Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang Sebuah Institusi Tahfiz Perempuan yang berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam
(JAIPk/TAHFIZ/IP.154/15)
(1)

πŸŒΏπ—£π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—šπ—’π—§π—’π—‘π—š-π—₯π—’π—¬π—’π—‘π—š π— π—˜π—‘π—–π—”π—‘π—§π—œπ—žπ—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—‘π——π—¦π—žπ—”π—£ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š 🌿Alhamdulillah, hari ini pihak sekolah diberi kesempa...
15/08/2026

πŸŒΏπ—£π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—šπ—’π—§π—’π—‘π—š-π—₯π—’π—¬π—’π—‘π—š π— π—˜π—‘π—–π—”π—‘π—§π—œπ—žπ—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—‘π——π—¦π—žπ—”π—£ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š 🌿

Alhamdulillah, hari ini pihak sekolah diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan PIBG bagi mencantikkan dan menghiasi kawasan sekolah. 🀍

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat! πŸ‘πŸ»
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah menyumbang dalam pelbagai bentuk β€” wang ringgit, pokok, tanah, pasu, idea, buah fikiran serta tenaga bagi menjayakan Program Gotong-Royong Mencantikkan Landskap MTQ ADDIN Kg Kepayang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Setelah hampir 5 bulan kita berada di sini, akhirnya sedikit demi sedikit kita dapat menceriakan dan menghiasi persekitaran sekolah bersama-sama.

🌱 Insya-Allah, dalam tempoh 3 bulan akan datang, apabila pokok-pokok ini semakin membesar dan berbunga, semoga kawasan sekolah kita akan menjadi lebih hijau, meriah, nyaman dan indah.

Inilah hasil daripada semangat kebersamaan dan kasih sayang kita terhadap sekolah. Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat bermakna dan besar nilainya.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua ibu bapa dan semua yang terlibat.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan memberkati usaha kita dalam menceriakan serta membangunkan MTQ ADDIN Kg Kepayang. πŸŒΏπŸ’š

β€œBersama Kita Menceriakan Sekolah, Bersama Kita Membina Kenangan.”





🌟 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—™π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—§π—”π—§π—’π—₯ π—žπ—˜π—  π—•π—˜π—¦π—§π—”π—₯π—œ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 2026 🌟Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan ...
10/08/2026

🌟 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—™π—”π—¦π—œπ—Ÿπ—œπ—§π—”π—§π—’π—₯ π—žπ—˜π—  π—•π—˜π—¦π—§π—”π—₯π—œ π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 2026 🌟

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada 11 oarang pelajar yang telah diberi peluang untuk terlibat sebagai fasilitator Program Kem Bestari Solat Tahun 2026 di SK Jalan Panglima Bukit Gantang 🀲🏻✨

Program yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan penguasaan amali solat dalam kalangan murid.

Penglibatan pelajar sebagai fasilitator bukan sahaja memberi pengalaman bermakna, malah dapat memupuk nilai kepimpinan, keyakinan diri, kerjasama dan rasa tanggungjawab.

Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan manis serta membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan mampu menjadi contoh kepada rakan-rakan.

πŸ’š Syabas anak-anak! Teruskan melangkah dengan yakin dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada orang lain.

β€œSebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”

30/07/2026

🌸 Tahniah diucapkan kepada Adik Laila yang berjaya khatam Al-Quran!

Bukan mudah untuk sampai ke garisan penamat. Setiap helaian yang dibaca, setiap ayat yang dihafal dan setiap pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Semoga Allah SWT terus memelihara hafazan mereka, mengurniakan istiqamah dalam menjaga kalam-Nya, serta menjadikan Al-Quran sebagai syafaat di dunia dan akhirat.

🀲 Jom kita sama-sama doakan agar lebih ramai anak-anak tahfiz, termasuk para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin Banat, diberikan semangat, kesabaran dan kekuatan untuk terus melangkah sehingga berjaya bergelar hafizah
Al-Quran.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. ❀️

Credit : SirapLimau

23 Julai 2026, Khamis - Suntikan Vaksin ATT (Tetanus) untuk pelajar tingkatan 1 dan HPV untuk pelajar tingkatan 3 Maahad...
23/07/2026

23 Julai 2026, Khamis - Suntikan Vaksin ATT (Tetanus) untuk pelajar tingkatan 1 dan HPV untuk pelajar tingkatan 3 Maahad Tahfiz Al Quran wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang.

Suntikan ini bagi mencegah pelajar dari terkena penyakit Kancing Gigi dan Kanser Serviks.

π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π—•π—”π—œπ—ž π— π—˜π—‘π—–π—˜π—šπ—”π—› 𝗗𝗔π—₯π—œ π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—•π—”π—§π—œ

Terima kasih kepada Doktor Kamisah dan Pegawai Perubatan dari Klinik Buntong Ipoh.

πŸ“’π—£π—˜π—‘π——π—”π—™π—§π—”π—₯𝗔𝗑 π——π—œπ—•π—¨π—žπ—” – π—›π—”π—™π—œπ—­π—”π—› π—§π—¨π—Ÿπ—˜π—‘ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š (π—¦π—˜π—¦π—œ 2027)🌸 Peluang istimewa buat anak perempuan yang bercita...
22/07/2026

πŸ“’π—£π—˜π—‘π——π—”π—™π—§π—”π—₯𝗔𝗑 π——π—œπ—•π—¨π—žπ—” – π—›π—”π—™π—œπ—­π—”π—› π—§π—¨π—Ÿπ—˜π—‘ 𝗠𝗧𝗀 π—”π——π——π—œπ—‘ π—žπ—š π—žπ—˜π—£π—”π—¬π—”π—‘π—š (π—¦π—˜π—¦π—œ 2027)

🌸 Peluang istimewa buat anak perempuan yang bercita-cita menjadi hafizah Al-Quran.

