Institusi Nurul Taqwa

Institusi Nurul Taqwa TADIKA NURUL TAQWA DIBUKA PADA 2001 SELEPAS PEMBUKAAN TASKA NURUL TAQWA PADA 1996. NURUL TAQWA MERUP

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺBersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersam...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺ

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta mencontohi akhlak mulia, kasih sayang, kesabaran dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur di hati dan menjadi panduan dalam membentuk generasi yang beriman, berakhlak dan berilmu.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

🌹 Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ.

Salam Maulidur Rasul 1448H
Daripada kami, Institusi Nurul Taqwa 🤍

21/08/2026

Latihan kebakaran di Taska Nurul Taqwa 🔥😱

15/07/2026

Assalammualaikum w.b.t ✨

🔥LATIHAN KEBAKARAN🔥

🚒Tarikh: 15.7.2026
🚒Tempat : Dewan Asy Syafie Tadika Nurul Taqwa

Alhamdulilah... Tahniah Noah Raees dan Sofiyyah
08/06/2026

Alhamdulilah... Tahniah Noah Raees dan Sofiyyah

30/05/2026

Tahniah diucapkan kepada adik Noah Raees wakil dari Taska Nurul Taqwa kerana telah menghabiskan iqra 1.

Terima kasih juga kepada kedua ibu ayah yg sentiasa bantu ustzh utk buat bacaan di rumah juga 💚💛

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨“Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta me...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨

“Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua. Aidiladha mengajar erti keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan.”

Salam Aidiladha daripada keluarga besar Institusi Nurul Taqwa

18/05/2026

Assalamualaikum ibu dan ayah

Tahniah kepada kanak² yang berjaya bebas pampers ditaska dan terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi sokongan.

🌸✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌸“GURU BITARA, NADI NEGARA”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua gur...
16/05/2026

🌸✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌸

“GURU BITARA, NADI NEGARA”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru dan pendidik yang sentiasa sabar mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu dengan penuh kasih sayang. ❤️

Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi insan yang membentuk akhlak, keyakinan dan masa depan anak-anak. Setiap pengorbanan, penat lelah dan doa seorang guru amat besar nilainya dalam melahirkan generasi yang berjaya dan berakhlak mulia. 🌟

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Tadika & Taska Nurul Taqwa atas dedikasi dan komitmen yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak-anak dengan penuh keikhlasan. Semoga segala usaha menjadi amal yang berpanjangan. 🤲

📚 Selamat Hari Guru
💐 Terima kasih cikgu, jasa kalian sentiasa dikenang.




🌈🏅 MAJLIS HARI SUKANEKA TADIKA & TASKA NURUL TAQWA 2026 🏅🌈Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Hari Sukaneka T...
16/05/2026

🌈🏅 MAJLIS HARI SUKANEKA TADIKA & TASKA NURUL TAQWA 2026 🏅🌈

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Hari Sukaneka Tadika & Taska Nurul Taqwa bagi sesi 2026 yang penuh dengan gelak tawa, semangat kesukanan dan kenangan indah buat anak-anak walaupun dalam keadaan padang yang basah dan berbecak 😬

Pelbagai acara dan aktiviti sukaneka telah dijalankan bagi mencungkil keberanian, keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak sejak usia kecil.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama serta hadir memeriahkan program kami. Kehadiran dan semangat anda semua amat bermakna buat warga Nurul Taqwa.

Kami juga ingin memohon seribu kemaafan kepada semua ibu bapa yang hadir kerana keadaan padang yang basah dan berbecak 🙏🏼

Tahniah juga kepada semua anak-anak yang berjaya mengambil bahagian dengan penuh ceria dan bersemangat. Anda semua memang hebat! 🌟

Semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak tadika, taska dan ibu bapa serta menjadi kenangan manis buat anak-anak pada masa akan datang. 🤲

07/05/2026

Assalamulaikum ibu ayah

Tahniah diucapkan kepada adik Aydeen Noah atas kejayaan menamatkan Buku Anakku 3 dan seterusnya akan beralih ke Buku 4

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa atas kerjasama serta sokongan yang sangat baik.














Address

No. 3, Lebuh Semangat 1, Taman Rapat Indah
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30

Telephone

+601165254881

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institusi Nurul Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institusi Nurul Taqwa:

Shortcuts

Share