Giatmara Negeri Perak

Giatmara Negeri Perak

Share

Page ini adalah page rasmi bagi GIATMARA Negeri Perak.

Visi : Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa

Misi : Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing

Objektif :
- Melahirkan tenaga mahir negara
- Mewujudkan usahawan
- Membantu membasmi kemiskinan

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada Anggota Kerja Pejabat GIATMARA Negeri Perak.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

19/03/2026
18/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H

Dengan penuh rasa kesyukuran, seluruh warga GIATMARA Negeri Perak mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

🤝 Raikan kemenangan dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan.

Photos from Giatmara Negeri Perak's post 16/03/2026

LAWATAN KERJA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK KE GIATMARA LARUT

Pada 13 Mac 2026, satu lawatan kerja oleh delegasi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah diadakan ke GIATMARA Larut bagi meninjau kemudahan latihan serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan kemahiran dan keusahawanan di negeri Perak.

Delegasi PKNP diketuai oleh Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Chief Executive PKNP bersama Cik Ummi Hazirah Ahmad Hairi, Executive Assistant to the Chief Executive. Turut hadir En.Faizul Rizal Bin Zulkifli, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Selama)

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Pengurus GIATMARA Larut, Puan Norhanisah Nordin yang menyambut baik hasrat pihak PKNP dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama GIATMARA bagi memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Turut serta dalam sesi lawatan tersebut ialah Pegawai Latihan GIATMARA Perak, En. Harfic Hanifah bin Suhaili yang turut memberikan penerangan mengenai program latihan kemahiran yang ditawarkan di GIATMARA.

Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara PKNP dan GIATMARA dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir serta menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri Perak.




10/03/2026

🤝 Kunjungan Hormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Perak

Alhamdulillah, pada 10 Mac 2026, GIATMARA Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada En.Mohd Azmi Bin Sani Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Perak di Pejabat GIATMARA Negeri Perak.

GIATMARA dipilih sebagai rakan strategik bagi membangunkan kemahiran anggota RELA Perak, dengan hasrat untuk membentuk anggota yang terampil dalam bidang-bidang kemahiran tertentu serta meningkatkan peluang pendapatan mereka melalui latihan yang disediakan.

Semoga kerjasama ini terus membuka ruang kepada lebih ramai anggota RELA untuk mengembangkan potensi diri, sambil menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.




10/03/2026

JAWATAN KOSONG
HVAC TECHNICIAN

📍 Lokasi Kerja:
Batu Kawan / Perai (Pulau Pinang)
Alor Setar (Kedah)

📄 Status: Kontrak

💰 Gaji & Faedah
• Gaji asas RM2,200 ke atas
• Overtime (OT)
• Elaun tetap
• EPF, SOCSO & EIS
• Cuti tahunan & cuti sakit

🎓 Kelayakan
• Sijil / Diploma dalam bidang
Penghawa Dingin / Elektrik Kuasa / bidang berkaitan
• Pengalaman 2 tahun ke atas dalam HVAC
• Fresh Graduate dialu-alukan memohon
• Mahir dalam troubleshooting & maintenance HVAC
• Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan

🛠 Skop Kerja
• Menjalankan penyelenggaraan (maintenance) sistem HVAC
• Troubleshooting dan pembaikan unit penghawa dingin
• Kerja preventive maintenance
• Pengendalian sistem seperti AHU, FCU, Split Unit atau Chiller

📩 Cara Memohon

Hantar CV / Resume ke:

📞 017-445 4115
📧 [email protected]

Photos from Giatmara Negeri Perak's post 10/03/2026

🌙 PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN 1447H
Singgah Sahur GIATMARA Bagan Datuk

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2026 telah berlangsung Program Semarak Kasih Ramadan – Singgah Sahur GIATMARA Bagan Datuk yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Ts. Ahmad Hamdi Bin Ibrahim.

Program ini turut melibatkan pelatih-pelatih yang menghuni transit, yang bersama-sama memeriahkan suasana sahur dalam semangat kebersamaan dan kekeluargaan. Kehadiran semua pihak menjadikan program ini lebih bermakna dalam menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai nilai keprihatinan serta memberi kenangan indah kepada semua yang terlibat sepanjang Ramadan yang mulia ini. 🤲✨



Photos from Giatmara Negeri Perak's post 10/03/2026

✨ Program Semarak Kasih Ramadan 1447H @ GIATMARA
Bakul Transit GIATMARA Perak

Alhamdulillah, pada 9 Mac 2026 telah berlangsung sesi serahan Bakul Transit GIATMARA Perak yang diadakan di Bilik Mesyuarat GIATMARA Negeri Perak.

Serahan bakul tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah GIATMARA Negeri Perak, En. Sabri Bin Karim sebagai salah satu inisiatif menyemarakkan semangat kebajikan dan keprihatinan dalam kalangan warga GIATMARA kepada pelatih-pelatih yang berada di Transit GIATMARA Perak.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat serta menyuburkan nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan sesama kita.



Photos from Giatmara Negeri Perak's post 10/03/2026

🌙 Program Semarak Kasih Ramadan 1447H @ GIATMARA
Iftar Bersama Pengurusan GIATMARA Negeri Perak

Alhamdulillah, pada 9 Mac 2026 (Isnin) telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama Pengurusan GIATMARA Negeri Perak bertempat di Miker Food, Kinta Riverfront Ipoh bermula jam 6.00 petang.

Suasana penuh kemesraan dan ukhwah apabila warga GIATMARA Perak berkumpul untuk berbuka puasa bersama, mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

Semoga kebersamaan ini terus menguatkan hubungan dan semangat kekeluargaan dalam warga GIATMARA. 🤲✨



28/01/2026

Pengambilan Pelatih Sesi Januari 2026, BERBAKI 12 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI. Berikut baki kekosongan yang ada.
1. Bagan Datuk - Baikpulih Mengetuk Kenderaan : 2
2. Bagan Datuk - Senireka Gaya Rambut : 1
3. Larut-Masakan & Pramusaji : 3
4. Lenggong-Teknologi Motosikal : 1
5. P.Rengas- Inspection Welding : 2
6. Parit Buntar-Teknologi Sistem Komputer :2
7. Taiping-Seni Kecantikan :1

Khabo pade saudara mara, kawan kawan, jiran tetangga. Moh masuk GIATMARA Perak. Tarikh akhir permohonan 31 Januari 2026

28/01/2026

https://www.facebook.com/share/p/17rFXMSmPk/

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 ! 𝐈𝐊𝐌, 𝐊𝐊𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐉𝐈𝐈 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐉𝐄𝐍𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀

Penjenamaan ini melibatkan 25 institusi TVET bawah MARA merangkumi IKM, KKTM dan MJII yang disatukan bawah satu jenama baharu iaitu TVETMARA.

Penjenamaan ini merupakan langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem TVET negara secara lebih tersusun, bersepadu dan berpaksikan keperluan industri serta pembangunan ekonomi.


Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


GIATMARA Negeri Perak, No 10, Medan Istana 6, Bandar Ipoh Raya
Ipoh
30010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15