21/02/2021
HUKUM BERPEGANG DENGAN TAJWID
🌹Dalam Al-Haal ini, terdapat satu golongan yang terlalu memberatkan dan s'atu golongan lain yang mengambil mudah.
🌹Untuk menjelaskan perkara tersebut, kita perincikan seperti berikut :
🌹1- Makhraj huruf:
🌸Menjaganya adalah wajib dan mengabaikannya adalah haram.
🌸Contohnya menukar bunyi 'ح' dalam perkataan {الرَّحْمَنُ} dengan bunyi 'خ' atau 'ھ'.
🌹2- Sifat-sifat huruf terbahagi kepada dua bahagian :
🌺a) Sifat yang jika berubah akan mengubah bentuk huruf :
🌺Hukum menjaganya wajib, dan mengabaikannya adalah haram seperti menebalkan 'س' pada perkataan {عَسَ}, menipiskan 'ص' pada {عَصَ}, menipiskan 'ط' pada {الطَّلاَق} dan menebalkan 'ت' pada {التَّلاَقِ}.
🌺b) Sifat hiasan
🌺Seperti menipiskan huruf 'ر' yang berbaris atas dan depan contohnya dalam ayat : {الرَّحمنِ الرَّحيمِ}.
🌺Tidak menjelaskan bunyi Al-Hams (angin) dan At-Tafasysyii (desingan 'ش').
🌺Tidak memanjangkan huruf-huruf bersifat Ar-Rakhaawah (lembut) yang disukunkan, dan semua yang diistilahkan oleh ulama sebagai Al-Lahn Al-Khafiy.
🍃Sifat ini bergantung p**a kepada dua keadaan:
🍃a. Ketika bertalaqqi:
-Wajib menjaganya dan Haram mengabaikannya ; kerana ianya penipuan dalam menyampaikan Riwayat.
🍃b. Ketika bacaan biasa: Terdapat dua keadaan:
🍃1) Dibaca oleh seorang yang mahir dengan hukum Tajwid maka ia adalah satu keaiban.
🍃2) Dibaca oleh orang awam maka dia telah menolak kesempurnaan bacaan namun tidak berdosa.