14/07/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS PERAK 2026
STADIUM MINI BAGAN SERAI
10 - 14 JULAI 2026
Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Olahraga MSS Perak Kali ke 68, 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet murid SSN Perak Athletics di atas pencapaian yang diperoleh. Secara keseluruhan, atlet menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat baik berbanding tahun tahun sebelum.
Terima kasih kepada barisan kejurulatihan olahraga SSN Perak, Coach Hazuan, Coach Hakimi, Coach Goku, Coach Meor, dan Coach Hazli atas komitmen yang diberikan.
SSN Perak Athletics turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Pentadbiran SMK Gunung Rapat, Unit Sukan JPN Perak, guru-guru, ibubapa, barisan PTPS Olahraga Daerah² MSSPK, rakan² jurulatih dan semua yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua atlet murid untuk terus berjaya.
Terima Kasih.