22/07/2015
Kehebatan Melayu Olah Tulisan Jawi
Oleh Latifah Ariffin
"Naskhah ini banyak menyentuh sumbangan besar Al-Attas dalam ilmu Jawi, antaranya huraian bagaimana bahasa Melayu menerima pengaruh Islam dengan kebanyakannya juga adalah istilah yang berasal daripada al-Quran.
Bahasa yang Allah pilih untuk menjadi bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, bahkan dituturkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan antara perkataan dalam bahasa Melayu yang diambil daripada al-Quran seperti istilah Allah, Nabi, sahabat, ulama, dunia, dan akhirat.
Beliau turut menerangkan proses pengislaman bahasa Melayu, antaranya dalam syarahan bertajuk Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu, iaitu bagaimana bahasa Melayu menerima pengaruh Islam sehingga menjadi salah satu daripada bahasa Islam selain bahasa utamanya, bahasa Arab," katanya.
Liputan dalam Berita Harian semasa Sharahan Buku Pengantar Ilmu Jawi dan Dondang Pembukaan pada 4 Julai 2015 di Klasika Media - Akademi Jawi Malaysia.
Sila dapatkan naskhah Berita Harian hari ini, 21 Julai 2015.
______________
Buku Pengantar āIlmu Jawi oleh Kang Kyoung Seok dan Muhammad Syukri Rosli boleh dipesan melalui pautan berikut:
www.tinyurl.com/ilmu-jawi
Harga: RM25.00
Pos Semenanjung: RM6.00
Pos Sabah/Sarawak: RM10.00
Kaedah bayaran akan dimaklumkan menerusi email.