22/02/2023
Selamat mengundi kepada 125,835 orang pelajar POLYCC untuk Pilihan Raya Kampus yang akan dijalankan serentak di politeknik dan kolej komuniti seluruh negara pada 22 Februari 2023.
Selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon yang bertanding.
09/02/2023
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah atas pemangkuan ke Gred Utama C dan pelantikan sebagai Pengarah Politeknik Ungku Omar berkuat kuasa mulai 7 Februari 2023.
24/03/2021
Assalamualaikum🌈🌈
Perhatian kepada semua warga PUO ❗❗❗
Untuk makluman semua, Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN kali ke-4.✨
🌠Tujuan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ini adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan baru Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) SESI DIS 2020 🎉
🗓Tarikh : 27 MAC 2021 (SABTU)
🌤Waktu : 8.30-11.30 PAGI
🌇Tempat : APLIKASI ZOOM
Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff 61:4)
Tekan link dibawah untuk pendaftaran ⬇
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScNstUTJR12T-lr7SQm58SvBI0CYJf0uSckDI3yklO_MsINqw/viewform?usp=pp_url
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi
Muslimin 🙋🏻♂:
📱(Azhar) www.wasap.my/+60169182501
Muslimat 🧕🏻:
📱(Ain Nathrah) http://www.wasap.my/601139010896/AGM
Ayuh kita meriahkan lagi MESYUARAT AGUNG TAHUNAN kali ini.😁
Kehadiran anda menentukan kelangsungan PSSI 😊
11/03/2021
Assalamualaikum
Salam Israk Mikraj daripada kami Saff Pimpinan Persatuan Siswa Siswi Islam.
Allah SWT berfirman:-
سُبْحَٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Al-Isra : 1
Sama-sama kita memperingati dan menghayati kisah daripada perjalanan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa yang agung ini.
12/02/2021
[SELAMAT TAHUN BARU CINA]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Persatuan Siswa Siswi Islam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Politeknik Ungku Omar khususnya yang berbangsa Cina.🤗
Semoga ukhwah kita sebagai mahasiswa berbilang bangsa semakin kuat dan kekal terjalin tanpa sebarang gangguan daripada anasir-anasir luar.🤝🏻
Hal ini kerana sesungguhnya kita adalah masyarakat yang hidup dalam rumpun harmoni yang sama, moga kita perpaduan antara kita kekal utuh. Insya Allah.☺
“Islam Anda Hebat, Anda Hebat”
02/12/2020
[ ]
SUMBANGAN MISI UNTUKMU KENINGAU X TENOM
"Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya # # # ingin memohon sumbangan keperluan asas dapur untuk keluarga..."
Rakyat Sabah masih memerlukan sumbangan anda! Kali ini GAMIS Sabah akan melancarkan tabung sumbangan untuk misi kali ini.
2. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah melancarkan program Misi Untukmu Keningau X Tenom.
3. Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat di Sabah yang terjejas sepanjang tempoh PKPB. Sumbangan akan diberikan dalam bentuk kewangan, barangan harian dan pelitup muka.
4. Sasaran sumbangan untuk misi kali ini ialah sebanyak RM 20,000. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak Tuan/Puan untuk menyumbang bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka yang berada di Sabah.
📍Sumbangan boleh disalurkan melalui:
💳 Persatuan Siswazah Sabah
• Maybank: 5602 3212 0295
(Reference: Sumbangan Sabah)
📍Sebarang pertanyaa, sila hubungi:
• http://www.wasap.my/6016-7338799 (Asisal)
• http://www.wasap.my/6011-27106689 (Zainab)
4. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka yang terjejas di Sabah. Ayuh sama-sama kita berdoa agar kes COVID-19 di negara kita akan kembali pulih.