JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR

JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR

Share

JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR
31400 IPOH, PERAK

04/06/2026

Keputusan Pertandingan Kawad MALPTAAC Siri 17/2026! Tahniah skuad!πŸ’ͺπŸΌπŸ‡²πŸ‡Ύ

JOHAN
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

NAIB JOHAN
Politeknik Ungku Omar (PUO)

TEMPAT KETIGA
Politeknik Seberang Perai (PSP)

Photos from JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR's post 04/06/2026

Sementara menunggu persiapan Majlis Penutup Pertandingan Kawad MALPTAAC Siri 17/2026, pihak pengurusan POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO), Rejimen 503 Askar Wataniah serta Sekretariat Askar Wataniah Politeknik Malaysia sempat meluangkan masa mengikuti siaran langsung bual bicara khas sempena 25 Tahun MALPTAAC: Sinergi TVET dan Askar Wataniah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pagi ini.

Panel Jemputan:

β€’ Dr. Hajah Salmi Che Meh
Pengarah Politeknik Ungku Omar

β€’ Mej Jen Dato’ Mohammad Razeif Che Ahmad
Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan (AKS PS)
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Butiran Program:

πŸ“… Tarikh: Khamis, 4 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“Ί Platform: TV1 | Berita RTM | RTM Klik | MYTV Broadcasting

03/06/2026
Photos from APM Negeri Perak's post 03/06/2026
02/06/2026

Send a message to learn more

Photos from JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR's post 02/06/2026

Dua Pelajar PUO Sertai MalCiDAC 2026

IPOH, 2 Jun – Dua pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO), Nur Liyana Aniqah Ismail (Diploma Geomatik) dan Ahmad Nazril Afeeq Ahmad Jaswira (Diploma Kejuruteraan Awam), terpilih menyertai 2nd PolyCC Malaysia Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2026, sebuah program yang memberi pendedahan kepada aspek keselamatan, kepimpinan dan kesukarelawanan dalam usaha melahirkan graduan TVET yang berdisiplin, berdaya tahan serta berjiwa patriotik.

Kedua-dua pelajar berkenaan bersama kontinjen menerima pelepasan rasmi daripada Timbalan Pengarah Akademik PUO, Encik Norman bin Zamri sempena Majlis Flag Off Kontinjen PISPA Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Perak yang berlangsung di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Perak, Wisma SSI, Ipoh, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PUO, Encik Muhammad Arieef Hussain.

Penyertaan dalam program ini diharap dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan, semangat kesukarelawanan serta kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan dan pengurusan bencana.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada kedua-dua wakil PUO dalam mengharumkan nama institusi.

10/12/2025

PROGRAM RAKAN BUMI : EKLPORASI ALAM - SANTUNI ALAM, AMANAH BERSAMA TAHUN 2025.

7-9 DISEMBER 2025
DENAI KABUS AGRO FARM & ADVENTURE PARK, GERIK

Sekretariat Rakan Muda PUO telah melaksanakan program melestarikan alam dengan penanaman pokok hutan dan plogging di sekitar denai dalam memelihara kelestarian alam semula jadi. Ucapan jutaan terima kasih kepada Pejabat Perhutanan Daerah Gerik kerana membimbing peserta dalam proses penanaman 50 unit anak pokok hutan pelbagai spesis antaranya pokok cengal, meranti dan gerutu. Seramai 34 peserta dari kalangan ahli SRM PUO yang telah hadir bagi menjayakan program ini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir bersama pada program kali ini adalah En. Khairuddin bin Mohd Rosli, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PUO.

Terima kasih JBSN Perak kerana sentiasa menyokong dalam aktiviti pembangunan modal insan pelajar PUO.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31400