07/02/2026
✨✨Program Penutupan Transisi Tahun 1 2026✨✨
📌 JUMAAT
📌 6 FEB 2026
📌 DEWAN TERBUKA SK TASEK
Alhamdulillah, Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas komitmen, disiplin, dan penglibatan aktif sepanjang tempoh program ini.
Bermula Minggu ke-5, murid Tahun 1 akan memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sebenar mengikut jadual persekolahan.
Semoga setiap langkah kecil anak-anak Tahun 1 hari ini menjadi permulaan kepada langkah yang lebih besar pada masa hadapan.
Program transisi bukan sekadar pengenalan kepada sekolah, tetapi jambatan yang membina keyakinan, keberanian dan semangat untuk belajar.🥰🤲🤲🤲