08/02/2026
Institut Latihan PASTI Malaysia Negeri Perak
ILPM Negeri Perak Ditubuhkan bagi memberi pendidikan kepada semua guru PASTI di negeri Perak. Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak ditawarkan di ILPM
08/02/2026
25/12/2025
SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN
Pihak ILPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat datang kepada seluruh Jurulatih Utama ke IJTIMAK JU ILPM 2.0 yang diadakan pada hari ini.
Semoga pertemuan ini menjadi medan pengukuhan ukhuwah, penyatuan fikrah serta pemerkasaan peranan JU dalam mendokong agenda tarbiah dan pendidikan Islam secara bersepadu.
Mudah-mudahan segala pengisian yang berlangsung memberi manfaat, menambah kefahaman serta menyuntik semangat baharu dalam melaksanakan amanah dengan lebih berkesan dan istiqamah.
Selamat berijtimak dan selamat menimba manfaat.
Semoga Allah memberkati setiap langkah dan usaha kita bersama.
22/12/2025
Ahlan wa Sahlan Ya Rajab 🌙
Seluruh warga Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM) mengucapkan Ahlan wa Sahlan Ya Rajab.
Marhaban bulan yang mulia, pembuka kepada bulan-bulan penuh keberkatan.
Semoga kehadiran bulan Rejab ini menyedarkan hati kita untuk memperbanyakkan amal soleh, membersihkan jiwa, serta mempersiapkan diri menyambut Syaaban dan Ramadan yang dinanti.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keampunan dan keberkatan kepada kita semua, serta menjadikan bulan Rejab ini sebagai titik permulaan perubahan menuju ketaatan yang lebih baik.
03/06/2025
𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟏 & 𝟐 𝐃𝐏𝐀𝐊
Syabas dan tahniah dirakamkan atas pencapaian Anugerah Pengarah ILPM dengan cemerlangnya bagi 4 orang muallimah dari Perak seperti berikut :
1.Nurul Fathiah Bt Md Nayan
2.Nurul Syafiqah bt Daud
3.Suriyati bt Suid
4.Nurin Tasnim binti Mohd Rosli
Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada semua muallimah.
Ingatan Tulus Daripada
ILPM NEGERI PERAK
29/05/2025
⭐𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 ⭐
Cuti sekolah penggal pertama bermula 29 Mei 2025 (Khamis) sehingga 9 Jun 2025 (Isnin)
PASTI akan kembali dibuka pada hari 10 Jun 2025 (Selasa).
31/03/2025
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
Butang kaca bersamping songket,
Kebarung labuh penyejuk mata,
Salah dan silap jangan diungkit,
Tangan dihulur maaf dipinta.
Diadun santan gula melaka,
Kalau tak penganan pun jadi,
Sungguh lebaran janganlah leka,
Wajib dan sunnah jadikan nadi.
Ingatan tulus daripada
JABATAN PASTI NEGERI PERAK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
L𝐄N𝐒A D𝐏A𝐊 𝐒E𝐌E𝐒T𝐄R 3
27-29 SEPTEMBER 2024
29/09/2024
L𝐄N𝐒A D𝐏A𝐊 𝐒E𝐌E𝐒T𝐄R 3
27- 29 SEPTEMBER 2024
10/09/2024
L𝐄N𝐒A D𝐏A𝐊 𝐒E𝐌E𝐒T𝐄R 2
6-8 September 2024
10/09/2024
L𝐄N𝐒A D𝐏A𝐊 𝐒E𝐌E𝐒T𝐄R 2
7 SEPTEMBER 2024
11/07/2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
5A,Jalan Meru Bestari A4/1,Medan Meru Bestari,Bandar Meru Raya,
Ipoh
30020
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |