Masjid Pengkalan Tiara

Masjid Pengkalan Tiara Berkenaan dengan info terkini pembinaan masjid. Pertanyaan, sumbangan dan aktiviti yang dijalankan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt..Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Kel...
13/08/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt..

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Keluarga En. Husin & Kejiranan.

Semoga kehadiran ramai di rahmati Allah jua.
Mudahan doa diangkat, dilapangkan rezki, diberi kekuatan kesihatan yg baik. Moga arwah2 mendapat keampunan kemaafan, di tempatkan bersama para solihin solihat..Insyaa Allah.

Aamiin.

Jazakallahu khairan...

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt..Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Kel...
06/08/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt..
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Keluarga En. Salman.

Semoga kehadiran ramai di rahmati Allah.
Mudahan doa diangkat, dilapangkan rezki, diberi kekuatan kesihatan yg baik. Moga arwah2 mendapat keampunan kemaafan, di tempatkan bersama para solihin solihat..Insyaa Allah. Aamiin.

Jazakallahu khairan...

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt..Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.Se...
04/06/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt..

Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.

Semoga doa di angkat, di lapangkan rezki, di beri kekuatan, kesihatan yg baik dan Allah limpahi ganjaran pahala.

Jazakallah khair..

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan rakan-rakan kontraktor.Ahli Jawatankuasa Pembina...
21/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan rakan-rakan kontraktor.

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pengkalan Tiara berhasrat untuk mempelawa tender daripada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan melalui pusingan pra-kelayakan bagi projek berikut:

Nama Projek:
CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS MASJID PENGKALAN TIARA DI ATAS LOT 534611, TAMAN PENGKALAN TIARA, BANDAR IPOH (U), MUKIM HULU KINTA, DAERAH KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN.

📌 Maklumat Lanjut & Syarat-Syarat:
Untuk maklumat yang lebih terperinci, Tuan/Puan diminta untuk merujuk kepada Kenyataan Tender atau Iklan Tender yang sedang dipamerkan di ruang papan maklumat Masjid Pengkalan Tiara.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi atau hadir ke alamat berikut:
🏢 AHLI JAWATAN KUASA PEMBINAAN MASJID PENGKALAN TIARA
Taman Pengkalan Tiara,
Lot 534611, Jalan Pengkalan Tiara 30,
Taman Pengkalan Tiara,
31650 Ipoh, Perak.

Mohon jasa baik semua untuk kongsikan (share) hebahan ini agar peluang ini sampai kepada syarikat-syarikat kontraktor yang berkelayakan. Sama-sama kita mendoakan agar urusan pembinaan fasa baharu masjid kita ini dipermudahkan Allah S.W.T. Amin.

📢 JEMPUTAN PROGRAM KORBAN 1447H MASJID PENGKALAN TIARA 🕌🐄Assalamualaikum WBT,Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhwa...
21/05/2026

📢 JEMPUTAN PROGRAM KORBAN 1447H MASJID PENGKALAN TIARA 🕌🐄

Assalamualaikum WBT,

Dengan penuh rasa syukur dan semangat ukhwah, kami menjemput seluruh ahli kariah dan penduduk sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Program Korban 1447H Masjid Pengkalan Tiara.

✨ Mari kita hidupkan semangat Aidiladha dengan pengorbanan, gotong-royong dan kebersamaan sesama komuniti.
📍 Tempat: Masjid Pengkalan Tiara
📅 Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu)
🕣 Masa Bermula: Selepas Solat Sunat Aidiladha

Aturcara Program:
🕌 8.15 pagi – Solat Sunat Aidiladha
🤝 9.30 pagi – Persiapan tempat di MPT
🐄 10.30 pagi – Gotong-royong Korban
(memotong, membungkus & mengagih daging korban)

🍽️ Jamuan ringan disediakan

💚 Ayuh hadir beramai-ramai!
Kehadiran tuan/puan bukan sahaja membantu melancarkan program, malah mengeratkan silaturrahim sesama ahli kariah.

📌 Sumbangan hidangan secara potluck amat dialu-alukan
📌 Mohon bawa peralatan bersesuaian bagi urusan memotong daging korban

“Bersama Kita Berkorban, Bersama Kita Berkongsi”
“Kita Berkorban, Kita Bersaudara” 🤝

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Abdullah bin Hassan – 013-7768756

Jumpa anda di sana, insya-Allah! 🌙

Assalammualaikum wbt..✨ Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Bulanan berlangsung dengan penuh manfaat dan suasana yang tenang. ...
20/05/2026

Assalammualaikum wbt..

✨ Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Bulanan berlangsung dengan penuh manfaat dan suasana yang tenang.

Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir menuntut ilmu. Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab keberkatan dan kefahaman agama yang lebih baik. 🤍🕌

“Majlis ilmu bukan sekadar hadir, tapi membawa pulang cahaya buat hati.”

📢 MEMO PEMBERITAHUAN PROGRAM QIAMULLAILMASJID PENGKALAN TIARAAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhDimaklumkan kepad...
16/05/2026

📢 MEMO PEMBERITAHUAN PROGRAM QIAMULLAIL
MASJID PENGKALAN TIARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dimaklumkan kepada seluruh jemaah Masjid Pengkalan Tiara bahawa satu Program Qiamullail akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
🕟 Masa: 4:30 Pagi
🕌 Tempat: Masjid Pengkalan Tiara
👳 Dipimpin Oleh: Imam Farhan

Sehubungan itu, seluruh jemaah muslimin dijemput hadir bagi mengimarahkan program ini bersama-sama dalam menghidupkan malam dengan ibadah, munajat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Jom sama-sama luangkan masa untuk mencari keberkatan dan ketenangan jiwa.”

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum wbt..Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.Se...
14/05/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt..
Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil.

Semoga kehadiran ramai di rahmati Allah jua.
Kepada Tuan2 Penaja, semoga hajat di angkat, di lapangkan rezki, di beri kekuatan, kesihatan yg baik dan di limpahi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Jazakallah khair..

Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil di Masjid Pengkalan Tiara.Semoga majl...
07/05/2026

Alhamdulillah, malam ini berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Tahlil di Masjid Pengkalan Tiara.

Semoga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan dan keberkatan buat semua yang hadir.

Semoga Allah SWT mengangkat segala hajat, melapangkan rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik serta memberkati kehidupan En. Amin & Pn. Zalifah sekeluarga.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲

“Barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusannya.” ✨

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan muslimin muslimat.Pihak jawatankuasa Masjid Peng...
05/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera buat seluruh ahli kariah dan muslimin muslimat.

Pihak jawatankuasa Masjid Pengkalan Tiara dengan berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir ke majlis ilmu, Kuliah Maghrib bersama penceramah jemputan kita.

Berikut adalah ketetapan majlis:
🗣 Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rais
🗓 Tarikh: 06 Mei 2026 | 19 Zulkaedah 1447H
⏰ Masa: Selepas Maghrib
📍 Tempat: Masjid Pengkalan Tiara, Taman Pengkalan Tiara, Ipoh

Semua dijemput hadir! Ayuh kita lapangkan masa bersama keluarga untuk mengimarahkan rumah Allah dan mencari keberkatan melalui majlis ilmu.

Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar lebih ramai beroleh pahala dan manfaat bersama.

Jawatankuasa Pengurusan,
Masjid Pengkalan Tiara, Ipoh

Address

Taman Pengkalan Tiara
Ipoh
31650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Pengkalan Tiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share