SRA JAIM FELDA Kemendor

SRA JAIM FELDA Kemendor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRA JAIM FELDA Kemendor, Religious school, Jalan BUNGA ROS, FELDA KEMENDOR, Jasin.

Alhamdulillah, tirai sesi persekolahan 2026 dibuka dengan penuh keberkatan melalui Perhimpunan Rasmi Pertama yang diadak...
15/01/2026

Alhamdulillah, tirai sesi persekolahan 2026 dibuka dengan penuh keberkatan melalui Perhimpunan Rasmi Pertama yang diadakan. Suasana perhimpunan tampak cukup bersemangat dengan kehadiran warga pendidik dan murid-murid yang bersedia untuk menimba ilmu.
​Dalam majlis yang sama, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan murid yang telah dilantik bagi sesi ini:
✅ Pengawas Sekolah
✅ Pengawas SPBT
✅ Ketua & Penolong Kelas
​Semoga amanah yang digalas dilaksanakan dengan penuh integriti dan dedikasi. Jadilah suri teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain dan semoga pelantikan ini menjadi pemangkin buat kalian untuk terus cemerlang dalam aspek sahsiah mahupun akademik.
​Selamat bertugas dan selamat maju jaya buat semua pemimpin muda SRAJ FELDA Kemendor!"

‎🌻Assalamualaikum w.b.t🌻Makluman kepada semua ibubapa/penjaga:✍🏻 *PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN SEKOLAH, PERALATAN DAN KEPERL...
01/01/2026

‎🌻Assalamualaikum w.b.t🌻
Makluman kepada semua ibubapa/penjaga:

✍🏻 *PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN SEKOLAH, PERALATAN DAN KEPERLUAN PELAJAR TAHUN 2026*

🌺 *SRA JAIM FELDA Kemendor*🌺
———————————————
📆TARIKH : 7, 8 & 9 JANUARI 2026
( RABU, KHAMIS & JUMAAT)

⏰MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI

🏫TEMPAT : SRA JAIM FELDA Kemendor

🌺Sila hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas untuk memudahkan urusan supaya tidak berlaku kesesakan pada minggu pertama persekolahan bermula.

🌺Bawa bersama wang kecil untuk kemudahan urusan semasa proses pembayaran yuran.

🌺Dokumen yang perlu dibawa :
*PENDAFTARAN TAHUN 1 & PELAJAR BAHARU*
👉🏻1 Salinan sijil kelahiran pelajar
👉🏻 1 Salinan MYKID pelajar
👉🏻 2 keping gambar ukuran passport (tulis nama penuh pelajar dibelakang gambar)
👉🏻 1 Salinan i/c bapa
👉🏻 1 Salinan i/c ibu
👉🏻 1 Salinan slip gaji terkini
👉🏻 1 Salinan Bil Utiliti terkini

*PENDAFTARAN TAHUN 5*
(Calon UPKK TAHUN 5 2026)
👉🏻1 Salinan sijil kelahiran
👉🏻2 keping gambar berukuran passport *(gambar terkini, tulis nama penuh pelajar di belakang gambar)*

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai.
Sekian,
Harap maklum & Terima kasih🌺

🌟 *HARI APRESIASI*🌟*SRA JAIM FELDA Kemendor*📅 *Rabu | 17 Disember 2025*Setinggi-tinggi *tahniah dan penghargaan* diucapk...
17/12/2025

🌟 *HARI APRESIASI*🌟
*SRA JAIM FELDA Kemendor*
📅 *Rabu | 17 Disember 2025*

Setinggi-tinggi *tahniah dan penghargaan* diucapkan kepada seluruh murid SRA JAIM FELDA Kemendor atas usaha, komitmen dan pencapaian yang membanggakan sepanjang sesi persekolahan ini. 👏✨

Semoga segala kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berakhlak mulia dan mencapai kecemerlangan dunia serta akhirat.

💐 *Syabas dan tahniah kepada semua murid!*
Teruskan melakar kejayaan pada masa hadapan. 🌈📚

Program Pemantapan Sahsiah Murid Tahun 6 2025Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Pemantapan Sahsiah untuk ...
05/12/2025

Program Pemantapan Sahsiah Murid Tahun 6 2025

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Pemantapan Sahsiah untuk murid Tahun 6 sebagai persediaan menuju alam persekolahan menengah. Program ini bertujuan membina jati diri, mengukuhkan akhlak, serta membentuk disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan murid.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat serta murid-murid yang hadir dengan penuh semangat. Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi bekalan penting dalam perjalanan mereka ke peringkat seterusnya. 🌟
SRA JAIM FELDA Kemendor — Mendidik Dengan Hikmah 📘✨

Indahnya Berbagi, Keberkatan Disini.Dewan Tertutup SRAJ FELDA Kemendor menjadi saksi kepada program mulia "Majlis Penyer...
27/11/2025

Indahnya Berbagi, Keberkatan Disini.

