ANTU Seantero ABJAD

ANTU Seantero ABJAD

Share

07/06/2020

TOKOH ULAMAK ULUNG GERIK, KELAHIRAN ULU KENDERONG

LATAR BELAKANG
Tuan Guru Haji Ibrahim bin Jusoh di lahirkan pada tahun 1917 di Kampung Ulu Kenderong Gerik, Perak. Ayahnya Haji Jusoh bin Lebai Salmi dan ibunya Wan Mariam yang ada kaitan keturunan daripada Pattani Thailand.

PENDIDIKAN
Tuan Guru belajar di Pondok Luat, Lenggong. Kemudian Haji Jusoh menghantar anaknya Tuan Guru Hj Ibrahim untuk menyambung pengajiannya di Makkah Al Mukarramah pada tahun 1930-an ketika itu umurnya dalam 17 tahun.

GURU-GURU BELIAU KETIKA DI MAKKAH
1. Sheikh Wan Ismail (Pak Da Eil)
2. Sheikh Abd Qadir Al Mandili
3. Sheikh Daud Sulaiman Al Kelantani
4. Sheikh Shafei Qadahi
5. Sheikh Nuh
6. Sheikh Mukhtar Afghan
7. Sheikh Husayni
8. Dll
Beliau di mekah selama 13 tahun.

KEJUHUDANDAN KESSUNGGUHAN TUAN GURU PADA ILMU
Beliau selalu menelaah dan mengulang kaji kitab yang dimiliknya. Beliau sering membuat catitan dan nota daripada hasil pembacaannya. Daripada nota itulah maka terhasillah isi karangan kitab yang beliau hasilkan. Kebiasaannya Tuan Guru akan bangun awal pagi solat tahajjud, membaca Al Quran, menelaah kitab menulis sebelum waktu subuh.

SUMBANGAN PADA MASYARAKAT
Tuan Guru p**ang ke tanah air pada 1940-an. Baliknya beliau ke kampung Ulu Kenderong oa di amanah untuk mengajar di sekitar Gerik dan Perak.

27/5/1950 Tuan Haji Ibrahim telah di anugerahkan surat kuasa mengajar agama kini dikenali tauliah mengajar agama yang telah di anugerahkan oleh Sultan Yusuf Izzuddin. Waktu itu, orang-orang yang benar berwibawa sahaja yang dibenarkan untuk mengajar agama.

Guru-guru agama bertauliah ketika negeri Perak masa itu ada tiga peringkat
1. Peringkat tertinggi (pertama), guru agama yang mampu mengajar kitab arab
2. Peringkat kedua iaitu guru yang mengajar kitab melayu (jawi) yang peringkat tinggi
3. Peringkat ketiga ialah peringkat rendah kepada guru yang mengajar kitab melayu yang asas.

Oleh kerana Tuan Guru merupakan lepasan pelajar daripada Makkah dan mampu menguasai bahasa arab dengan baik, maka tuan guru di anugerahkan sebagai guru agama kategori pertama.

Tuan Guru Hj Ibrahim telah mewaqafkan sebidang tanah untuk pembinaan surau. Sekarang surau tersebut masih ada dan tersergam indah iaitu surau kampung Ulu Kenderong.

Ketokohan dan keilmuwan tuan guru makin terserlah dengan ditawarkan oleh kerajaan Negeri Perak untuk melantik Tuan Guru sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berkuatkuasa pada 14/6/1961 bersama dengan Ust Abu Baqar Al Baqir.

Beliau juga berkhidmat sebagai amil zakat fitrah sejak tahun 1953. Beliau juga merupakan antara pengerusi Masjid Jamek Gerik.

KARYA PENULISANNYA
1. Kitab Hidayatul Muhtaj Fi Al Israk Wal Mikraj.
Selesai penulisannya pada 10 Mei 1954. Karya berkaitan Israk dan Mikraj ini mempunyai 142 mukasurat

2.Mawlid Nabi.
Penulisan berkaitan sirah Nabi saw. Manuskrip ini mempunya 140 halaman. Namun tak sempat dihabiskan penulisannya oleh Tuan Guru.

