USTP PPD Perak Tengah

USTP PPD Perak Tengah Membudayakan Penggunaan Sumber Dan Teknologi Pendidikan Untuk Melahirkan Generasi Kalis Masa Hadapan

Selamat Menjalankan Tugas.USTP PPD Perak Tengah Sektor Pembelajaran,PPD Perak Tengah Pejabat Pendidikan Daerah Perak Ten...
22/08/2026

Selamat Menjalankan Tugas.

USTP PPD Perak Tengah
Sektor Pembelajaran,PPD Perak Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia



MASTERCLASS PENGURUSAN & PENTADBIRAN & PdPc DIGITAL | SK ISKANDAR SHAHAlhamdulillah, selesai Bengkel MasterClass Penguru...
22/08/2026

MASTERCLASS PENGURUSAN & PENTADBIRAN & PdPc DIGITAL | SK ISKANDAR SHAH

Alhamdulillah, selesai Bengkel MasterClass Pengurusan & Pentadbiran & PdPc Digital di SK Iskandar Shah.

Bengkel memberi fokus kepada pemerkasaan pengurusan digital, pengintegrasian teknologi dalam PdPc serta pembudayaan amalan kerja digital dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah kepada warga SK Iskandar Shah atas komitmen dalam memperkukuh ekosistem pendidikan digital.

USTP PPD Perak Tengah
Memperkasa Digitalisasi Pendidikan, Memacu Kecemerlangan.

USTP PPD Perak Tengah
Sektor Pembelajaran,PPD Perak Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Pendidikan Malaysia




31/07/2026

SELESAI SESI TEMUDUGA BERSEMUKA GURU SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (GSTP) SIRI 1

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah melalui Sektor Pembelajaran telah berjaya melaksanakan Sesi Temuduga Bersemuka Guru Sumber dan Teknologi Pendidikan (GSTP) Siri 1 sebagai usaha mengenal pasti guru-guru berpotensi bagi memperkukuh agenda pendigitalan pendidikan daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Ahmad Daud, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, atas kesudian hadir serta menyampaikan amanat dan kata-kata motivasi kepada para calon.

Ucapan terima kasih juga kepada panel temuduga jemputan, En. Meor Zaiyan dan En. Taufik, atas komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang sesi berlangsung.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada Jawatankuasa Teknikal (JTK) dan UPTIS selaku urus setia yang telah memastikan kelancaran program ini.

Tahniah kepada semua calon yang telah hadir. Semoga inisiatif ini dapat melahirkan Guru Sumber dan Teknologi Pendidikan (GSTP) yang kompeten, inovatif dan berupaya memacu transformasi pendidikan digital di Daerah Perak Tengah.

Sektor Pembelajaran, PPD Perak Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

π“πˆπ†π€ π–π€πŠπˆπ‹ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π€πŠ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 πŠπ„ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€πTiga wakil Daerah Perak Tengah yang telah terpilih mewaki...
30/07/2026

π“πˆπ†π€ π–π€πŠπˆπ‹ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘π€πŠ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 πŠπ„ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π

Tiga wakil Daerah Perak Tengah yang telah terpilih mewakili Negeri Perak ke Bengkel MasterClass Google Workspace untuk Pentadbiran dan Pedagogi 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Swiss Avenue, Sungai Petani, Kedah pada 27 hingga 30 Julai 2026.

Wakil PPD Perak Tengah:

πŸ”Ή Encik Muhammad Akhyar bin Arzmi
πŸ”Ή Puan Nur Asni binti Alias

Wakil Sekolah:

πŸ”Ή Puan Eliya Najwa binti Abdul Hamid
SK Sri Changkat.

Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan komitmen warga pendidikan Daerah Perak Tengah dalam memperkasa pendigitalan pendidikan serta pengintegrasian Google Workspace dalam Pentadbiran dan Pedagogi.

Semoga ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh transformasi pendidikan digital serta memberi impak positif kepada seluruh sekolah di Daerah Perak Tengah.

Tahniah dan syabas kepada semua wakil. Teruskan mengharumkan nama Daerah Perak Tengah dan Negeri Perak di persada kebangsaan.

USTP PPD Perak Tengah
Sektor Pembelajaran,PPD Perak Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

π“π€π‡ππˆπ€π‡ π’πŒπŠπ€ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇! π‹π€π˜π€πŠ πŠπ„ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππˆπ‚π“π’πžπƒ πŸπŸŽπŸπŸ”Pejabat Pendidikan Daerah Perak ...
30/07/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ π’πŒπŠπ€ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇! π‹π€π˜π€πŠ πŠπ„ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐑𝐔𝐇 π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππˆπ‚π“π’πžπƒ πŸπŸŽπŸπŸ”

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SMKA Sultan Azlan Shah atas kejayaan membanggakan apabila berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Peringkat Kebangsaan National ICT Security Discourse (NICTSeD) 2026.

Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan murid dan guru pembimbing dalam menguasai kemahiran berfikir aras tinggi, komunikasi berkesan serta pengetahuan berkaitan keselamatan siber dan teknologi digital.

Seluruh warga PPD Perak Tengah mendoakan agar pasukan SMKA Sultan Azlan Shah terus melakar kejayaan pada Separuh Akhir Peringkat Kebangsaan NICTSeD 2026 yang akan berlangsung di SSTP, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 6 hingga 11 September 2026.

Teruskan melakar kecemerlangan, mengharumkan nama Perak Tengah dan Negeri Perak di persada kebangsaan. Tahniah dan selamat maju jaya!

USTP PPD Perak Tengah
Sektor Pembelajaran,PPD Perak Tengah
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Kami Sudah, Anda Bila Lagi.
20/07/2026

Kami Sudah, Anda Bila Lagi.

Sharing Is Caring
16/07/2026

Sharing Is Caring

𝐏𝐏𝐃 ππ„π‘π€πŠ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 πŠπŽππ†π’πˆ π€πŒπ€π‹π€π π“π„π‘ππ€πˆπŠ, ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah telah mengadakan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik bersama PPD Muallim, PPD Kinta Utara dan PPD Manjung bagi berkongsi pendekatan serta amalan yang telah menyumbang kepada pencapaian cemerlang PPD Perak Tengah semasa Sesi Verifikasi Penilaian Keberkesanan PPD Oleh Pihak Nazir, Pada bulan Mei yang lalu.

Antara fokus perkongsian adalah melibatkan:

β€’ Pengurusan Data SPS
β€’ Dashboard SPM berasaskan Power BI
β€’ Pengurusan Pendigitalan dan Dashboard Dasar Pendidikan Digital (DPD)

Sesi ini menjadi platform kolaborasi antara PPD bagi memperkukuh pengurusan berasaskan data, memperkasa transformasi digital serta membudayakan perkongsian amalan terbaik ke arah peningkatan kualiti pendidikan yang mampan.

Berkongsi amalan terbaik, memperkukuh kecemerlangan, memacu transformasi pendidikan.

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

12/07/2026

Address

Jalan Lim Bo Seng
Ipoh
30000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USTP PPD Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share