Sinopsis / Latarbelakang
Atas kepentingan membangunkan kehidupan beragama (deenul Islamiyyah) dalam kehidupan individu dan masyarakat, beberapa individu telah mengusahakan penubuhan PERTUBUHAN PENDIDIKAN AD-DEENIYYAH (AD-DEENIYYAH). PERTUBUHAN PENDIDIKAN AD-DEENIYYAH (AD-DEENIYYAH) telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Per
tubuhan 1996 pada 20 Mei 2010 dan nombor pendaftarannya ialah 1223 – 10 – PRK. Aktiviti-aktiviti PERTUBUHAN PENDIDIKAN AD-DEENIYYAH (AD-DEENIYYAH) telah bermula sejak pertengahan tahun 2009. Buat masa ini program kelas pengajian kitab dewasa dan Maahad Tahfiz Ad-Deeniyyah, yang dimulakan pembelajarannya pada Januari 2010, sedang beroperasi di premis sementara (banglo) di Meru Heights, Ipoh. Sebidang tanah seluas lima (5) ekar di Meru Kayangan, Mukim Hulu Kinta (Taman Meru), Ipoh telah diperolehi dari pihak PCB Development Sdn. Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bagi tujuan pembinaan Kompleks Pendidikan Ad-Deeniyyah yang tetap. Secara ringkas Ad-Deeniyyah;
Pusat Pembangunan Terbuka dalam menyemai dan mengasuh Budaya dan Tamadun Kehidupan Islam (An Open Institution for nurturing and developing the Islamic Life, Culture and Civilization). Perjuangan Sepanjang Hayat (Long Life Struggle) dalam membentuk Khalifah, Daei, Abid untuk semua lapisan masyarakat. Pelan Tindakan Tarbiah dan Islah (action plan on Ummah Development and Regeneration):
Perkembangan ilmu
Misi Daawah (Muslim Tours and Daawah Missions)
Projek kemasyarakatan
Usaha ekonomi (business/economic ventures)