Penubuhan Tadika Imtiyaz adalah berpaksikan kepada usaha bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan seimbang dari aspek penguasaan 3M(membaca,menulis & mengira),jasmani,emosi, perhubungan sosial serta keseimbangan perkembangan kanak-kanak dari sudut kefahaman asas agama Islam. Pendekatan pembelajaran Imtiyaz akan disokong oleh tenaga pengaj
ar yang terlatih dan berpengalaman bersama aktiviti yang menyeronokkan, kreatif serta dapat membina keyakinan kendiri sebagai satu persediaan untuk hidup dalam persekitaran, dapat menangani cabaran dan bersedia untuk berada di alam sekolah rendah. Semoga penubuhan tadika Imtiyaz ini dapat bersama, seiring dan pelengkap dalam proses pendidikan kanak-kanak pra sekolah di Malaysia serta berjaya membina generasi muda pewaris teraju negara yang seimbang ilmu dan kerohaniannya. Tadika Imtiyaz ini diuruskan sepenuhnya oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM) dialamat No9 & 11,Jalan Dato Seri Saari off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak.