Taska Al Baghdadi Jasin Bestari

Taska Al Baghdadi Jasin Bestari JC 2790, Jln BJB 3/5, Bandar Jasin Bestari, Seksyen 3, 77200 ,Bemban, Melaka
https://wa.me/60168187662?text=

02/02/2026

Aktiviti: Bermain pasir kinetik
Objektif:
• Menguatkan otot jari dan tangan kanak-kanak semasa meramas, memicit, dan mencetak pasir
• Meningkatkan imaginasi kanak-kanak
• Menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi alatan, bergilir-gilir dan bekerjasama dengan rakan lain

30/01/2026

Aktiviti: Menyepit mengikut warna
Objektif:
• Melatih kanak-kanak menekan penyepit baju untuk menguatkan otot kecil di tangan dan jari
• Meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa menyepit
• Membantu kanak-kanak belajar fokus dan sabar dalam menyelesaikan satu tugasan sehingga selesai.

30/01/2026

Aktiviti: Mess-free colour painting
Objektif:
• Dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dengan menekan dan menepuk warna air di dalam plastik zip lock
• Kanak-kanak belajar sebab dan akibat (warna bergerak dan bercampur)
• Kanak-kanak merasa gembira semasa melakukan aktiviti

Aktiviti: Sensory bag (pom-pom)Objektif:• Menguatkan motor halus bayi semasa menggenggam• Menggalakkan fokus dan tumpuan...
28/01/2026

Aktiviti: Sensory bag (pom-pom)
Objektif:
• Menguatkan motor halus bayi semasa menggenggam
• Menggalakkan fokus dan tumpuan bayi melalui warna pom-pom yang berwarna warni

28/01/2026

Aktiviti: Baling bola ke dalam gelung
Objektif:
• Meningkatkan kemahiran motor kasar, terutamanya koordinasi mata-tangan dan kawalan pergerakan kanak-kanak
• Membantu kanak-kanak membina fokus, ketepatan sasaran, serta memupuk nilai kesabaran menunggu giliran, bekerjasama dan keseimbangan badan.

27/01/2026

Aktiviti: Mengenal rasa manis dan masin
Objektif:
• Untuk merangsang deria rasa kanak-kanak untuk membezakan rasa manis dan masin serta meningkatkan pemahaman persekitaran melalui eksplorasi deria.

22/01/2026

Aktiviti: Mewarna kereta menggunakan berus lukisan
Kemahiran: Kreativiti & estetika
Perkembangan: Motor halus
Objektif:
• Peningkatan Motor Halus: Memegang dan mengawal berus dapat membantu menguatkan otot tangan dan jari.
• Koordinasi Mata-Tangan: Melatih kanak-kanak menyelaraskan pergerakan tangan dengan apa yang dilihat.
• Membina fokus dan kesabaran semasa menggerakkan berus pada kertas bagi menyiapkan tugasan.

20/01/2026

🌙 30 hari lagi menuju Ramadan 🌙

Bulan yang dinanti semakin hampir. Jom ajar anak:
• doa berbuka
• adab puasa
• berkongsi rezeki dengan teman

Ramadan bukan sekadar tahan lapar, tapi didikan jiwa kecil menjadi penyayang & sabar ✨

Aktiviti buku untuk bayi 0-12 bulan • Fokus pada rangsangan deria dan motor kasar atau halus• Buku bertekstur atau buku ...
20/01/2026

Aktiviti buku untuk bayi 0-12 bulan
• Fokus pada rangsangan deria dan motor kasar atau halus
• Buku bertekstur atau buku kain lembut digunakan untuk sentuhan dan boleh dipegang saat tummy time
Objektif: Untuk membangunkan kesedaran tubuh, koordinasi tangan-mata, dan kemahiran bahasa awal bayi.

19/01/2026

Aktiviti: Bermain tepung jagung
Kemahiran: Deria (sentuhan dan penglihatan)
Perkembangan: Motor halus (menguli dan mengenggam)
Objektif:
• Kanak-kanak boleh menyentuh dan merasa tekstur tepung jagung
• Kanak-kanak boleh melihat perubahan tekstur tepung jagung kepada doh & berubah kepada cecair semula (Oobleck) setelah ditambah air

19/01/2026

🌱 Bina Keyakinan Diri Anak Kecil🌱

Keyakinan diri anak tidak lahir dalam sehari. Ia dibina melalui kata-kata ibu bapa setiap hari. Sama ada anak rasa ‘aku mampu’ atau ‘aku tak guna’, itu datang dari suara yang mereka dengar di rumah.

Jom jadi suara yang menyokong, bukan menjatuhkan anak kita.💪🏻

15/01/2026

Aktiviti: Handprint tree
Kemahiran: Kreativiti & estetika
Perkembangan: Motor halus
Objektif: Kanak-kanak mencapan tapak tangan dengan bantuan pendidik serta dapat menghasilkan handprint tree

Address

Jasin
77200

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60136632009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Al Baghdadi Jasin Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Al Baghdadi Jasin Bestari:

Shortcuts

Share

Category