20/05/2026
Dialog Prestasi Atlet bersama Tuan Pengetua SMK Gunung Rapat (Sekolah Sukan Negeri Perak), Encik Zulkarnain Bin Dahari.
Dialog prestasi ini diadakan, bertujuan meneliti prestasi semasa atlet, menilai tahap kesediaan atlet menuju MSSM 2026, serta mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh atlet.
Turut bersama Tuan Pengetua, jurulatih olahraga, Coach Hazuan dan Coach Hakimi.
17/05/2026
Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2026
16 - 17 Mei 2026, Stadium Mini SMK Seri Kandi, Teluk Intan, Perak
Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics yang mewakili pasukan Majlis Sukan Negeri Perak dan Olahraga MSS Perak di Kejohanan Olahraga Terbuka Perak.
Teruskan kecemerlangan, dan semoga kejayaan kalian menjadi pemangkin semangat kepada rakan² atlet murid yang lain untuk sama-sama berjaya.
12/05/2026
Liga Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia
Liga Olahraga Sirkit 1, 2026
10-12 Mei 2026, Stadium UTeM, Melaka.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua atlet SSN Perak Athletics atas usaha gigih, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang Liga Olahraga Sirkit 1, 2026.
Secara keseluruhan, hampir kesemua atlet menunjukkan peningkatan prestasi dan juga kematangan ketika bertanding disepanjang kejohanan.
Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti, dan kita akan sama² perbaiki sebelum kejohanan seterusnya.
Jumpa di Sirkit 2, Liga Olahraga KPM.
09/05/2026
Kejohanan Olahraga Super Series STG MSS Perak 2026.
9 Mei 2026, Stadium Mini SMK Seri Kandi, Teluk Intan
Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics atas pencapaian yang membanggakan. Teruskan usaha gigih, tingkatkan prestasi.
5 Emas, 2 Perak, 3 Gangsa
03/05/2026
Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang
2-3 Mei 2026, Stadium Olahraga USM
Tahniah diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics yang telah mewakili Majlis Sukan Negeri Perak dan berjaya menyumbang pingat kepada pasukan Perak pada Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang.
Penyertaan kejohanan ini merupakan pemanas badan kepada semua atlet yang terlibat sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang lebih besar.
1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa.
26/04/2026
Kejohanan Olahraga Bakat Hexathlon Kebangsaan Siri 1/2026,
Majlis Sukan Negara Malaysia.
24-26 April 2026, Kuantan Pahang.
Tahniah kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics atas pencapaian yang telah diperoleh.
24/04/2026
Good Luck Atlet Murid SSN Perak Athletics
15/04/2026
Top 10 Malaysia Long Jump Men.
Tahniah atlet murid SSN Perak Athletics Mohamed Darwiesy Rosyaiedyn bin Rozaini. Atlet termuda (17 Tahun) yang tersenarai 10 atlet Malaysia lelaki terbaik Acara Lompat Jauh.
Awish mencatat 7.00m pada Kejohanan Olahraga Tunas Olimpik di Kuala Terengganu tahun lepas ketika masih berusia 16 Tahun.
Semoga kejayaan Awish menjadi pemangkin kepada atlet murid yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.
07/04/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 11 orang atlet murid SSN Perak Athletics penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Sukan MSS Perak 2025, yang telah berlansung di Dewan Ibnu Sina, SBPi Gopeng, Perak pada 7 April 2025.
Senarai Penerima Anugerah Sukan MSS Perak 2025
Penerima Anugerah Emas Individu
1. Muhammad Aqief Naufal Bin Mohammad Mustaqin
Penerima Anugerah Penghargaan Antarabangsa
1. Mohamad Darwisy Rosyaiedyn Bin Rozaini
2. Muhammad Raziq Muqri Bin Mohamad Ramadhan
3. Khadeeja Al Zahra Binti Faruz
4. Nur Asma’ Husna Bin Abdullah
5. Nur Hani Qalesya Binti Mohd Nor
6. Nur Izzareen Syafiya Bin Shamsudin
7. Danish Heazrick Bin Maxon Daniel
8. Muhamad Imaduddin Bin Mahamad
9. Muhammad Ali Hamka Bin Mohd Helmi
10. Awfiy Al-Mustaqeem Bin Azizul Afuan
11. Aniq Zaquan Bin Zairul Azriel
07/04/2026
MAJLIS ANUGERAH SUKAN MSS PERAK 2025
MAJLIS ANUGERAH SUKAN MSS PERAK 2025
Majlis Anugerah Sukan MSS Perak 2025 Tarikh : 7 April 2026Hari : SelasaMasa : 2.00 - 5.00 PetangTempat : Dewan Ibnu Sina. SBPI Gopeng
03/04/2026
KEJOHANAN BAKAT OLAHRAGA PLD SPTS MSSPK 2026
Tahniah diucapkan kepada 12 Orang Atlet Murid Pembangunan olahraga SSN Perak, diatas kejayaan merangkul Johan Keseluruhan Kejohanan Bakat Olahraga PLD SPTS Mss Perak yang telah berlangsung di Stadium Bagan Serai pada 1 April 2026.