Puan Kay -Teknik Mendorong Gaya Nabi

Puan Kay -Teknik Mendorong Gaya Nabi Laman perkongsian ilmu Teach Like Muhammad -teknik mendorong bersumberkan hadis

Saya ialah Jurulatih Pendidikan Teknik Nabi endorse daripada Puan Ainon Mohd dan Certified Trainer Teknik Nabi (Tim pengkaji hadith Psikologi)

Saya berkongsi teknik mendorong pelajar bersumberkan hadis Nabi Muhammad salallahu alahi wassalam buat para guru bagi mencapai semaksimum mungkin kualiti guru sebagai guru pendorong. Kepakaran saya adalah membantu para guru mengatasi stres, resah dan dug

aan serta cabaran mendidik dengan menggunakan Teknik Mendorong bersumberkan hadis Nabi Muhammad salallahu alayhi wa sallam dengan Formula MUDAH, PRAKTIKAL dan EFEKTIF yang lebih mudah diaplikasikan dan memberi impak positif supaya guru-guru lebih tenang dan gembira serta berjaya dalam melaksanakan tugas mendidik

Yang baik datangnya daripada Allah, yang jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.

Hasil dorongan kepada murid-murid kelas hujung.
17/07/2026

Hasil dorongan kepada murid-murid kelas hujung.

Kami tulis buku ini memang niat nak bantu para guru. Saya pun pernah menjadi guru. 30 tahun mengajar anak-anak lemah aka...
28/09/2025

Kami tulis buku ini memang niat nak bantu para guru. Saya pun pernah menjadi guru. 30 tahun mengajar anak-anak lemah akademik terutamanya subjek Bahasa Melayu.

Dapat teknik yang dikongsikan oleh Puan Ainon semasa bengkel Mendorong Pelajar Corot tahun 2011.

Selalunya ilmu untuk pelajar cemerlang. Kali ini lain p**a.

Rupanya sungguh! Lain.

Teknik untuk calon cemerlang itu memang sesuai untuk anak-anak cemerlang ataupun potensi cemerlang.

Cuma nak aplikasi kepada anak-anak yang lemah akademik ini, cabarannya hebat.

Cikgu pun dah jenuh. Melihat susah payah guru tetapi anak-anak ini tidak mahu berubah memang mendukacitakan.

Jadi, kami tulis buku ini setelah 10 tahun teknik tersebut diaplikasikan. Bukan saya seorang tetapi ramai dah dapat ilmu ini. Bezanya konsisten buat atau tidak sahaja.

Puan guru tulis bahagian satu. Fokus kepada teori psikologi tingkah laku. Memang ilmu berguna buat para guru. Apabila faham psikologi tingkah laku anak-anak, mudah cari strategi berfokus.

Tak payah cari pun. Untuk bahagian 2 buku ini, saya kongsi semuanya. Ilmu dan pengalaman 10 tahun aplikasi teknik Nabi. Siap ada langkah-langkah dan skrip kata-kata.

Ya. Banyak berkaitan komunikasi. Niat yang baik tak mengahlalkan cara. Benar?

Niat semua guru sememangnya baik. Sangat baik. Tulus dan murni.

Kenapa anak-anak didik tak mahu terima?

Kadang kala guru sabotaj diri sendiri dalam mengambil tindakan.

Baca buku ini, baru dapat jawapannya

Tetapi untuk dapat kesa positif, baca dan amalkan. Buku ini buku panduan. Siap ada contoh praktikal dan contoh situasi sebenar.

Baca dan amal. Insya-Allah. Kita mungkin masih penat (perngkat awal) tetapi penat yang berbaloi.

Pautan ada di komen pertama

03/06/2025
Teknik Menegur Kesalahan
29/05/2025

Teknik Menegur Kesalahan

Watch, follow, and discover more trending content.

04/04/2025

Daya pengaruh ialah skil asas untuk berjaya dalam semua hubungan sosial.

Para guru yang mempunyai skil asas ini lebih mudah mendorong anak-anak berubah kepada positif apabila mereka dengar, faham dan setuju akan kata-kata guru.

Apabila setuju, maka mereka akan mudah untuk mengikut arahan guru tanpa diugut-ugut, dipaksa-paksa atau ditekan-tekan oleh guru.

5 cara menjadi guru berpengaruh
03/04/2025

5 cara menjadi guru berpengaruh

TikTok | Make Your Day

Daya pengaruh.
02/04/2025

Daya pengaruh.

Check out Khairulaniza Khairuddin’s video.

https://vt.tiktok.com/ZSrhuNN8N/
02/04/2025

https://vt.tiktok.com/ZSrhuNN8N/

teknik mendorong perubahan. | Check out Khairulaniza Khairuddin LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Khairulaniza Khairuddin.

31/03/2025

Penting untuk cakap guru berpengaruh.

Apabila cakap guru berpengaruh, anak-anak didik faham dan setuju dengan kata-kata guru.

Guru beritahu latihan menjawab soalan penting untuk dibuat. Mereka setuju.

Cakap guru berpengaruh apabila anak-anak didik buat latihan yang diberikan.

Jika tidak siap dan murid tidak mahu buat maka cakap-cakap guru tidak berpengaruh.

Bagaimana nak jadikan kata-kata guru berpengaruh?

Teladani Rasulullah.

Boleh rujuk buku Teach Like Muhammad (dalam bahasa Melayu).

Apabila menegur kesalahan, lakukan inj,
15/03/2025

Apabila menegur kesalahan, lakukan inj,

Check out Khairulaniza Khairuddin’s video.

Address

Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 17:00 - 22:00
Tuesday 17:00 - 23:00
Wednesday 17:00 - 22:00
Thursday 17:00 - 22:00
Friday 17:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Kay -Teknik Mendorong Gaya Nabi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Puan Kay -Teknik Mendorong Gaya Nabi:

Shortcuts

Share

Category