3.Tasawuf dan Soal Jawab.
35 muka surat

4.Panduan Al Fiqh.
Mempunyai 230 soalan setebal 36 halaman.

5. Takrifat.
Kamus bahasa arab melayu

6. Salinan Bakurah Al Amani

7.Salinan Tafsir Al Jalalain bi Lafz Al jawi

AKHIR HAYATNYA
Pada 27 mei 1980 Tuan Guru telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 63 tahun. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Gerik.

Bagi kita generasi muda, amatlah rugi jika kita tidak mengenali sosok yang berjasa ini. Kejuhudannya dalam menuntut dan menekuni ilmu harus diteladani oleh kita generasi muda. Sunnguh saya katakan bumi Gerik ini diberkati di atas titik peluh mereka yang terdahulu membangun agama Allah.

RUJUKAN
1. Buku Tuan Guru Hj Ibrahim,Ilmuwan Jawi Negeri Perak,Syed Shahriman
2. Temubual santai bersama anak bongsunya Abg Qayyum

Pautan asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=111595510522950&id=111584893857345

05/06/2020

KESUNGGUHAN PELAJAR-PELAJAR TANAH MELAYU UNTUK BELAJAR DI MESIR PADA AWAL ABAD KE-20

Saya agak terkesan tatkala membaca satu artikel sejarah oleh Dr Abu Hanifah Haris dan Prof Datuk Redzuan Othman tentang kesungguhan para pelajar Melayu untuk belajar di Mesir pada awal abad ke-20. Kesimp**an dari sebahagian kandungan artikel tersebut adalah seperti berikut:-

Awal abad ke-20 menyaksikan peningkatan mendadak pelajar-pelajar Melayu belajar di Mesir khususnya di Universiti Al-Azhar. Sebelum abad ke-20, para pelajar dari Alam Melayu cenderung untuk belajar di dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.

Boleh juga rujuk paparan saya yang lalu tentang ulama Al-Azhar terawal di Alam Melayu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213915372717145&id=1793962151

Peningkatan mendadak jumlah pelajar Alam Melayu di Mesir ini diyakini berpunca dari pergolakan politik yang berlaku di Hijaz pada awal abad ke-20 antaranya ialah perang Uthmaniyah- Syarif Hussain dan kemudiannya perang Syarif Hussain- Ibnu Saud.

Di Tanah Melayu p**a, pelbagai kerenah birokrasi diwujudkan oleh pihak British seperti memperketatkan dan menyusahkan dalam urusan pasport. Sebagai contoh pada tahun 1925, seorang pelajar bernama Mohamed bin Haji Mahmood yang berasal dari Kedah telah ditolak permohonan pasportnya untuk ke Mesir oleh Ketua Pegawai Polis Pulau Pinang.

Namun begitu, kerenah birokrasi yang dilaksanakan pentadbiran British tidak sedikit pun melemahkan semangat dan keazaman para pelajar Tanah Melayu untuk menyambung pengajian ke Mesir.

Apa yang lebih menarik, terdapat para pelajar yang masih muda sanggup menempuh pelayaran yang begitu mencabar demi untuk belajar di Mesir tanpa bertemankan ibu bapa.

Sebagai contoh, pada tahun 1912, orang-orang Mesir telah dikejutkan dengan berita kedatangan dua orang pelajar Melayu yang mana masing-masing berumur 10 tahun dan 15 tahun datang ke Mesir untuk menuntut ilmu agama tanpa ditemani oleh sesiapa.

