03/08/2026
🩷TERIMA KASIH IBU BAPA TASKA AMINA AFIF💜
Assalammualaikum & salam sejahtera 🌈
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir ke PROGRAM REPORT CARD DAY pada 31/7/2026 lalu.
🌈 Kehadiran dan sokongan ibu bapa amat bermakna buat kami. Sesi ini bukan sekadar pertemuan,tetapi menjadi ruang untuk kita berkongsi perkembangan, pencapaian dan keperluan anak-anak, serta mengukuhkan kerjasama antara ibu bapa dan guru. 🩷🍓
🌈 Semoga hubungan dan kerjasama yang baik ini terus terjalin demi memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. 💜🍒
🌈Terima kasih kerana terus mempercayai Taska Amina Afif untuk menjadi tempat selamat untuk meletakkan anak-anak dan menjadi sebahagian daripada perjalanan tumbesaran si comel. 🧸🐞