Kelas Mengaji Dewasa & Kanak-kanak

Kelas Mengaji Dewasa & Kanak-kanak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Mengaji Dewasa & Kanak-kanak, School, Ipoh.

Alhamdulillah Infaq Al Quran.Kelas Tajwid Al Quran dewasa & kanak²Kini kelas dewasa seramai 6 orang (5 lelaki & 1 peremp...
24/12/2024

Alhamdulillah

Infaq Al Quran.

Kelas Tajwid Al Quran dewasa & kanak²
Kini kelas dewasa seramai 6 orang (5 lelaki & 1 perempuan)
Kanak² seramai 25 orang (umur 4 tahun - 14 tahun)

Hubungi :
Sahrin
0125253221
https://wa.me/message/VHFV4HZ5HSNGN1




Bulan 3/2022 - bulan 12/2024Di mana ada kemahuan disitu ada jalan kejayaan. Alhamdulillah telah 'naik' Al Quran bulan in...
10/12/2024

Bulan 3/2022 - bulan 12/2024

Di mana ada kemahuan disitu ada jalan kejayaan. Alhamdulillah telah 'naik' Al Quran bulan ini. Kelas pada tahun PKP agak sukar sebab kelas selalu di tangguhkan. Selepas PKP para pelajar hadir memakai Mask untuk ke kelas. Itu pengalaman pelajar ini borak hari tu.

Seperti biasa. Kelas saya akan mementingkan mutu bacaan. Iaitu bacaan perlu mengikut bacaan seperti Riwayat Hafs An Asim. Iaitu Qiraan Imam Asim yang di ambil bacaan dari Imam Abdulrahman As Sulaimi dan di ambil bacaan dari Saidina Uthman,Ali,Zaid,Ubay dan Abdullah Mas'ud sehingga bacaan kepada Rasulullah saw dari Jibril as.

Darjah 4/2024

Alhamdulillah Masuk belajar Iqra' 5. Kaedah membaca tidak tahu. Janji ada bunyi. Setelah hampir setahun belajar, pelajar...
10/12/2024

Alhamdulillah

Masuk belajar Iqra' 5. Kaedah membaca tidak tahu. Janji ada bunyi. Setelah hampir setahun belajar, pelajar itu tahu dah iaitu membaca Al-Quran ini perlu ada kaedah²nya.

Setiap point saya akan tulis supaya para pelajar akan faham apa perlu mereka lakukan dan ingat.

Darjah 5 /2024

Assalamualaikum Bab : Makhraj dan Sifat HurufHuruf ص (Sod)Secara umum perlu tahu ia punyai sifat tebal. Bermakna bunyi d...
26/11/2024

Assalamualaikum

Bab : Makhraj dan Sifat Huruf

Huruf ص (Sod)
Secara umum perlu tahu ia punyai sifat tebal. Bermakna bunyi dalam sebutan akan seolah-olah garau seperti lelaki baligh.

Jika salah sebut ia kan jadi huruf س (sin) iaitu sifat nipis.

Sebutan sodaqallahullazim bukanlah satu kalimah Al Quran tetapi maksudnya adalah benarlah firman Allah. Bayangkan dalam bahasa melayu jika salah huruf pun dah bunyi lain dan maksud lain apatah lagi bahasa arab.

Hampir 100% pelajar di kelas salah sebut kalimah ini. Alhamdulillah mereka makin faham apa itu sebutan huruf. Jika salah sebut maksud lain ataupun tidak ada maksud lansung.

___________

Di dalam Al Quran ataupun di dalam solat huruf Sod ni terlalu banyak. Jadi jika salah sebut Ia akan merosakkan makna atau tidak ada makna lansung. Kita khuatiri bacaan atau solat kita juga peratusan solat kita menjadi salah.

Surah Al Maun. Ada golongan yang lalai dalam solat dan di beri ancaman. Oleh itu bersamalah kita menjaga sebutan atau apa sahaja hukum bacaan dalam bacaan AL Quran atau bacaan AL Quran di dalam solat.

Assalamualaikum Riwayat Hafs Qiraat Asim atau kebiasaan nama adalah Riwayat Hafs an Asim.RingkasanQiraat 7 Imam As Syati...
12/11/2024

Assalamualaikum

Riwayat Hafs Qiraat Asim atau kebiasaan nama adalah Riwayat Hafs an Asim.

Ringkasan

Qiraat 7 Imam As Syatibi manakala Qiraat 10 Imam Al Jazari di dunia kini di gunakan bagi membaca AL Quran. Sanad bacaan dari Imam Jazari & As Syatibi dari Imam Hafs dari Imam Asim.

Hampir 90% di dunia kini bacaan mengikut Qiraat Asim iaitu 1/10 dari Qiraat di dunia kini. Bacaan Qiraat Asim amat popular.

Senarai Imam Qiraat.
Qiraat 7 (Riwayat Syatibi)
1) Qiraat Iman Nafi' dari Madinah Arab Saudi
2) Qiraat Imam Abu Amr dari Basrah Iraq
3) Qiraat Imam Ibnu Amir dari Syam, Syiria
4) Qiraat Imam Asim dari Kufah,Iraq
5) Qiraat Imam Hamzah dari Kufah Iraq
6) Qiraat Imam Al Kisail dari Kufah Iraq
7) Qiraat Imam Ibn Kathir Mekah Arab Saudi

Tambahan Qiraat 10 (Riwayat Iman Al Jazari)
8) Qiraat Imam Abu Jaafar dari Madinah Arab Saudi
9) Qiraat Imam Ya'qub dari Basrah Iraq
10) Qiraat Imam Khalaf Baghdad Iraq

Di Malaysia kita dari riwayat As Syatibi & Al Jazari. Al Quran Mushaf Resam Uthmani di gunapakai dalam bacaan AL Quran bertajwid.

Oleh itu, bacaan Al-Quran perlu di baca dengan betul iaitu perlu bertajwid. Seperti mana telah di warisi bacaan dari Nabi Muhammad saw perlulah kita baca iaitu dari Qiraat dan dari perawi bacaan AL Quran.

Wallahualam.

Kelas Mengaji. Nota 2022Bab WaqfJenis² dan cara standard Waqf.
04/11/2024

Kelas Mengaji.

Nota 2022

Bab Waqf
Jenis² dan cara standard Waqf.

Address

Ipoh

Telephone

+60125253221

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Mengaji Dewasa & Kanak-kanak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category