10/05/2026
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia! ๐
Ibu,
Kasihmu tidak pernah meminta balasan,
Lelahmu tidak pernah kau tunjukkan,
Doamu sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.
Terima kasih kerana menjadi kekuatan,
Di sebalik diam dan setiap pengorbanan.
Buat semua ibu, mama, umi dan mak, kalianlah cinta pertama yang kekal selamanya. โค๏ธ
Ikhlas daripada seluruh Warga PTPTN.
07/05/2026
โDividen Simpan SSPN 2025 sebanyak 4.10% tertinggi dalam tempoh 11 tahunโ
Ini bukti setiap simpanan kecil hari ini boleh jadi langkah besar untuk masa depan pendidikan anak-anak nanti. Dengan Simpan SSPN, bukan sahaja dapat menyimpan secara konsisten, malah kalian juga berpeluang menikmati dividen yang kompetitif setiap tahun.
Untuk ibu ayah yang masih belum menyimpan, mungkin ini masa terbaik untuk mulakan sekarang!
Jom menyimpan melalui myPTPTN sekarang!
https://bit.ly/m/myPTPTN
Info lanjut/ hubungi Eksekutif Jualan PTPTN https://linktr.ee/PTPTNPERAK
06/05/2026
PTPTN telah mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 sebanyak 4.10%.
โ
Pemberian dividen Simpan SSPN sebanyak 4.10% ini memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit Simpan SSPN, melibatkan peruntukan berjumlah RM505.68 juta.โ
Agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui myPTPTN mulai 7 Mei 2026 (Khamis).โ
Terima kasih kepada semua pendeposit atas kepercayaan berterusan menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak, di samping menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan.โ
โ
06/05/2026
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak 4.10 peratus, angka tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata dividen Simpan SSPN 2025 yang melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM505.68 juta, memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit, menjadikan keseluruhan dividen kepada RM2.63 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada 2004.
Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ptptn-umum-dividen-simpan-sspn-410-peratus-bagi-2025-tertinggi-dalam-11-tahun
PTPTN umum dividen simpan SSPN 4.10 peratus bagi 2025, tertinggi dalam 11 tahun
Agihan dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN, dan pendeposit boleh menyemak penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai esok.
06/05/2026
4.10% Dividen Simpan SSPN
PTPTN Umum Dividen Simpan SSPN 4.10 Peratus
Artikel penuh di ruangan komen
06/05/2026
*Berita gembira untuk pendeposit Simpan SSPN! Dividen Simpan SSPN 2025 diumumkan sebanyak 4.10 peratus* ๐๐คฒ๐ป
Pemberian dividen *Simpan SSPN sebanyak 4.10 peratus* akan memberi *manfaat kepada 6.07 juta* akaun pendeposit Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah *RM505.68 juta.*
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dividen adalah sebanyak *RM2.63 billion* sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.
Dividen akan *dikreditkan terus* ke akaun Simpan SSPN dan semakan penyata boleh dibuat melalui myPTPTN bermula *7 Mei 2026 (Khamis).* Jom semak di sini:
> https://bit.ly/DividenSimpanSSPN2025
Terima kasih kepada semua pendeposit kerana terus meletakkan kepercayaan kepada Simpan SSPN sebagai pilihan simpanan pendidikan anak-anak, di samping menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan.
04/05/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐๐๐ฉ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐ฆ๐ฃ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sukacitanya menjemput seluruh masyarakat Malaysia untuk menyaksikan Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2025 seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
๐ Masa: 11.30 Pagi
๐ก Siaran Langsung:
๐น Facebook PTPTN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
๐น YouTube PTPTN : youtube.com/
๐ Pengumuman dividen ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Penganjuran majlis ini merupakan bukti komitmen tinggi PTPTN dalam menyebarluas keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN kepada para pendeposit.
๐ฏ Marilah kita bersama menyokong usaha PTPTN dalam menjayakan aspirasi pendidikan negara melalui perancangan kewangan yang baik untuk masa depan pendidikan tinggi yang lebih terjamin.
๐ฒ Tandakan kalendar anda dan saksikan siaran langsung ini!
04/05/2026
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia!โ
Terima kasih wira negara atas keberanian dan pengorbanan yang sentiasa mendahului keselamatan rakyat dalam setiap detik kecemasan.โ
โSemoga terus kuat berbakti, menjadi harapan dan pelindung dalam setiap cabaran yang mendatang.โ
โIkhlas daripada seluruh Warga PTPTN โค๏ธโ
โ โ