Pada tahun 1924 p**a, dua orang anak Kadi Baling, Kedah terpaksa menumpang kapal milik Jepun untuk ke Mesir bagi mempelajari ilmu agama. Mereka bertolak dari pelabuhan dari Pelabuhan Pulau Pinang pada 22 Februari 1924. Namun malangnya mereka berdua tidak sampai ke Mesir dan hilang jejak. Kedudukan mereka tidak dapat dikesan hingga hari ini.

Allahu Akbar, betapa bersungguh-sungguhnya orang-orang dulu untuk mengaji dan menimba ilmu agama. Sejak dari usia muda mereka sanggup menempuh pelayaran yang jauh dan membahayakan nyawa semata-mata untuk mendapatkan ilmu. S*kap bersungguh-sungguh ini wajib ada bagi setiap pelajar pada hari ini.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

23/03/2020

Firasat Wali ALLAH

12/03/2020
21/06/2019

Kenapa kita perlu menjunjung perintah Sultan dan Raja2 Melayu....baca sejarah sedikit....

Lambang bintang Dawood ni lambang yg baru d pakai oleh Yahudi atau Freemason walaupun sebenarnya ia telah dipakai sekian lama oleh kesultanan Uthmaniyyah, kesultanan Melayu dan lain-lain kesultanan Islam ratusan tahun sebelum terbentuknya negara haram Israel yang menggunakan logo bintang Dawood ni.

Bintang Dawood ini sebenarnya merupakan simbol kaum Arab Kan'an atau penduduk asli Palestin. Sebab tu Yahudi cepat-cepat claim logo ni kononnya merekalah bumiputera di Palestin.

Sama macam warisan capal nabi yang diletak di kepala sebagai lambang junjung kini dihina oleh Melayu jahil dan dipanggil bidaah, syirik dan capaliyyun.

Padahal "Capal Nabi s.a.w. di junjung" ni sudah lama diamalkan oleh kesultanan Melayu Islam sejak beratus tahun lamanya.

Sebab tu raja kita digelar "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda."

Duli tu Habuk, Maha Mulia tu Allah, maksudnya Sultan ni Habuk (di bawah naungan) Allah.

Paduka p**a maksudnya Capal, baginda p**a merujuk kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang membawa maksud para sultan menjunjung capal baginda atau para sultan berada di makam bawah capal baginda nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Jadi ulama Melayu dulu dah tetapkan cara sembah hormat raja mengikut tertib ini:

-Allah ku junjung paling tinggi dan sultan hanya habuk-Nya sahaja.
-Rasulullah raja paling tinggi dan para sultan bernaung di bawah capalnya sahaja.
-Para Sultan yang dijunjung perintahnya (bukan orangnya), kerana perintah mentaati perintah sultan itu datangnya dari nabi pemilik paduka dan juga junjungan tertinggi iaitu lah Allah.

Sebab tu bila Sultan bertitah, rakyat pipit kena jawab "menjunjung perintah Tuanku". Sebab yang kita junjung tu Allah dan Rasul yang perintah kita taat perintah Sultan Islam. Memang betul Sultan manusia biasa, tapi mereka ada mandat dari Allah dan Rasul yang diamanahkan untuk jaga urusan umat Islam.

Jadi Sultan adalah "penyeri" kepada Capal Nabi. Capal nabi tu jadi junjungan para Sultan dan juga rakyatnya. Maka berbanggalah menjadi golongan "Capaliyyun" kerana kita bernaung di bawah capal baginda nabi.

Punyalah hebat Warisan Melayu kita yang bersulamkan Islam. Sayangnya lebih ramai bangsat dari bangsa.

Memang benar,

"Berdebat dengan orang bodoh hanya akan menjadikan orang bodoh menjadi dua."

Bangsa yang paling hina ialah bangsa yang tidak tahu sejarahnya sendiri.

Photos from ANTU Seantero ABJAD's post 05/01/2019

Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili | Tuan Musonnif Kitab Penawar Bagi Hati ( 1910 - 1965 )

As syeikh berasal dari keturunan kaum Mandailing di daerah Sumatera Utara , Indonesia . Beliau telah berhijrah ke Negeri Kedah pada tahun 1924 bagi mendalami ilmu agama .