Syarat Kemasukan:
βœ… Berumur 16 tahun (Perempuan)
βœ… Menghafal sekurang-kurangnya 6 juzuk ke atas
βœ… Mempunyai rekod disiplin yang baik

Keistimewaan Program: πŸ“– Fokus kepada Khatam dan Pra Syahadah 6 Juzuk/10 Juzuk/20 Juzuk/30 Juzuk

πŸ•Œ Turut menawarkan subjek tuisyen Pra SPM (Pengajian Islam)

πŸ“ Lokasi: Kampung Kepayang, Gopeng

πŸ“ž Maklumat lanjut:

πŸ“± Admin: 018-468 4540 @ πŸ“± 011-57464540

πŸ“± Pejabat Sekolah: 011-5758 3468

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyambung perjalanan menghafaz Al-Quran dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan berteraskan al-Quran.
Tempat adalah terhad. Daftar segera!

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π— π—£π—”π—œπ—”π—‘ π—¦π—œπ—π—œπ—Ÿ π—žπ—˜π—•π—˜π—‘π—”π—₯𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—šπ—”π—π—”π—₯ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—”π—ž20 Julai 2026,  IsninSeramai 5 orang Guru dari Maahad k...
20/07/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π— π—£π—”π—œπ—”π—‘ π—¦π—œπ—π—œπ—Ÿ π—žπ—˜π—•π—˜π—‘π—”π—₯𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—šπ—”π—π—”π—₯ π—”π—Ÿ-𝗀𝗨π—₯𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—”π—ž

20 Julai 2026, Isnin

Seramai 5 orang Guru dari Maahad kami telah menerima Sijil Kebenaran Mengajar Al Quran Negeri Perak yang disampaikan oleh Jabatan M***i Negeri Perak bertempat di Dewan Kuliah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh.

Pada Bulan Mac guru-guru ini telah menghadiri temuduga bagi mendapatkan kelayakan mengajar Al Quran di Negeri Perak. Alhamdulillah telah lulus dengan cemerlang. Ini juga satu batu loncatan bagi guru-guru di MTQ ADDIN Kg Kepayang.

Semoga pengiktirafan yang diberikan menjadi pemangkin kepada para penerima untuk terus beristiqamah dalam menyampaikan ilmu al-Quran dengan penuh amanah, keikhlasan dan hikmah, seterusnya melahirkan masyarakat yang celik al-Quran, menghayati ajarannya serta berpegang teguh kepada syariat Islam.

MTQ ADDIN 11 Cawangan Perempuan Kini Beroperasi di Bangunan BaharuSebelum ini dikenali sebagai ADDIN 11 dan beroperasi d...
20/07/2026

MTQ ADDIN 11 Cawangan Perempuan Kini Beroperasi di Bangunan Baharu

Sebelum ini dikenali sebagai ADDIN 11 dan beroperasi di kawasan Persekutuan Seruan Islam, Ipoh. Kini, MTQ ADDIN 11 Cawangan Perempuan telah berpindah ke tempat baharu yang lebih selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Tempat baharu ini bukan sahaja menyediakan fasiliti yang lebih baik untuk pembelajaran dan hafazan, malah mampu menampung jumlah pelajar yang lebih ramai dalam suasana yang kondusif.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari tahfiz perempuan untuk anak berumur 13 tahun dan ke atas, kami menjemput anda untuk ke MTQ ADDIN Kg. Kepayang, Ipoh.

Mohon bantuan semua untuk menyebarkan iklan ini agar lebih ramai mendapat manfaat daripada peluang pendidikan tahfiz yang disediakan.

MTQ ADDIN Kg. Kepayang, Ipoh
Pendidikan al-Quran, akademik dan sahsiah dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2027 TELAH DIBUKA! πŸŽ“Sedang mencari sekolah tahfiz yang menitikberatkan hafazan, akademik...
17/07/2026

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2027 TELAH DIBUKA! πŸŽ“

Sedang mencari sekolah tahfiz yang menitikberatkan hafazan, akademik dan pembentukan akhlak?

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin kini membuka pengambilan pelajar perempuan bagi sesi 2027.

Syarat kemasukan:
βœ” Perempuan
βœ” Umur 11-14 tahun
βœ” Boleh membaca & menulis Jawi serta Bahasa Arab
βœ” Bersedia tinggal di asrama
βœ” Berminat menghafaz al-Quran

πŸ“ž Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan proses pendaftaran.

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—œπ— π—¨π—Ÿπ—”π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—›π—”π—π—œProgram simulasi pengurusan haji dalam kalangan pelajar merupakan program yang bertujuan...
13/07/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—œπ— π—¨π—Ÿπ—”π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—›π—”π—π—œ

Program simulasi pengurusan haji dalam kalangan pelajar merupakan program yang bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan, dan kemahiran berkaitan pengurusan ibadah haji, termasuk aspek pentadbiran, operasi, kebajikan jemaah, serta bimbingan mengikut syariat Islam.

Tarikh : 11 Julai 2026
Hari : Sabtu
Penceramah : Ustazah Ummi Najmina binti Md Sarih Pudin
Peserta : 43 Orang

Address

Lot 1212, Kampung Tualang 7, , Kampung Kepayang, , Perak Darul Ridzuan
Ipoh
31300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 13:00

Telephone

+6052418894

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Kg Kepayang:

Shortcuts

Share