22/05/2026
SEDEKAH JUMAAT.
JUMLAH KUTIPAN TERKINI BELUM SAMPAI TARGET 150k
Di tengah-tengah bandaraya Ipoh, berdirinya sebuah institusi pendidikan berprestij, Sekolah Raja Perempuan Taayah, sebuah sekolah yang terus komited melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
https://youtu.be/em3fmAODsdo
Di sebalik kecemerlangan ini, terdapat satu ruang yang sangat berpotensi untuk dimanfaatkan oleh warga sekolah, iaitu Dataran Segak SERATA.
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pibgserata/home
Dataran ini bakal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi pelajar yang lebih selesa, ceria dan selamat, lengkap dengan kemudahan seperti laluan pejalan kaki, ruang santai, landskap hijau serta tempat rehat untuk murid dan ibu bapa.
Namun, usaha membangunkan prasarana ini memerlukan sokongan dan sumbangan daripada masyarakat prihatin.
Marilah bersama-sama kita menyumbang demi meningkatkan kemudahan sekolah, memperindah persekitaran pembelajaran dan menyediakan ruang yang lebih kondusif untuk anak-anak SERATA.
Setiap sumbangan anda amat bermakna.
Maklumat lanjut sila layari - https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pibgserata/home