PIBG SK JALAN PEGOH

PIBG SK JALAN PEGOH

Share

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh, Perak darul Ridzuan.

22/11/2025
22/11/2025

Syabas dan Tahniah SKJP untuk Tahun 2025. Teruskan kecemerlangan anda semua.

21/11/2025

Persembahan Nasyid di Hari Anugerah Cemerlang SKJP Tahun 2025

21/11/2025

Anugerah Tokoh-tokoh Murid SKJP 2025

Photos from Musalla Al-Syifa''s post 27/09/2025

Tahniah team PAIBA.

30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA AJK PIBG SK JALAN PEGOH.
Maaf Zahir dan Batin.

25/03/2025

Pantun




23/03/2025

Peniaga atau penjaja diingatkan untuk tidak menjual makanan atau minuman dalam radius 40 meter daripada pintu dan keseluruhan pagar sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan berkata, ia berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, KPM akan memantau dengan lebih ketat isu penjaja dan peniaga kecil d luar kawasan sekolah susulan insiden seorang murid darjah empat yang maut selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

“Telah ada garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian berkaitan iaitu KPKT dan KKM bahawa penjaja tidak boleh berniaga dalam radius 40 meter daripada pintu pagar dan keseluruhan pagar sekolah.

“Itu adalah undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh KPKT dan KKM.

“Kita di peringkat sekolah ambil maklum dan kita sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga KKM untuk memastikan perkara ini dipatuhi.

“(Ini kerana) kita tiada kuasa untuk menutup atau mengusir penjaja, itu adalah kuasa PBT dan KKM,” katanya selepas menyampaikan Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Putrajaya pada Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Azman, KPM selama ini telah mengambil langkah-langkah yang wajar terutamanya dalam mendidik dan memberi kesedaran terhadap murid dan pelajar sekolah mengenai kepentingan untuk membeli makanan yang betul di tempat yang betul.

Jelasnya, kantin-kantin di sekolah juga tidak menjual makanan ringan seperti gula-gula kenyal tersebut.

“Isu yang melibatkan kes berkaitan sebenarnya adalah bukan dalam kawalan kita kerana anak-anak ini bersekolah di sebelah petang (iaitu) sekolah KAFA yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri.

“Tapi, KPM akan sentiasa melihat perkara ini sebagai keutamaan untuk memastikan isu seperti ini tidak akan berulang kembali.

“Malah di kantin kita pun tiada makanan yang dijual seperti ‘gummy ball’. Maknanya, dasar kita jelas, ada yang boleh ada yang tak boleh tapi apa yang dijual oleh peniaga di luar pintu pagar itu sebenarnya ialah makanan yang telah digazetkan oleh KKM sebagai tidak boleh dijual,” ujarnya.

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SEKOLAH KEBANGSAAN Jalan PEGOH
Ipoh
31650