SMK Bandar Baru Putra

SMK Bandar Baru Putra

Share

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra (AEA2067) SMK. Keluasan kawasannya adalah 4.80 hektar (11.87 ekar). Abdul Rahman b. Mohd. Basir dan En. Jasmi b. Alias.

Bandar Baru Putra terletak 10km dari Banda raya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan penduduk Bandar Baru Putera. Sekolah ini dibuka pada tanggal 1 Ogos 2009 dan diuruskan oleh dua orang pengurus operasi iaitu En. Shaharuddin bin Sani. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menelan kos sebanyak RM20 juta. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pa

19/04/2026

‼️TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SMKBBP🤍🧡

📍Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar SMK Bandar Baru Putra (Kategori L18) atas pencapaian yang amat membanggakan apabila berjaya meraih Naib Johan Peringkat Zon seterusnya menduduki Tempat Keempat Peringkat Daerah. 🏐🔥

📍Kejayaan ini amat bermakna kerana telah sekian lama pasukan tidak mencatatkan kemenangan sebegini, dan kini mereka telah membuktikan kebangkitan yang luar biasa hasil usaha gigih, semangat berpasukan serta disiplin yang tinggi dalam latihan dan perlawanan.

📍Pencapaian ini menjadi bukti bahawa kegigihan tidak pernah mengkhianati hasil, malah membuka lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan bola tampar SMKBBP. 💪✨

📍Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 🧡🤍🏆


19/04/2026

‼️TAHNIAH DAN SYABAS 🧡🤍

📍Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Rizqi Benyamin bin Mohd Syaufiq atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur MSSD Kategori Bawah 15 Tahun apabila berjaya meraih Tempat Ke-10. ♟️👏

📍Kejayaan ini membuktikan usaha gigih, ketekunan serta semangat daya saing yang tinggi dalam arena sukan catur. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

📍Teruskan berusaha dan mengharumkan nama sekolah! 🧡🤍🏆


Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

‼️TAHNIAH KRS SMKBBP‼️

🧡🤍 KEJAYAAN KRS SMKBBP PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2026 🧡🤍

📍Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Bandar Baru Putra yang telah berjaya dalam Ujian Kenaikan Pangkat Koperal Peringkat Daerah Kinta Utara 2026. Kejayaan ini membuktikan disiplin, komitmen dan kesungguhan tinggi para kadet dalam memartabatkan unit beruniform sekolah.

📍Dalam pertandingan kawad kaki p**a, pasukan lelaki SMKBBP telah berjaya meraih Naib Johan daripada 38 buah sekolah yang bertanding, manakala pasukan perempuan p**a berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori yang sama, satu pencapaian yang amat membanggakan.

📍Tidak kurang hebatnya, SMKBBP turut mencatat kejayaan dalam acara lain iaitu:

✅Aktiviti Kompas (kategori lelaki): Johan 🧭
✅ Model Ikatan (kategori perempuan): Tempat Kelima 🪢
✅Layang-layang Kreatif (kategori lelaki): Tempat Kedua 🪁

📍Keseluruhan pencapaian ini jelas menunjukkan semangat berpasukan, ketahanan mental serta usaha gigih warga KRS SMKBBP dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! 🎖️👏



19/04/2026

‼️ TAHNIAH TEMPAT KETIGA ‼️
KEJOHANAN PRA SUKMA KEDAH TENNIS INTERTEAM 🤍🧡

📍Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Syazlan bin Mohiddin dan Munirah Syazlina binti Mohiddin atas kejayaan cemerlang meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Pra SUKMA Kedah Tennis Interteam.

📍Kejayaan ini membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin yang mantap serta usaha berterusan dalam bidang sukan yang diceburi. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

📍Teruskan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi! 🎾🏆


Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡🤍MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-17 SMKBBP 🧡🤍

🗓️ Tarikh : 11 April 2026
🗓️ Hari : Sabtu
⏰ Masa : 9.30 pagi
📍 Tempat : Dewan Putra

📍Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 SMK Bandar Baru Putra telah berlangsung dengan lancar dan teratur dengan kehadiran ibu bapa, guru serta barisan pentadbir sekolah. Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.

📍Pada kesempatan ini juga, pihak PIBG telah memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2026. Pelantikan ini diharapkan dapat terus memperkasakan peranan PIBG dalam menyokong segala perancangan dan pembangunan sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

📍Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuh demi kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang untuk warga SMKBBP. 🤍🧡



Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡🤍PROGRAM MOTIVASI DAN MAJLIS AKU JANJI CALON SPM 2026 🧡🤍

🗓️ Tarikh : 11 April 2026
🗓️ Hari : Sabtu
🗓️ Masa : 8.00 pagi - 9.30 pagi
📍 Tempat : Dewan Putra

📍Program Motivasi dan Majlis Aku Janji calon SPM 2026 telah berlangsung dengan penuh penghayatan, menyentuh emosi serta menyatukan hati antara anak-anak dan ibu bapa. Suasana menjadi begitu hening apabila para calon mula menginsafi pengorbanan yang telah dicurahkan, hingga ada yang tidak dapat menahan sebak, menitiskan air mata, dan memeluk erat insan tersayang sebagai tanda kasih dan penghargaan.

