02/02/2023
Isnani Jamaee on TikTok Semoga terang hati anak anak ngaji .
"Anak-anak Gembira, Ibu Ayah Bahagia" WhatsApp / SMS kod EDU27 ke 013-527 1358 atau 016-492 9715
Kepakaran kami adalah membantu ibu ayah untuk mendapatkan kelas mengaji yang menarik dan seronok untuk anak-anak beserta membekalkan bahan bantu mengajar membaca, mengaji, menulis dan mengira dan permainan pendidikan kanak-kanak yang pastinya memikat hati.
02/02/2023
Isnani Jamaee on TikTok Semoga terang hati anak anak ngaji .
Pendaftaran baru Kelas Mengaji Kreatif untuk 2023 dah buka ye
www.wasap.my/60164929715
21/01/2022
Alhamdulillah. Kelas mengaji anak anak berjalan lancar. Semoga diterangkan hati ,lancarkan lisan dan bacaan.
Kami cuba yang terbaik. Terima kasih ibu ayah dan anak anak semua.
Setiap Jumaat KMK akan menjalankan kelas secara Google Meet. Jumaat lepas 2 Julai, anak-anak belajar Baris Dua Di Atas. Aktiviti sepanjang kelas melalui Google Meet ni:-
-Bacaan Surah Al-Fathiah
-Bacaan Surah Lazim (Surah At-Tin)
-Pengenalan Tanwin Baris Dua Di Atas
-Cara menyebut dengan betul dari contoh-contoh kalimah
-Antiviti menulis perkataan yang mengandungi tanwin baris dua di atas
-Kuiz
Semoga anak-anak dipermudahkan dalam menuntut ilmu.
27/06/2021
Beginilah keadaan kelas mengaji online KMK. Kami cuba sedaya upaya berikan yang terbaik untuk anak-anak supaya tidak ketinggalan mengaji.
Tak perlu beli aksesori yang mahal-mahal pun untuk persediaan kelas online, boleh juga diy. Seperti icon bermagnet.
Icon bermagnet -kami cari dalam Google icon yang cute-cute print, gunting dan gamkan atas magnet bulat yang boleh dibeli di Mr. DIY. Fungsi icon ni untuk berikan reward pada murid sewaktu sesi kelas mengaji. Contohnya, bila murid dapat baca 4 kalimah dengan betul, guru bolehlah berikan satu icon bentuk bintang. Murid pasti bersemangat.
Kami gunakan whiteboard kecil je. Tak perlu besar pun. Whiteboard ni kita boleh tulis apa-apa perkara jika melibatkan sesuatu penerangan atau boleh juga dijadikan sebagai holder untuk Iqra' atau buku mengaji. Gunakan klip sebagai sokongan. Whiteboard ni jenis bermagnet, mudah untuk gunakan bahan bermagnet bagi tujuan pembelajaran.
Moga bermanfaat :)
27/06/2021
Sampul Berwarna
===========
Antara aktiviti KMK mengaji secara online kami adalah 'Sampul Berwarna". Walaupun tak dapat bersua secara bersemuka, tapi kelas mengaji tetap berjalan seperti biasa secara bersemuka.
Norma baharu ni perlu pelbagaikan cara, strategi dan kaedah dalam mengaji secara online, supaya aktiviti mengaji online ni dapat menarik minat dan berikan tumpuan kepada murid-murid.
Berikut adalah cara kami:-
1) Sampul dibahagikan kepada 4 warna, iaitu warna biru, hijau, merah dan kuning.
2) Setiap sampul mempunyai potongan kalimah yang terdapat dalam muka surat mengikut buku bacaan murid tersebut.
3) Guru minta murid memilih 2 daripada 4 sampul.
4) Murid akan membaca potongan kalimah mengikut sampul surat yang telah dipilih.
5) Sebagai tambahan, guru boleh meminta murid carikan potongan kalimah yang dibaca pada sampul berwarna tersebut di dalam muka surat yang telah dibaca sebelum ni.
Ini dapat memberikan latihan pengecaman murid pada sesuatu bacaan.
6) Aktiviti ni dibuat selepas habis bacaan muka surat murid sebelum berubah muka surat seterusnya. Aktiviti ini sebagai penilaian pengukuhan kepada murid sebelum berubah ke muka surat seterusnya.
Aktiviti ni sebenarnya boleh juga dibuat secara bersemuka. Moga aktiviti ni dapat memerikan manfaat kepada semua.
Mohon like, share dan komen.
Terima kasih :)
Alhamdulillah kelas Google Meet berjalan dengan lancar. Terima kasih ibu ayah yang gigih membantu menjayakan kelas online ni. Semoga anak-anak semangat mengaji.
13/01/2021
Alhamdulillah selesai kelas mengaji online harini bersama ustazah Adila. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Kita masih ada slot kosong ye.
Dua beradik ni baik je fokus waktu ustaz ajar. Alhamdulillah selesai kelas harini.
05/01/2021
Alhamdulillah. Walaupun kelas belum buka tapi anak anak masih boleh mengaji bersama ustaz dan ustazah.
Kita jalankan kelas personal secara video call.
Semoga anak anak terus mengaji dan dapat terima dengan baik pembelajaran yang disampaikan.
| Tuesday | 18:00 - 21:00 |
| Wednesday | 18:00 - 21:00 |
| Thursday | 18:00 - 21:00 |