SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak

SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak, Education, No. 30, Jalan Meru Aman 2, Halaman Meru Aman, Ipoh.

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Istiqamah (Kawasan Tambun) dengan aliran Sains dan Tahfiz sebagai kesinambungan institusi pendidikan PASTI dan SRITI

24/08/2026
MAJLIS  MERAIKAN KONTINJEN TSSM PERAKAlhamdulillah, telah berlangsung secara ringkas majlis meraikan kontinjen SMITI Al-...
24/08/2026

MAJLIS MERAIKAN KONTINJEN TSSM PERAK

Alhamdulillah, telah berlangsung secara ringkas majlis meraikan kontinjen SMITI Al-Istiqamah yang telah bertanding di TSSM Perak baru-baru ini. Menang kalah adat pertandingan.

Terima kasih atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Semoga terus cemerlang pada kejohanan akan datang!

"Membina Generasi Islam Rabbani"




21/08/2026

HAFAZAN AL-QURAN

Inilah suasana waktu pagi anak-anak sedang menghafal. Tak mudah tapi anak-anak ini usaha untuk menghafal ayat Al-Quran.

Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]

"Membina Generasi Islam Rabbani"




20/08/2026

🇲🇾 KEMPEN JOM KIBAR JALUR GEMILANG 🇲🇾

KIBARKAN DENGAN BETUL, HORMATI DENGAN PENUH BANGGA!

Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, perpaduan dan identiti negara Malaysia. Oleh itu, cara kita memasang dan mengibarkannya juga perlu dilakukan dengan betul dan penuh rasa hormat. ❤️💙💛🤍

📌 ANTARA CARA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN BETUL:

🇲🇾 1. Pastikan kedudukan Jalur Gemilang betul
Bulan sabit dan bintang berada di bahagian hadapan sebelah kiri, manakala jalur merah dan putih cukup 14 jalur serta bintang mempunyai 14 bucu.

🇲🇾 2. Jangan kibarkan secara terbalik
Pastikan bahagian biru tua bersama bulan sabit dan bintang berada di sebelah atas kiri apabila Jalur Gemilang dikibarkan secara mendatar.

🇲🇾 3. Elakkan pemasangan yang salah
Jalur Gemilang tidak boleh dipasang secara menegak atau dalam kedudukan yang mengubah susunan asal lambang dan warnanya.

🇲🇾 4. Pastikan bendera tidak menyentuh tanah
Kibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan bersih, tidak koyak dan tidak lusuh sebagai tanda penghormatan kepada negara.

🇲🇾 5. Kibarkan dengan penuh rasa bangga
Menghormati Jalur Gemilang bukan sekadar mengetahui cara memasangnya, tetapi juga memahami nilai sejarah, perjuangan dan pengorbanan di sebaliknya.

❤️ Jangan sekadar kibarkan Jalur Gemilang. Fahami, hormati dan hayati maknanya.

Ayuh seluruh warga SMITI Malaysia, semarakkan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul dan penuh rasa cinta kepada tanah air. 🇲🇾✨

Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera.

“𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐧𝐢”





fans

MOHON SUMBANGAN KONTINJEN PERAK SMITI AL-ISTIQAMAH Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kontinjen Perak SMITI Al-Istiqa...
18/08/2026

MOHON SUMBANGAN KONTINJEN PERAK SMITI AL-ISTIQAMAH

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kontinjen Perak SMITI Al-Istiqamah akan menyertai Temasya Sukan SMITI (TSSM) Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Johor.

SUMBANGAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK KEGUNAAN PARA GURU PENGIRING DAN PELAJAR:
• 🚌 Pengangkutan pergi dan balik ke Johor
• 🏠 Penginapan kontinjen
• 🍱 Makanan dan minuman
• 👕 Keperluan serta kelengkapan kontinjen
• 🏅 Keperluan pertandingan dan sukan
• 📋 Perbelanjaan lain yang berkaitan sepanjang penyertaan TSSM

Sehubungan itu, kami membuka ruang kepada ibu bapa, guru, sahabat serta masyarakat yang ingin menyumbang bagi membantu menampung keperluan kontinjen sepanjang menyertai temasya ini.

