SK Chinchin

Directions Website Contact the school

SK Chinchin SK Chinchin mula ditubuhkan pada 1926.

MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2026 | 18 SEPTEMBER 2026.Objektif Program1. Memupuk semangat patrioti...
19/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN SEMARAK MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2026 | 18 SEPTEMBER 2026.

Objektif Program

1. Memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga sekolah.

2. Mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat kebersamaan melalui aktiviti sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

3. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, staf, ibu bapa, penjaga serta murid-murid SK Chinchin atas sokongan, kerjasama dan penglibatan dalam menyemarakkan Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2026.

Buat anak-anak SK Chinchin yang berani tampil menyertai setiap pertandingan, kalian telah mewarnai Merdeka dengan bakat, semangat dan keberanian. Terima kasih atas setiap usaha dan pengorbanan. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026 | RabuSemoga Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat perpaduan, keh...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026 | Rabu

Semoga Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air.

Berbeza budaya, bersatu jiwa.
Bersama membina Malaysia yang aman, sejahtera dan harmoni.

Ikhlas daripada,
Warga SK Chinchin πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

KEM PEMBINAAN KARAKTER MADANI β€œKITA” | 12 SEPTEMBER 2026.Kem Pembinaan Karakter Madani β€œKITA” telah diadakan pada 12 Sep...
14/09/2026

KEM PEMBINAAN KARAKTER MADANI β€œKITA” | 12 SEPTEMBER 2026.

Kem Pembinaan Karakter Madani β€œKITA” telah diadakan pada 12 September 2026 bertempat di Asahan Water Theme Park. Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid serta Unit Kokurikulum dan PSS, SK Chin Chin bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan sahsiah yang baik, disiplin, tanggungjawab dan keyakinan diri.

Pelbagai aktiviti berkumpulan telah dijalankan bagi memupuk nilai kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan keprihatinan. Program ini turut memberi peluang kepada murid mengamalkan kepimpinan serta meningkatkan kemahiran komunikasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga khususnya pihak PIBG yg memberi kerjasama dgn mantap sepanjang pelaksanaan program serta semua pihak yang telah memberi sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat memberikan manfaat kepada murid dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selamat Hari Lahir buat Ustazah Noni Maryana binti Ishak! 🌸✨13 September 2026Seluruh warga SK Chinchin mendoakan agar Us...
13/09/2026

Selamat Hari Lahir buat Ustazah Noni Maryana binti Ishak! 🌸✨
13 September 2026

Seluruh warga SK Chinchin mendoakan agar Ustazah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga tercinta, serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan lindungan Allah SWT.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, dan ilmu bermanfaat yang tidak pernah lelah dicurahkan buat anak-anak didik SK Chinchin. Semoga segala urusan Ustazah dipermudahkan dan dipermulia sentiasa.
Barakallah fi umrik! 🀲❀️

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga SK Chinchin


09/09/2026

🎬✨ VIDEO PROMOSI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 ✨🎬

🌟 Tema:β€œKomuniti Madani, Pendidikan Bestari – Sehari Bersama Rakyat”
✨ Ayuh kita bersama-sama memeriahkan Karnival Pendidikan Madani 2026!
πŸ’™ Tahun Ini, Tahun Kita! 🀝 Komuniti Madani, Pendidikan Bestari

🍽️✨ JOM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA SK CHIN CHIN! ✨🏫Sekolah Kebangsaan Chin Chin dengan sukacitanya mengalu-alukan pe...
07/09/2026

🍽️✨ JOM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA SK CHIN CHIN! ✨🏫

Sekolah Kebangsaan Chin Chin dengan sukacitanya mengalu-alukan pengusaha yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan untuk merebut peluang menyertai Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah bagi Sesi 2026/2028.

🌟 Satu peluang.
🌟 Satu amanah.
🌟 Satu ruang untuk menyumbang kepada kemenjadian warga sekolah melalui sajian yang berkualiti, bersih, selamat dan menyelerakan. πŸ˜‹

πŸ’š Ayuh, jadikan kantin SK Chin Chin lebih ceria, lebih berkualiti dan sentiasa menjadi pilihan warga sekolah!

πŸ“’ Berminat? Jangan lepaskan peluang ini!
πŸ‘‰ Rujuk poster untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat tawaran.



