24/05/2025
👉PART 1:
✨MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KAFA JAIM DAERAH JASIN BAGI TAHUN 2025✨
🌹Tema: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
🌺Tarikh: 20 Mei 2025 ( Selasa )
👉Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
👉Tempat: Dewan IPD Daerah Jasin
1. Pendahuluan
Majlis Sambutan Hari Guru 2025 telah diadakan dengan penuh meriah pada hari Selasa, 20 Mei 2025, yang di anjurkan oleh Persatuan Majlis Guru Besar Daerah Jasin. Sambutan ini bertemakan “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” yang menekankan peranan penting guru sebagai agen perubahan dalam membentuk sistem pendidikan yang lebih progresif dan berdaya saing.
2. Objektif
2.1 Mengiktiraf jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa.
2.2 Menyemai semangat penghargaan dan hormat dalam di kalangan guru-guru.
2.3 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru
3. Penutup
Secara keseluruhannya, Majlis Sambutan Hari Guru 2025 telah berjalan dengan lancar dan penuh bermakna. Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” telah dihayati dengan baik oleh semua pihak yang terlibat. Sambutan ini bukan sahaja berjaya menghargai jasa dan pengorbanan para guru, malah turut menyemai nilai kasih sayang, hormat, dan penghargaan dalam kalangan pendidik.
🤍