13/03/2026
*KESYAHDUAN SUBUH JUMAAT, 23 RAMADHAN 1447H, 13 MAC 2026M*
Pagi ini, saya sediakan *Adib Afdhal* menjadi imam subuh.
*Ammar Munif* mulakan suasana subuh syahdu dan penuh keindahan dengan laungan azan yang harmoni dengan pendengaran dan menyejukkan jiwa.
Afdhal memulakan rakaat pertama solat subuh hari Jumaat dengan Surah as-Sajdah; penuh keyakinan, tenang, lancar lalu membawa kekhusyukkan para makmum ke langit ketujuh❤️. Dia membaca sebahagian Surah Al-Jumu'ah pada rakaat kedua. Pilihan yang baik untuk hari Jumaat. Juga membuai jiwa para makmum untuk terus khusyuk dengan bacaan yang cukup tenang, penuh keyakinan, seolah-olah membaca dengan sifat merenung.
Selepas solat, ketika bercakap dengan para pelajar, saya meminta Afdhal mengulangi sebahagian bacaan surah as-Sajdah; kerana ingin berkongsi kebahagiaan saya dengan mereka lalu mengharapkan Allah SWT melimpahkan atas semua mereka motivasi untuk menghargai usaha menghafal dan membaca Al-Qur'an dengan baik dan indah, lalu bersemangat mengikut contoh indah ini.
Untuk menambahkan "wow!", saya mengeluarkan beberapa keping wang berwarna merah untuk dihadiahkan kepada Afdhal sebagai penghargaan. Melihatkan ini mereka serentak menzahirkan: "wahhhh"😄.
Lalu saya mengulang; kaum muslimin yang baik pasti adalah pembaca Al-Qur'an yang baik, penghafal yang mantap, lalu esok mengamalkan ayat Al-Qur'an dan menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan kehidupan.
Tahniah kepada guru-guru yang berusaha (ustaz Johari dan ustaz Ubaidah), juga kepada ibu dan ayah yang dikurniakan keuntungan dan peluang besar ini. Insha'Allah ini permulaan yang baik untuk kehidupan yang baik juga berpotensi mendapat pengakhiran yang baik.
MFJ
Ma'ahad Ad-deeniah.
Jumaat
23 Ramadhan 1447H
13 Mac 2026M