03/02/2024
Syukur, Alhamdulillah, pada 27 Januari 2024 telah diadakan Majlis Anugerah Prestasi Pasti Al Huffaz bagi sesi 2023..
Majlis MAP PAHZ Juga turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Luqmaanul hakiim Nordin (Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin) dan seterusnya merasmikan MAP PAHZ sesi 2023. Manakala, Encik Mohd Huraira telah membacakan doa sebagai pembuka majlis tersebut.
Seramai 26 orang murid telah mengambil bahagian di dalam majlis tersebut di mana terdiri daripada murid 4, 5 & 6 tahun.
Di dalam majlis itu juga, adik Noor Qisya Imani telah dinobatkan sebagai TOKOH MUMTAZ bagi kelas JANNATUL MA'WA (6 Tahun) manakala Hud Ar Rayyan dinobatkan sebagai TOKOH MUMTAZ bagi kelas JANNATUL NAIM (5 Tahun) dan Aisy Syahmi bagi kelas Jannatul Firdaus (4 Tahun).
Murid-murid juga telah mempersembahkan 4 persembahan iaitu bacaan surah Al-Mulk dan surah Ad- Dhuhu oleh adik Hud Ar Rayyan. manakala, nyanyian lagu kalau rasa gembira, 1 jari tap tap tap dan 1,2,3,4 (aris ariwatan) oleh gabungan murid² 4, 5 & 6 tahun.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru² dan pengurusan pahz yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.. Tidak dilupakan kepada ibubapa yang turut hadir dan meluangkan masa bagi memeriahkan lagi MAP PAHZ 2023..
Tahniah & syabas diucapkan kepada semua murid PAHZ. Khusus untuk murid 6 tahun, semoga maju jaya dan selamat menempuh alam persekolahan yang baru.