22/08/2023
EX-Student Politeknik Ungku Omar
Terbuka kepada semua bekas pelajar Politeknik Ungku Omar
22/08/2023
29/06/2022
*PERMOHONAN KEMASUKAN ATLET KE POLITEKNIK UNGKU OMAR SESI 2022*
Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan ini mempelawa atlet-atlet yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran peringkat Diploma di PUO.
Program Utama yang ditawarkan;
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
4. Diploma Teknologi Digital
5. Diploma Perdagangan
*SYARAT AM POLITEKNIK*
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
--- i) sekurang-kurangnya mendapat 3 kepujian mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.
--- ii) Bahasa Inggeris dan Sejarah wajib lulus sahaja (bagi kursus kejuruteraan & IT)
iii) Kredit Bahasa Inggeris bagi kursus Perdagangan
iv) Kredit mana-mana matapelajaran Elektif
*SYARAT PENGLIBATAN SUKAN*
1. Sekurang-kurang mewakili negeri ke kejohanan kebangsaan.
2. Penglibatan sukan secara aktif dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.
*CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN*
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh klik pautan di bawah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian (online).
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
atau dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk sesi khidmat nasihat;
*1.Tn. Hj. Mohd Fakrul Razi Bin Jamaluddin*
*( 019-4504823 )*
*2. En. Sazali Bin Md Hasan*
*( 019-4564748 )*
*3. Pn. Siti Hajar Bt Sulaiman*
*( 012-5270772 )*
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini bolehlah merujuk kepada:
Unit Sukan
Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan
Politeknik Ungku Omar
14300 Ipoh Perak
E-mel : [email protected]
No. Tel : 05-545 7656 (ext. 2213)
Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Aras 6, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
10/06/2020
https://www.facebook.com/1215226204/posts/10223309802952739/?d=n
Bongkak Pandang Sinis Pada Politeknik, Lepas Study Sana Baru Tahu 'Nikmatnya' - Kisah Dunia Kesedihan pelajar lepasan SPM yang tidak dipilih menyambung pelajaran ke universiti menerusi tawaran UPU masih lagi dirasakan. Menjengah ke media sosial,
31/07/2019
JOM MASUK UniMAP 2019 [SALURAN KEMASUKAN RAYUAN TERUS ] ZON KEDAH (1 OGOS 2019) DAN PENANG (2 OGOS 2019)
Sila Bawa Dokumen Yang Berkaitan dan Jumpa Kami Ditempat Yang Dimaklumkan.
Note: Calon Lepasan Diploma Yang Baru Tamat penhajian 2019 Amat Dialukan.
⚫ Permohonan bagi kemasukan Sidang Akademik 2019/2020
⚫ Saluran Kemasukan Rayuan Terus ke UniMAP
⚫ Fasa Permohonan Rayuan : 31 Julai - 9 Ogos 2019
⚫ Dibuka untuk semua Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan
⚫ Terbuka kepada Lepasan STPM/Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ DKM/ DLKM
⚫ Rujukan Syarat Kemasukan di www.unimap.edu.my
⚫ Sila bawa bersama :
1) Salinan SPM yang disahkan
2) Salinan keputusan SPM
3) Salinan transkrip penuh
STPM/ Marikulasi/ Asasi/
Diploma/ DKM/ DLKM yang
telah disahkan
4) Salinan keputusan MUET yang
telah disahkan
22/04/2019
Jom semua batch.. kita berkumpul untuk meraikan Perjumpaan Bekas Pelajar PUO Ulangtahun ke-50.. sila hubungi nombor tertera untuk maklumat selanjutnya
Ada ke student PUO berbakat seperti ini..boleh cuba
15/06/2017
MAKNA RAMADHAN
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering.
Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:
1. Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan.
Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.
Rasulullah menegaskan bahawa:"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."
2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya.
Nabi s.a.w telah bersabda:
"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)
"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya"(Hadis Riwayat Bukhari)
3. Syahrul Quran - Bulan QuranFirman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil
"Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat.
"Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya".
Al Quran berkata:
" wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
4. Syahrul Sabr
Bulan Kesabaran Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat.
Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.
"(Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
"Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'.(Sahih Al-Jami As-Saghir)
5. Syahrul Rahmah -Bulan Kerahmatan
6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan
7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka
Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan.
Antaranya ialah terakam dalam sejarah:a. Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhanb. Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah
8. Syahrul Jud - Bulan Murah hati
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya."(Hadis Riwayat Tirmidzi)
9. Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan (dengan kelebihan yang lain):
Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tiada di berikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya.
"PENGISIAN RAMADHAN
1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
3. Meningkatkan amalan harian
4. Menunaikan solat tarawih
5. Bertadarus al-quran
6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
8. Memperbanyakkan sedekah
9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
10. Bersahur
11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
13. Menunaikan umrah jika mampu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Telephone
Website
Address
Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400