Dewan Tertutup SRAJ FELDA Kemendor menjadi saksi kepada program mulia "Majlis Penyerahan Pengagihan Hasil Manfaat Fidyah" pada hari Rabu, 26 November 2025.

Inisiatif daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini merupakan lambang keprihatinan umat Islam dalam membantu mereka yang memerlukan. Ia juga memberikan pendedahan kepada anak-anak sekolah tentang kepentingan kewajipan Fidyah dan konsep tolong-menolong dalam masyarakat.

Semoga Allah S.W.T menerima segala amal ibadah dan Fidyah yang disalurkan, serta memberkati rezeki para penerima.

17/11/2025

Selamat menduduki peperiksaan UPKK, buat yg terbaik. Didoakan buat semua calon UPKK di seluruh Malaysia juga 🤲

Pemantauan Instrumen A dan B oleh Penyelia, Ustaz Mohd Ridzuan Hj Mujid telah berlangsung pada 23 Oktober 2025 (Khamis)....
23/10/2025

Pemantauan Instrumen A dan B oleh Penyelia, Ustaz Mohd Ridzuan Hj Mujid telah berlangsung pada 23 Oktober 2025 (Khamis).
Terima kasih atas kehadiran dan bimbingan berharga yang dikongsikan. Moga segala ilmu dan tunjuk ajar menjadi panduan untuk kami terus menjadi pendidik yang cemerlang, in shaa Allah.
Alhamdulillah 🌸

https://www.facebook.com/share/p/1F1tLXJu58/?mibextid=wwXIfr
22/07/2025

https://www.facebook.com/share/p/1F1tLXJu58/?mibextid=wwXIfr

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) & Ithbat Kafa Pratahfiz (IKP) Tahun 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 bermula pada 17 hingga 20 November 2025 serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) Tahun 2025 bermula pada 18 hingga 21 Ogos 2025.

Semoga Allah berkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan buat semua calon.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kejayaan menanti di hadapan, insya-Allah.




Majlis Selesai Dengan Jayanya! 🎉Alhamdulillah, **Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-4 Sesi 2024/2025** & **Majlis Anug...
14/06/2025

Majlis Selesai Dengan Jayanya! 🎉

Alhamdulillah, **Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-4 Sesi 2024/2025** & **Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2024** telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada **14 Jun 2025 (Sabtu)** bertempat di Dewan SRA JAIM Felda Kemendor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada:
✅ Ibu bapa/penjaga yang hadir
✅ Barisan AJK PIBG & guru-guru
✅ Semua murid yang menerima anugerah
✅ Semua yang terlibat menjayakan majlis

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak didik kita.

Tahniah & Syabas! 🎉Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili sekolah da...
13/06/2025

Tahniah & Syabas! 🎉

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili sekolah dalam Ikhtifal KAFA (IKK) 2025 Peringkat Zon.

Semangat, usaha dan komitmen anda semua amat membanggakan! Terima kasih juga kepada para guru pembimbing dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.

“Menang bukan matlamat utama, tetapi keberanian menyahut cabaran adalah satu kejayaan!

Teruskan berusaha, teruskan melakar kejayaan!

📅 15/1/2025, RABU“Melangkah Dengan Cemerlang 🚀Hari ini, SRA JAIM FELDA Kemendor meraikan kejayaan murid-murid yang luar ...
15/01/2025

📅 15/1/2025, RABU

“Melangkah Dengan Cemerlang 🚀
Hari ini, SRA JAIM FELDA Kemendor meraikan kejayaan murid-murid yang luar biasa. Terima kasih kepada guru, ibu bapa, dan semua yang menyokong perjalanan mereka. Kejayaan ini milik kita semua. 🌟

06/01/2025

Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

🗓️ Tarikh : 6 - 9 Januari 2025 | 6 - 9 Rejab 1446H

Kepada semua calon UPKK 2024, bersiap sedialah dengan ilmu dan doa. Semoga anda semua diberi kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab soalan, serta kejayaan yang membanggakan.

Ingatlah, usaha yang bersungguh-sungguh diiringi doa pasti menghasilkan yang terbaik.

Ibu dan ayah jangan lupa berdoa serta ajarkan kepada anak-anak membaca doa ini :

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Selamat Berjaya!

Address

Jalan BUNGA ROS, FELDA KEMENDOR
Jasin
77000

Telephone

+6065291867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA JAIM FELDA Kemendor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA JAIM FELDA Kemendor:

Shortcuts

Share