26/02/2017
PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ORANG ASLI
VERSI 1.0 : MAKTAB PERGURUAN (IPG) KUALA LIPIS LANAI
Kami akan mengadakan sebuah program ilmiah untuk PELAJAR ORANG ASLI yg sedang menuntut di MAKTAB PERGURUAN KUALA LIPIS. Mereka ini merupakan bakal guru yg akan berkhidmat di sekolah-sekolah orang asli. Program versi 1.0 ini akan dijalankan di Pos Lanai, kuala lipis pada 1-2 April 2017.
Bagi edisi pertama ini, kami akan mengadakan kelas "Pembelajaran Per Kata menggunakan Quran Tafsir". Misi ini akan disertai oleh tenaga pengajar kami, Ust Abdul Ahad bagi mengajar pelajar Org Asli ini berkenaan Al-Quran Per Kata dan Terjemahannya.
Seramai 31 bakal guru pelajar Orang Asli akan terlibat dalam program ini. Tenaga pengajar kami akan membantu mereka dari mengenal Alif Ba Ta sehingga ke pembacaan Al Quran. AL-QURAN TAFSIR PER KATA dipilih menjadi modul utama kerana pelajar dapat mempelajari Al Quran dengan mudah, cepat dan praktikal.
Oleh itu, saya ingin mengalukan orang ramai untuk menyumbang wang / peralatan ibadah bagi merealisasikan program ini.
Sumbangan wang tunai :
1) Al Quran Tafsir Per Kata + Iqra' (Rm80.00 sebuah - sebanyak 35 unit)
Sumbangan Peralatan Ibadah (barang atau wang)
1) Telekung ( 20 pasang)
2) Kain Pelikat & Kopiah ( 11 helai )
3) Rehal ( 31 unit )
4) Sejadah ( 31 helai)
5) Makan Minum dan Pengangkutan
Al-Quran per kata dan peralatan ibadah tersebut tersebut akan diserahkan kepada pelajar2 Orang Asli pada hari program.
Untuk menyumbang wang bagi program ini ,
boleh bank in ke akaun berikut :
Safira Training & Consultancy
08095010004952 (Bank Islam)
Untuk menyerahkan peralatan ibadah, boleh hubungi no.di bawah bagi urusan penghantaran/pengambilan.
En Azmie : 0176566536
Noor Safira : 0174483768
Semoga dengan sumbangan anda, program yg dirancang sepanjang tahun 2017 ini akan memberi manfaat yang berterusan kepada bakal guru, pelajar-pelajar juga masyarakat Islam Orang Asli.