14/03/2026
Ringkasan Perkembangan Terkini Situasi di Palestin dalam Bayangan Perang ZionisโAmerika terhadap Iran
Oleh: Dr. Sharif Abu Shammala
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Al-Quds Malaysia
1. Pihak penjajah Zionis mengambil kesempatan daripada perang terhadap Iran dengan menutup Masjid Al-Aqsa di hadapan para jemaah. Solat berjemaah, solat tarawih, solat Jumaat malah ibadah iktikaf di Al-Aqsa masih dilarang.
2. Penjajah Zionis terus melakukan pengeboman, pembunuhan bersasar dan pembantaian terhadap penduduk Gaza.
3. Ketika media dunia sibuk dengan perang terhadap Iran, penjajah kembali menutup Lintasan Rafah, sekali gus menghalang ribuan mangsa yang cedera daripada keluar mendapatkan rawatan. Sepanjang tempoh lintasan dibuka sebelum ini (2 Februari โ 27 Februari), hanya beberapa ratus kecil mangsa cedera dan pengiring sahaja yang sempat keluar untuk rawatan.
4. Penjajah kembali melaksanakan dasar kebuluran yang zalim dengan menghalang kemasukan makanan ke Gaza pada hari-hari awal perang. Kemudian mereka hanya membenarkan kemasukan makanan secara simbolik dengan jumlah trak yang sangat terhad. Akibatnya, krisis kekurangan barangan berlaku, banyak jenis makanan hilang dari pasaran dan harga meningkat dengan ketara.
5. Penjajah terus mengenakan sekatan ketat terhadap para nelayan, di samping kemusnahan hampir sepenuhnya terhadap infrastruktur sektor perikanan. Hal ini memburukkan lagi krisis makanan di Gaza.
6. Penjajah Zionis masih menghalang kemasukan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan bahan api yang diperlukan oleh hospital, sekali gus memburukkan lagi keadaan kesihatan di wilayah tersebut.
7. Penjajah juga terus menghalang kemasukan pelbagai barangan keperluan lain selain makanan, menjadikan kehidupan rakyat Gaza semakin sukar dan mencabar.
8. Antara perkembangan positif, Indonesia telah mengumumkan penggantungan penyertaannya dalam Lembaga Keamanan bagi Gaza, yang diwujudkan kononnya untuk menangani isu Gaza di bawah payung antarabangsa. Namun, lembaga tersebut turut melibatkan Benjamin Netanyahu, penjenayah perang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
9. Penjajah Zionis turut memperluaskan serangan terhadap Lubnan melalui pengeboman berterusan, pengusiran penduduk dan pembantaian terhadap rakyat Lubnan.
10. Peringatan: Kegagalan dunia menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza telah mendorong Israel melakukan lebih banyak pembantaian di Lubnan, Yaman dan Iran.
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin