. Aamiin..

📌 _Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat_

KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik LAILA NAJWA BINTI SALL...
19/10/2023

KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dan TAHNIAH kepada Adik LAILA NAJWA BINTI SALLEH kerana telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada hari ini 19 OKT 2023.

TAHNIAH diucapkan kepada kedua-dua Ibubapa, keluarga dan tidak lupa juga kepada Ustazah Nur Adlina di atas kejayaan ini. Kami mendoakan agar Al-Quran yang dihafal terus kekal dalam ingatan dan dada adik Laila dan terus Istiqamah dengan Al Quran.

Semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan kita semua dengan Nur Al-Quran. Aamiin..

Sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun 2022Madrasah Darul Yamani dan Dar Ummahat Al-Mu’minin membuka peluang tajaan berbu...
21/02/2022

Sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun 2022

Madrasah Darul Yamani dan Dar Ummahat Al-Mu’minin membuka peluang tajaan berbuka Puasa dan Sahur buat pelajar2 seramai 80 org.
Tajaan Berbuka Puasa - RM450 sahaja
Tajaan Sahur - RM250 sahaja.

Sumbangan melalui
Akaun Maybank
*TAHFIZ WAL ULUM DAR UMMAHAT AL-MU’MININ*
*5541 1051 8838*

Sebarang soalan boleh hubungi
Ustaz Syarifuddin 017-3386318

31/12/2021

INFAQ PEMBANGUNAN MADRASAH

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah ﷺ telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

Justeru, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk meraikan penginfaq, penyumbang yang berhajat untuk merebut pahala sedekah seperti hadis di atas.

Kami membuka ruang seluasnya untuk berinfaq Pembangunan Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat Dar Ummahat Al-Mu’minin di dalam Kempen Infaq Pembangunan dengan jumlah seikhlas hati untuk dimanfaatkan kepada pelajar - pelajar tahfiz & hafizah .

Kempen Infaq Pembangunan Madrasah ini boleh dilakukan dengan membuat pindahan wang secara online ke akaun Rasmi Tahfiz Wal Ulum Dar Ummahat Al-Mu’minin :

Bank Maybank : 5541 1051 8838
Rujukan : Infaq Pembangunan

Sebarang pertanyaan berkaitan INFAQ boleh hubungi :

Ustaz Syarifuddin
017- 3386318

Tuan Yus (Penyelaras Projek)
017- 2244880

Moga Allah meredhai segala usaha kita. InsyaAllah.

MADRASAH TAHFIZ WAL ULUM LILBANAT DAR UMMAHAT AL- MU’MININ
KM 34, Jalan Ayer Sonsang, Kg Nyalas, 77100 Nyalas, Melaka


Address

JA 8372, LORONG PEKAN NYALAS 1, NYALAS
Jasin
77100

Telephone

+60173386318

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Dar Ummahat Al-Mu’minin Madrasah Tahfiz Wal Ulum Lilbanat:

Shortcuts

Share

Category