KEM PEMBINAAN KARAKTER MADANI DAN β€œKITA” SK CHINCHIN TAHUN 2026πŸŽ‰ JOM SERTAI! BINA DIRI, CAPAI PRESTASI! πŸŽ‰Assalamualaikum...
03/09/2026

KEM PEMBINAAN KARAKTER MADANI DAN β€œKITA” SK CHINCHIN TAHUN 2026

πŸŽ‰ JOM SERTAI! BINA DIRI, CAPAI PRESTASI! πŸŽ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Unit HEM, Unit Kokurikulum dan PSS SK Chinchin dengan sukacitanya menganjurkan Kem Pembinaan Karakter Madani dan β€œKITA” Tahun 2026 yang pastinya sarat dengan aktiviti menarik, mencabar dan menyeronokkan! πŸ’ͺ😊

πŸŠβ€β™‚οΈ Bertempat di Asahan Water Theme Park, murid akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti seperti: 🀝 Team Building – kerjasama, komunikasi & kepimpinan
🎯 Ice Breaking – membina keyakinan diri & mengenali rakan
🌱 Plogging – memupuk cinta akan alam sekitar
πŸ’¦ Aktiviti santai dan menyeronokkan di taman tema air

✨ Kem ini turut menerapkan Nilai MADANI seperti: βœ… Disiplin
βœ… Kerjasama
βœ… Hormat
βœ… Bertanggungjawab
βœ… Kreatif
βœ… Empati

πŸ“… Tarikh: 12 September 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Asahan Water Theme Park
πŸ’° Bayaran: RM15

πŸ‘¦πŸ‘§ Penyertaan: Sangat digalakkan kepada murid Tahap 2 dan PPKI Harapan
πŸ’΅ Bayaran hendaklah diserahkan bersama surat kebenaran selewat-lewatnya 8 September 2026.

🌈 Jangan lepaskan peluang! Mari kita bersama-sama membina sahsiah, mengeratkan ukhuwah, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk generasi MADANI DI HATI, KITA BERSATU! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan
Ustazah Rohana: 019-665 1959
Cikgu Fiza: 019-687 4416

JOM SERTAI! πŸŽ‰
BINA DIRI, CAPAI PRESTASI!
MADANI DI HATI, KITA BERSATU! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨







πŸŽ‰πŸŒ· SELAMAT HARI LAHIR πŸŒ·πŸŽ‰Buat Cikgu Shamsul Fadzilah binti Ahmad,sempena ulang tahun kelahiran pada 29 Ogos 2026.πŸ’ Semoga...
01/09/2026

πŸŽ‰πŸŒ· SELAMAT HARI LAHIR πŸŒ·πŸŽ‰

Buat Cikgu Shamsul Fadzilah binti Ahmad,
sempena ulang tahun kelahiran pada 29 Ogos 2026.

πŸ’ Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga segala urusan dipermudahkan, rezeki dilimpahkan dan setiap impian yang baik menjadi kenyataan.

🀲 Doa kami, semoga Cikgu Shamsul Fadzilah sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dipanjangkan usia dalam keberkatan, diberikan kekuatan untuk terus mendidik dengan penuh keikhlasan serta dikurniakan kebahagiaan bersama insan-insan tersayang.

✨ Teruslah menjadi insan yang menyinari kehidupan dengan kebaikan dan inspirasi.

Selamat Hari Lahir, Cikgu! πŸŽ‚πŸ’
Semoga hari-hari mendatang sentiasa dipenuhi senyuman, kasih sayang dan kebahagiaan. ❀️

Daripada:
🌸 Warga SK Chinchin 🌸




#

🍽️✨ JOM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA SK CHIN CHIN! ✨🏫Sekolah Kebangsaan Chin Chin dengan sukacitanya mengalu-alukan pe...
28/08/2026

🍽️✨ JOM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA SK CHIN CHIN! ✨🏫

Sekolah Kebangsaan Chin Chin dengan sukacitanya mengalu-alukan pengusaha yang berminat, berpengalaman dan berkelayakan untuk merebut peluang menyertai Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah bagi Sesi 2026/2028.

🌟 Satu peluang.
🌟 Satu amanah.
🌟 Satu ruang untuk menyumbang kepada kemenjadian warga sekolah melalui sajian yang berkualiti, bersih, selamat dan menyelerakan. πŸ˜‹

πŸ’š Ayuh, jadikan kantin SK Chin Chin lebih ceria, lebih berkualiti dan sentiasa menjadi pilihan warga sekolah!

πŸ“’ Berminat? Jangan lepaskan peluang ini!
πŸ‘‰ Rujuk poster untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat tawaran.



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK CHINCHIN 1448H/2026M | 21 OGOS 2026Pengenalan Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah s...
21/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SK CHINCHIN 1448H/2026M | 21 OGOS 2026

Pengenalan
Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu program tahunan sekolah dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program ini diadakan untuk menghayati dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW di samping memperkukuh perpaduan dan kerjasama antara guru, murid, dan komuniti sekolah.

Objektif Program
β—‹Menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga sekolah.
β—‹Meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW.
β—‹Membentuk peribadi mulia dan jati diri Muslim sejati.




Address

Kg Chinchin
Jasin
77000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Chinchin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Chinchin:

Shortcuts

Share

Category