05/05/2026
๐ MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) di Maahad Imtiyaz
โณ Tarikh tutup permohonan: SEBELUM 19 MEI 2026
โจ Kenapa pilih STAM Maahad Imtiyaz?
โ Kurikulum berteraskan STAM yang mantap
โ Dibimbing oleh guru berpengalaman
โ Laluan terbuka ke universiti dalam & luar negara
๐ Tempat terhad โ bertindak sekarang!
Imbas QR kod dan buat permohonan anda hari ini.
๐ Maklumat lanjut:
019-571 6068 (Ustaz Najib)
019-571 5334 (Ustaz Shah)
08/04/2026
Ustaz Ammar Zikri merupakan salah seorang alumni STAM Maahad yang berjaya menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah
02/04/2026
Hamas menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera bagi melindungi tahanan Palestin susulan kelulusan undang-undang hukuman mati oleh parlimen Israel, yang disifatkan sebagai langkah berbahaya serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Gerakan tersebut turut menggesa rakyat Palestin di dalam dan luar wilayah Palestin, termasuk semua gerakan nasional, agar mempergiat usaha di pelbagai peringkat termasuk politik, perundangan dan media bagi menyokong nasib tahanan Palestin.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5369/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
14/03/2026
Ringkasan Perkembangan Terkini Situasi di Palestin dalam Bayangan Perang ZionisโAmerika terhadap Iran
Oleh: Dr. Sharif Abu Shammala
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Al-Quds Malaysia
1. Pihak penjajah Zionis mengambil kesempatan daripada perang terhadap Iran dengan menutup Masjid Al-Aqsa di hadapan para jemaah. Solat berjemaah, solat tarawih, solat Jumaat malah ibadah iktikaf di Al-Aqsa masih dilarang.
2. Penjajah Zionis terus melakukan pengeboman, pembunuhan bersasar dan pembantaian terhadap penduduk Gaza.
3. Ketika media dunia sibuk dengan perang terhadap Iran, penjajah kembali menutup Lintasan Rafah, sekali gus menghalang ribuan mangsa yang cedera daripada keluar mendapatkan rawatan. Sepanjang tempoh lintasan dibuka sebelum ini (2 Februari โ 27 Februari), hanya beberapa ratus kecil mangsa cedera dan pengiring sahaja yang sempat keluar untuk rawatan.
4. Penjajah kembali melaksanakan dasar kebuluran yang zalim dengan menghalang kemasukan makanan ke Gaza pada hari-hari awal perang. Kemudian mereka hanya membenarkan kemasukan makanan secara simbolik dengan jumlah trak yang sangat terhad. Akibatnya, krisis kekurangan barangan berlaku, banyak jenis makanan hilang dari pasaran dan harga meningkat dengan ketara.
5. Penjajah terus mengenakan sekatan ketat terhadap para nelayan, di samping kemusnahan hampir sepenuhnya terhadap infrastruktur sektor perikanan. Hal ini memburukkan lagi krisis makanan di Gaza.
6. Penjajah Zionis masih menghalang kemasukan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan bahan api yang diperlukan oleh hospital, sekali gus memburukkan lagi keadaan kesihatan di wilayah tersebut.
7. Penjajah juga terus menghalang kemasukan pelbagai barangan keperluan lain selain makanan, menjadikan kehidupan rakyat Gaza semakin sukar dan mencabar.
8. Antara perkembangan positif, Indonesia telah mengumumkan penggantungan penyertaannya dalam Lembaga Keamanan bagi Gaza, yang diwujudkan kononnya untuk menangani isu Gaza di bawah payung antarabangsa. Namun, lembaga tersebut turut melibatkan Benjamin Netanyahu, penjenayah perang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
9. Penjajah Zionis turut memperluaskan serangan terhadap Lubnan melalui pengeboman berterusan, pengusiran penduduk dan pembantaian terhadap rakyat Lubnan.
10. Peringatan: Kegagalan dunia menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza telah mendorong Israel melakukan lebih banyak pembantaian di Lubnan, Yaman dan Iran.
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
06/03/2026
Salam Nuzul Quran 1447H
โ(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.โ
(Surah al-Baqarah;185)
18/02/2026
Salam Ramadan 1447H kepada seluruh umat Islam.
Ustaz Haji Shaharuzzaman Bin Bistamam
Pengetua
Maahad Imtiyaz
18/02/2026
โ1 Hari Menuju Ramadan ๐
Ayuh persiapkan hati, luruskan niat dan sambut bulan penuh keberkatan.โ
16/02/2026
๐ 3 Hari Lagi Ramadan ๐
โจ Tips Menyambut Ramadan:
1๏ธโฃ Niat & Persiapan Hati
Bersihkan hati, perbanyak doa, dan perbaharui niat untuk beribadah dengan ikhlas.
2๏ธโฃ Mulai Atur Waktu
Biasakan bangun awal, susun jadual ibadah dan aktiviti harian.
3๏ธโฃ Persiapan Fizikal
Jaga pemakanan, kurangi minuman manis & kafein agar tubuh lebih bersedia berpuasa.
4๏ธโฃ Perbanyak Istighfar & Doa
Mohon ampunan dan sampaikan hajat sebelum bulan penuh rahmat tiba.
5๏ธโฃ Rancang Amalan Ramadan
Target tilawah Al-Qurโan, sedekah, solat sunnah & amal kebaikan.
Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan dalam keadaan terbaik.