Maahad Ad-deeniah

Maahad Ad-deeniah

Share

Maahad Ad-deeniah ialah sebuah sekolah beragama islam persendirian yang terletak di Taman Meru, kira

Pendidikan itu pada hakikatnya bererti memberi bekal-bekal dan alat-alat kelengkapan kepada kanak-kanak itu bagi menghadapi dan menempuh pergolakan hidup pada masa yang akan datang. Hidup ini berliku-liku dan penuh dengan kesulitan-kesulitan. Dengan pendidikan itu diharapkan supaya anak-anak boleh memahamkan dan menyelesaikan soal-soal hidup dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap masyarat,sehing

13/03/2026

*KESYAHDUAN SUBUH JUMAAT, 23 RAMADHAN 1447H, 13 MAC 2026M*

Pagi ini, saya sediakan *Adib Afdhal* menjadi imam subuh.

*Ammar Munif* mulakan suasana subuh syahdu dan penuh keindahan dengan laungan azan yang harmoni dengan pendengaran dan menyejukkan jiwa.

Afdhal memulakan rakaat pertama solat subuh hari Jumaat dengan Surah as-Sajdah; penuh keyakinan, tenang, lancar lalu membawa kekhusyukkan para makmum ke langit ketujuh❤️. Dia membaca sebahagian Surah Al-Jumu'ah pada rakaat kedua. Pilihan yang baik untuk hari Jumaat. Juga membuai jiwa para makmum untuk terus khusyuk dengan bacaan yang cukup tenang, penuh keyakinan, seolah-olah membaca dengan sifat merenung.

Selepas solat, ketika bercakap dengan para pelajar, saya meminta Afdhal mengulangi sebahagian bacaan surah as-Sajdah; kerana ingin berkongsi kebahagiaan saya dengan mereka lalu mengharapkan Allah SWT melimpahkan atas semua mereka motivasi untuk menghargai usaha menghafal dan membaca Al-Qur'an dengan baik dan indah, lalu bersemangat mengikut contoh indah ini.

Untuk menambahkan "wow!", saya mengeluarkan beberapa keping wang berwarna merah untuk dihadiahkan kepada Afdhal sebagai penghargaan. Melihatkan ini mereka serentak menzahirkan: "wahhhh"😄.

Lalu saya mengulang; kaum muslimin yang baik pasti adalah pembaca Al-Qur'an yang baik, penghafal yang mantap, lalu esok mengamalkan ayat Al-Qur'an dan menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan kehidupan.

Tahniah kepada guru-guru yang berusaha (ustaz Johari dan ustaz Ubaidah), juga kepada ibu dan ayah yang dikurniakan keuntungan dan peluang besar ini. Insha'Allah ini permulaan yang baik untuk kehidupan yang baik juga berpotensi mendapat pengakhiran yang baik.

MFJ
Ma'ahad Ad-deeniah.
Jumaat
23 Ramadhan 1447H
13 Mac 2026M

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Taman Meru 12, Taman Meru 2B, Fasa 4
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 05:45 - 22:00
Tuesday 05:45 - 22:00
Wednesday 05:45 - 22:00
Thursday 05:45 - 17:00
Friday 04:30 - 22:00
Saturday 05:45 - 17:00
Sunday 19:00 - 22:00