Diantara guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Bakar , Pondok Penyarom , Tobiar
2. Tuan Guru Haji Idris , Pondok Air Hitam
3. Lebai Dukun , Pondok Air Hitam
4. Al Allamah Syeikh Wan Ibrahim | Pak Cu Him , Pondok Gajah Mati
5. Al Allamah Al Muhaqiq Syeikh Wan Ismail | Pak Da Eil
6. Syeikh Ali al Maliki ( Ketua Feqh 4 Mazhab )
7. Syeikh Hassan al Masyat ( Ulamak di Masjidil Haram )
8. Syeikh Muhammad al Arabi
9. Syeikh Hassan Yamani
10. Syeikh Muhammad Nur al Fathani ( Qodhi Mekah )
11. Syeikh Umar Hamdan Mahrusi ( Anak Murid Kepada 100 orang Ulamak Dunia )
12. Al Allamah Musnid Dunya Syeikh Yasin Isa al Fadani
13. Syeikh Abdullah Lahji
14. Syeikh Zakaria Bila
15. Syeikh Abdul Karim ad Daghistani
16. Al Allamah Syeikh Alwi Bin Abbas al Hasani
17. Syeikh Muhammad Ahyad
18. Al Allamah Arif Billah Tok Kenali

Beliau telah menjadi ulamak besar di Mekah dan diberi keizinan untuk mengajar di Masjidil Haram . Sewaktu beliau mengajar , banyak tawaran yang beliau dapat dari pemimpin dunia . Diantaranya :

1. Ditawarkan menjadi guru agama di Cape Town , Afrika Selatan .
2. Presiden Sukarno Indonesia menawarkan beliau jawatan M***i .
3. Raja Saudi menawarkan beliau sebagai Qadhi al Qudat .

Kesemuanya ditolak kerana beliau ingin menumpukan pengajarannya di Masjidil Haram . Sesuai dengan gelaran yang beliau guna untuk dirinya iaitu " Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”

Berikut ialah diantara puji pujian yang diberikan oleh alim ulamak yang lain kepada Syeikh Abdul Qodir al Mandili

1. 'al-alim al-fadhil wa al-abdi al-kamil al-syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Mandili al-Indunisi" - Oleh Tuan Guru Haji Husien Che Dol , Pondok Gajah Mati

2. "Sinar Matahari " - Oleh Al Allamah Syeikh Idris al Marbawi

3. " Inilah sebuah kitab yang menterjemahkan dia oleh Tuan Guru yang alim lagi bersangatan alim, Tuan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili " - Oleh Tuan Guru Haji Yahya Thaha , Kupang

Sepanjang riwayat hidupnya beliau telah mengarang 24 buah kitab . Dan diantara kitabnya yang mahsyur di kalangan penuntut ilmu ialah "Penawar Bagi Hati " & Perisai Bagi Sekalian Mukalaf "

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh Musa , S*k
2. Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Sungai Durian
3. Tuan Guru Haji Umar Daud , Meranti
4. Syeikh Muhammad Ali al Mandili ( Anak Beliau )
5. Tuan Guru Haji Ismail Bin Salleh
6. Tuan Guru Haji Abdullah | Lebai Samah , Bukit Lada
7. Tuan Guru Haji Mad Tuaran , Sabah
8. Syeikh Sayyid Hamid al Kaff , Indonesia

Al-Allamah Syeikh Abdul Qodir Al Mandili pernah di tanya orang,

"Hantar anak belajar agama nanti dapat makan apa?

Jawap Syeikh, "Dapat makan buah-buahan Syurga", Allah beruntungnya orang yang belajar agama.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah dan disemadikan jasadnya di perkuburan Ma'la .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

20/11/2018

Ikrar warga melayu

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Ipoh
36800