💳 Saluran Sumbangan:
Maybank
No. Akaun: 558435174190
Nama Akaun: SMITI AL-ISTIQAMAH
Reference: TSSM

📞 Maklumat lanjut:
Ustaz Khalil
018-576 5870

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.
Terima kasih atas doa, sokongan dan sumbangan anda.




17/08/2026

Kali ini kami bawakan sedikit suasana di SMITI AL-ISTIQAMAH IPOH.

Pendaftaran untuk sesi 2027 masih dibuka. Jom daftar segera.

"Membina Generasi Islam Rabbani"




SMITI AL-ISTIQAMAH CIPTA KEJAYAAN DI TSSM PERAK! Alhamdulillah, kontinjen SMITI Al-Istiqamah melakar pencapaian membangg...
17/08/2026

SMITI AL-ISTIQAMAH CIPTA KEJAYAAN DI TSSM PERAK!

Alhamdulillah, kontinjen SMITI Al-Istiqamah melakar pencapaian membanggakan dalam Temasya Sukan SMITI (TSSM) Perak yang berlangsung di Tanjung Malim.

🥈 Naib Johan Markah Keseluruhan

🥇3 Emas
• Badminton Perempuan (Single)
• Memanah Perempuan (Single)
• Memanah Perempuan (Berkumpulan)

🥈3 Perak
• Badminton Perempuan (Single)
• Badminton Perempuan (Berkumpulan)
• Badminton Lelaki (Berkumpulan)

Tahniah buat semua atlet, jurulatih dan seluruh warga SMITI Al-Istiqamah atas usaha, disiplin dan semangat juang yang telah ditunjukkan.

"Membina Generasi Islam Rabbani"




14/08/2026

TINDAKAN BERSAMA KETIKA JEREBU

Dua buah SMITI di Kota Samarahan dan Petra Jaya, Sarawak kini turut terjejas akibat keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri 190.

Dalam keadaan ini, warga SMITI khususnya murid, guru dan ibu bapa diseru agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mengutamakan kesihatan dan keselamatan.

Antara langkah yang boleh diambil:

🔴 Kurangkan aktiviti di luar dan sentiasa berada dalam rumah.

💧 Sentiasa minum air kosong secukupnya bagi memastikan tubuh kekal terhidrat.

🧼 Jaga kebersihan diri serta kerap mencuci tangan dan muka.

😷 Pakai pelitup muka sekiranya perlu keluar dari rumah.

💊 Pastikan bekalan ubat-ubatan untuk kanak-kanak mencukupi, khususnya bagi mereka yang memerlukan ubat secara berkala.

Semoga semua warga SMITI Kota Samarahan dan SMITI Petra Jaya serta seluruh masyarakat yang terjejas sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi.

Lindungi diri, lindungi tersayang.

“𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐧𝐢”





fans

14/08/2026

LATIHAN SUKAN TSSM PERAK 2026

Persiapan atlet SMITI Al-Istiqamah menuju Temasya Sukan SMITI (TSSM) Perak. Terus berlatih, terus berusaha, dan berikan yang terbaik!




13/08/2026

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SMITI AL-ISTIQAMAH 🇲🇾

Majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan SMITI Al-Istiqamah menjadi pembuka tirai kepada pelbagai program menarik yang bakal berlangsung sepanjang bulan ini.

Pelbagai aktiviti dan pengisian telah disusun melibatkan seluruh warga sekolah. Saksikan video ini untuk mengetahui program-program yang bakal berlangsung sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan SMITI Al-Istiqamah!

"Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera"




Address

No. 30, Jalan Meru Aman 2, Halaman Meru Aman
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMITI Al-Istiqamah, Ipoh, Perak:

Shortcuts

Share

Category