📍Detik-detik penuh makna ini menjadi titik tolak kepada kesedaran baharu dalam diri setiap calon tentang tanggungjawab dan harapan yang digalas. Lafaz aku janji yang diucapkan bukan sekadar kata-kata, tetapi satu komitmen untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam SPM 2026.

📍Semoga semangat, doa dan restu yang terjalin dalam program ini menjadi kekuatan buat semua calon untuk terus melangkah dengan yakin, tabah dan beriltizam tinggi dalam merealisasikan impian mereka. ✨📚




Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🤍🧡 LATIHAN KEBAKARAN SMKBBP KALI PERTAMA 2026 | SESI PAGI 🧡🤍

🗓️ Tarikh : 10 April 2026
🗓️ Hari : Jumaat
⏰ Masa : 9.00 pagi
📍 Tempat : Dataran Putra

📍Latihan kebakaran kali pertama bagi sesi pagi SMK Bandar Baru Putra tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai langkah penting dalam memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa terjamin. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan murid dan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran.

📍Sepanjang latihan dijalankan, semua murid dan guru memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Latihan seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal, malah membentuk sikap peka, disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah.

📍Diharapkan usaha berterusan ini dapat melahirkan komuniti sekolah yang lebih bersedia, cekap dan berpengetahuan dalam menangani sebarang kecemasan demi kesejahteraan bersama. 🚒🔥


Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡🤍KARNIVAL KERJAYA SUKSES SMKBBP 2026🧡🤍

🗓️Tarikh : 08 April 2026
🗓️ Hari : Rabu
⏰ Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Tempat : Adtec Taiping, Perak

📍Karnival Kerjaya Sukses SMK Bandar Baru Putra 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah serta memberi pendedahan yang amat bermanfaat kepada para murid tentang dunia kerjaya dan hala tuju masa depan. Pelbagai perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini sedikit sebanyak membantu membuka minda murid dalam membuat pilihan yang lebih jelas.

📍Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin inspirasi kepada murid untuk merancang masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing. ✨



Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡 FIESTA RAYA SMKBBP 2026 | SESI PETANG 🤍

🗓️ Tarikh : 03 April 2026
🗓️ Hari : Jumaat
⏰ Masa : 3.30 petang - 6.20 petang
📍 Tempat : Dewan Putra dan Kelas

📍Walaupun Fiesta Raya SMK Bandar Baru Putra 2026 bagi sesi petang telah lama berakhir, kemeriahannya masih terasa dan menjadi kenangan manis buat seluruh warga sekolah. Suasana ceria dengan pelbagai juadah, pakaian tradisional yang berwarna-warni serta gelak tawa yang dikongsi bersama jelas menggambarkan semangat kebersamaan yang utuh.

📍Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga sekolah dan komuniti. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin terus kekal erat dan diberkati. 🌸✨





Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡FIESTA RAYA SMKBBP 2026 | SESI PAGI🤍

🗓️ Tarikh : 03 April 2026
🗓️ Hari : Jumaat
⏰ Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
📍Tempat : Dewan Putra dan Kelas

✅Walaupun sambutan Fiesta Raya SMK Bandar Baru Putra telah melabuhkan tirainya, kemeriahan dan kehangatan suasana masih segar terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah. Bertempat di Dewan Putra serta di kelas masing-masing, pelbagai aktiviti dan juadah yang disediakan telah menyerikan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

✅ Suasana penuh warna-warni dengan busana tradisional, senyuman yang terukir, serta gelak tawa yang bergema jelas mencerminkan semangat perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan warga SMKBBP. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara guru dan murid, malah turut menyemai nilai kebersamaan, hormat-menghormati dan kasih sayang dalam komuniti sekolah.

🧡Di kesempatan ini, walaupun Syawal semakin berlalu, pihak SMK Bandar Baru Putra ingin terus merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat. Semoga segala kenangan indah yang tercipta menjadi pengikat silaturahim yang berkekalan dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua. 🌸✨



Photos from SMK Bandar Baru Putra's post 19/04/2026

🧡MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM TAHUN 2025🤍

🗓️Tarikh : 31 Mac 2026
🗓️Hari : Selasa
⏰Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
📍Tempat : Dewan Putra

✅Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM Tahun 2025 atas segala usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pembelajaran. Hari ini merupakan detik yang dinanti-nantikan, hasil kepada perjalanan penuh cabaran dan dedikasi.

✅Semoga kejayaan yang diperoleh menjadi titik permulaan untuk melangkah lebih jauh dalam mengejar cita-cita serta menggapai masa depan yang cemerlang. Teruskan melakar kejayaan dan jadikan setiap pengalaman sebagai bekalan berharga dalam kehidupan.

19/04/2026

🤍🧡TAHNIAH 3 ORANG MURID SMKBBP MERAIH SEMUA A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2025🧡🤍

📍Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga orang murid SMK Bandar Baru Putra yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih semua A dalam peperiksaan SPM 2025.

📍Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri, keluarga dan guru-guru, malah turut mengharumkan nama sekolah. Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa usaha yang gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang kental mampu membuahkan hasil yang gemilang.

📍Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Syabas dan tahniah sekali lagi!‼️‼️‼️

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


PERSIARAN PUTRA 9 BANDAR BARU PUTRA
Ipoh
31400