12/06/2026
πΏ JOM BERINFAQ, BINA GENERASI RABBANIπΏ
Setiap anak adalah amanah. Dengan sedikit sumbangan daripada kita, mereka berpeluang dibimbing menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berjiwa Islam.
Bagi menjayakan Kem Motivasi: Mencakna Potensi Diri 2026, pihak sekolah memerlukan dana sebanyak RM1,436.00.
Inilah peluang untuk berkongsi rezeki dan meraih pahala yang berpanjangan. Walau sekecil mana sumbangan anda, ia mampu memberi manfaat besar kepada pembentukan masa depan anak-anak dan menjadi saham akhirat yang berterusan.
π€² Salurkan sumbangan anda ke:
MAYBANK
SMITI AL-ISTIQAMAH, IPOH
No. Akaun: 558435174190
Ref:KemMotivasiSMITI
08/06/2026
LAWATAN MAHABBAH PEGAWAI JAIPk
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mior Nur Salam bin Ahamad Shapawi, Ketua Unit Pendidikan dan Pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh, atas kesudian mengadakan kunjungan mahabbah ke SMITI Al-Istiqamah.
Kehadiran beliau amat bermakna sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap usaha memperkasa pendidikan Islam.
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan JAIPk demi kecemerlangan pendidikan dan pembinaan generasi berakhlak mulia.
08/06/2026
π SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! π
β"Ilmu Membina Masa Depan, Disiplin Menjamin Kejayaan."
βSesi persekolahan kembali dibuka! Ayuh anak-anak didik SMITI, mulakan langkah hari ini dengan azam yang baharu, semangat yang membara, dan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
βBelajar hari ini, kejayaan esok! Semoga tahun ini membawa seribu satu kecemerlangan buat kita semua. Jom mulakan dengan Usaha, Doa, dan Tawakkal!
βπππ¦ππ’π§π πππ§ππ«ππ¬π’ ππ¬π₯ππ¦ ππππππ§π’β
fans
03/06/2026
KURSUS GURU SMITI 3.0 (KGS3) 2026
Alhamdulillah, guru-guru SMITI Al-Istiqamah, Ipoh telah menghadiri Kursus Guru SMITI (KGS3) pada 3β4 Jun 2026 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.
Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha mendidik serta membina generasi Islam yang rabbani.
"Melahirkan Generasi Islam Rabbani"
01/06/2026
πππ₯πππππ¬π¨ π§π¨ππ‘ππ¨
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada
JABATAN SMITI MALAYSIA
Daulat Tuanku.
fans
01/06/2026
Penangguhan Kem Anak Soleh Siri 1/2026
Assalamualaikum.
Makluman penangguhan Kem Anak Soleh Siri 1 yang dijadualkan akan berlangsung pada 2 Jun 2026, Selasa ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh baru akan diumumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Ustazah Azliza (017-9755315) / Ustaz Faiz (011-69339074)
Kami mohon maaf atas segala kesulitan.
Pihak Pengurusan
Kem Anak Soleh Siri 1/2026
26/05/2026
SALAM AIDIL ADHA 1447H
Warga SMITI AL-ISTIQAMAH mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus mekar dalam diri kita semua.
Moga segala amal ibadah dan pengorbanan diterima Allah SWT.
25/05/2026
JOM PERBANYAKKAN AMAL DAN DOA
Hari Arafah adalah hari yang paling mustajab untuk berdoa. Mari kita basahi lidah kita dengan zikir dan doa terbaik yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW ini.
Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah:
ΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩ Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ§ΩΩΩΩ ΩΩΨΩΨ―ΩΩΩ ΩΩΨ§ Ψ΄ΩΨ±ΩΩΩΩ ΩΩΩΩ ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩ
ΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΨΩΩ
ΩΨ―Ω ΩΩΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩ Ψ΄ΩΩΩΨ‘Ω ΩΩΨ―ΩΩΨ±Ω
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu."
(HR Tirmizi)
Semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat yang melimpah-limpah di hari yang mulia ini. Amin Yarabbalalamin.
βπππ¦ππ’π§π πππ§ππ«ππ¬π’ ππ¬π₯ππ¦ ππππππ§π’β
fans
23/05/2026
πβ¨ KEM ANAK SOLEH SIRI 1/2026 β¨π
π’ Ibu ayah sedang cari aktiviti bermanfaat untuk anak cuti sekolah nanti?
Jom sertai *KEM ANAK SOLEH SIRI 1* anjuran Anjuran SMITI Al-Istiqamah Ipohβ€οΈ
Bukan sekadar program biasa, tetapi pengisian lengkap dengan aktiviti menarik:
β
Slot Motivasi oleh Penceramah Berpengalaman
β
Latihan dalam Kumpulan yang kreatif dan energatik
β
Solat Berjemaah Zohor dan Asar
β
Belajar dalam Suasana Santai & Interaktif
π― Anak-anak akan dibekalkan:
β¨ Modul lengkap
β¨ Fasilitator berpengalaman
β¨ 3 x Makan
β¨ Prasarana lengkap
π
Tarikh: 2/6/2026 (Selasa)
π SMITI Al-Istiqamah
No.30, Jalan Meru Aman 2, Halaman Meru Aman, 30020 Ipoh, Perak
π§Ύ Yuran: RM60/orang
β οΈ TERHAD 50 ORANG SAHAJA!
π² Berminat? Daftar segera:
Scan QR atau tekan link β‘οΈ https://forms.gle/n9pcE3o15122kJsXA
π§π»Ustazah Azliza (017-9755315)
π¨πΌβπΌ Ustaz Faiz
(011-69339074)
βAnak Soleh Kebanggaan Ummahβ π€
22/05/2026
SUMBANGAN KEK DAN BARANGAN KEPERLUAN
Alhamdulillah, terima kasih kepada Encik Johari mewakili Bank Rakyat Medan Gopeng kerana sudi hadir ke SMITI Al-Istiqamah, Ipoh sempena Majlis Sambutan Hari Guru.
Sumbangan kek dan barangan keperluan ini amat kami hargai dan sangat bermakna buat warga sekolah. Semoga segala kebaikan diberkati Allah SWT.