Terletak di Daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu, YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2hb Ogos 1982 te
rdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru p**a ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah disempurnakan pada 8hb. Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Musa Hitam. Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Ini bermakna MRSM Tun Ghafar Baba hanya mengambil pelajar lepasan PMR sahaja (yang layak) untuk ke tingkatan 4 dan seterusnya ke tingkatan 5. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Visi :
MRSM Tun Ghafar Baba berusaha menjadi peneraju kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang berteraskan nilai saintifik, independen, kreatif, keusahawanan dan patriotik. Misi :
Dalam usaha mencapai kecemerlangan berganda MRSM Tun Ghafar Baba akan :-
•Memastikan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
•Menjayakan program pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang disasarkan.
•Melahirkan pelajar yang berbakat, berketerampilan, berkepimpinan, berinisiatif, berfikiran saintifik (kreatif & inovatif) serta mengembangkan minat keusahawanan melalui aktiviti kokurikulum.
•Mengadakan program yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Objektif Operasi:
Perkhidmatan
•Memastikan prasarana yang sempurna mengikut piawai MARA untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang sesi persekolahan.
•Memastikan kemudahan asas maktab dikawal selia secara berkala mengikut jadual.
•Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sepanjang tahun.
•Sentiasa memastikan persekitaran yang kondusif dapat dinikmati oleh warga maktab. Akademik
•Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar mendapat A bagi subjek Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, dan subjek sains serta mendapat semua A dalam subjek-subjek lain.
•Memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sekurang-kurangnya 1.4 dalam SPM setiap tahun.